Bubur Nasi Herba Segera Faiza

Share

Published on: May 17, 2012 @ 09:20 : Cari kelainan dalam memasak  kita cuba buat bubur nasi herba segera pulak , ye lah sejak akhir-akhir ni sibuk sangat , tapi masak tetap ko… dah pegang title mak dan surirumah ni, mana boleh tak masak.. paling bodoh-bodoh pun buat telur masak kicap , masak juga… tapi kalau agak rajin sikit boleh lah buat macam-macam jenis masakkan. Ni kes agak malas nak masak.

resepi bubur nasi herba

Keluarga saya adalah keluarga yang paling tak suka makan di luar. Ayah budak-budak ni lah yang sebenarnya tak suka , ibu ok je… boleh cuti memasak kan. Bila pergi shopping barang dapur tu , kalau ternampak apa-apa yang menarik saya mesti beli dan simpan , tunggu masa sesuai cubalah buat resepi baru ..

segera dari faiza

Bubur Nasi Herba Segera dari Faiza , eh walaupun segera tapi berkhasiat sangat , dalamnya ada lebih 6 bijirin kot dan juga kismis , memang bagus lah .. satu plastik ni boleh buat 2-3 kali , harga dalam RM4.50 je…. Tak ada perasa apa-apa , garam pun tak de , pandai-pandai lah tambah , ada rasa sup sikit dan manis masam dari kismis , kacang hijau , kacang dal , ada banyak lagi kacang , tak tengok satu-satu.

Sedap juga… tapi anak-anak ni tak berapa suka bubur nasi , memang dari kecik diorang tak suka makan bubur. Layannnnn…

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

40 Comments:

  1. sedap nye enak tu untuk sarapan

  2. topping tu bawang goreng ke?ke bukan.hehe

  3. lama tak makan bubur..tak sedap anak tekak ni best makan bubur..

  4. Assalamualikum wr wb
    Salam kenal dan salam persahabatan mak, saya dari blogger indonesia, saya senang bisa berjumpa dengan blog ini, semoga semakin sukses buburnya.
    Wassalam

  5. Cam best jer..tak pernah try lagi…kena try ni….

  6. siang nanti nak try pegi beli.berapa minit kalau masak bubur nih,kak?boleh buat stok kecemasan kalau sedap.

    • berapainit tk kira lak , Kena suka mcm ni .. segemgam dah cukup utk 3 org makan , air banyak .. pastu masak sampai beras hancur .. tapi beras faiza ni jenis elok sgt lama nak rebus br hancur

  7. Izzuddin Fauzi

    Makan bubur… Oh tidak… Muntah kang den… Hehehe…

  8. aisehh,sodap lak tgok bubur tersebut

  9. waktu demam dan waktu sarapan jer makan bubur,,

  10. memang kena cuba lah sesuai utk org sakit, demam ulcer mulut ka..senang nak hadam

  11. anak2 akak pn xsuka bubur nie…kalau ayah masak, ayah sorg2 je layan…..

  12. kak bee wat la moi sup pki bubur segera ni.. 🙂

  13. Kalau penat2 badan pekena bubur nasi dgn sambal totok
    org jawa bilanglah.. perghhhh.. terangkattt

  14. Teringat masa bujang dulu selalu kena bubur nasi no.1 di sentosa,the best in jay bee

  15. wah best nie.terbaru dipasaran ekk?tak pernah jumpa lagi bubur faiza nie.kutu pun bukan peminat bubur.sama macam anak2 bee.hoho..

  16. camanalah nak suka..dah biasa makanan sedap-sedap. tetiba makan bubur. biasalah tu..budak-budak sekarang..semua macam tu..

  17. leh cuba cari ni… suka juga mkn bubur nasi sesekali… buh pulak bwg goreng aduyai meletop!

  18. bee..ummi suka bubur nasi,nanti bolehlah cuba jgk.

  19. ciktom xsuka sgt mkn bubur ni..tp tgk bubur akk msk tue nmpk sedap!

  20. kalau xde selera, deman ke ape ke, pekena bubur je ubatnya. tambah telur masin pun sodap.

  21. wau,nampak macam best nie,
    bagus la tak makan luar,
    jangan bazirkan duit sangat makan kat luar,
    membebankan ekonomi kak je..
    🙂

  22. errmm sedap ni…saya suka makan bubur cenggini time demam…sedap…tapi kekadang buat gak kat anak…tapi bubur guna beras biasa jer…

  23. Myra kalau taktau nak amsak pe bubur nasi ni jadi pilihan, senang disediakan dan cepat 😉

  24. menarik resepinya ni..hehe..agak2 kalau guna beras biasa yg dicampur bijirin yang sama jadi sedap jugak tak..

  25. nampak sedap. Ssaya tak reti masak bubur, masak nasi saya reti la. pernah try buat tapi jadi nasi juga. =p

  26. Ingat lagi tahun lepas makan bubur nie.. masa tu lepas kena serangan jantung. ok apa bubur nie.. sedap dan kenyang, tapi sekejap jer lah kan.. x apa buat lagi….

  27. nak kena cari n try ni.
    kadang-kadang kat rumah, bila balik kerja dah tak tahu nak makan malam apa. malas nak makan nasi malam-malam, cepat mengantuk, tertidur depan tv lak nanti

  28. Tak silap di rumah memang ada bubur nasi herba faiza ni.

  29. Saya suka makan bubur. Kalau ke MCD akan beli bubur. 🙂

  30. la..nmpk mcm sedap plk..nak cari la nanti..

  31. dah lama tak makan bubur nasi..kalau makan dengan bawang goreng tu memang best 🙂

  32. akak memang suka layan bubur nasi, tapi stok yang ada bubur nasi nur dan kadang2 beli bubur nasi maggi…tak perasan pulak ada bubur nasi faiza…

  33. nampak macam sedap….boleh try nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *