Buat Sendiri : Resepi Popia Basah

Jul 27, 2012 @ 06:14 : Baru sekali buat sendiri popia basah di rumah menggunakan resepi di bawah. Sebelum ni asyik merengek pada kakak ipar untuk beliau buatkan popia basah setiap kali balik ke kampung. Resepi asli dari arwah mak mentua katanya. Suami selalu sangat sebut-sebut ,popia basah arwah mak nya sedap. Entah kenapa 10 tahun kawin , baru sekarang tergerak hati nak cuba resepi ini. Sebelum ni rasa macam tak akan jadi je kalau saya buat sendiri. Tapi tak .. resepi popia basah yang di beri sangat senang nak di ikut.

Sekarang simpan resepi di blog senang nak ingat. Nanti nak resepi sendiri cari di blog sendiri.

Langkah demi langkah buat popia basah.

Bahan untuk buat kulit popiah (A):

  • Setengah kilo tepung gandum
  • 4 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air

Bahan untuk buat inti (B):

  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji sengkuang
  • 15 biji kacang panjang/kacang buncis
  • 2 biji telur
  • 50 sen udang kering
  • 1 biji bawang besar-ditumbuk
  • 2 biji bawang putih-ditumbuk
  • Bawang goreng
  • kiub lembu 2 biji

Bahan untuk buat sos (C):

  • 15 tangkai cili kering
  • 30 sen gula merah
  • Garam
  • 1 sudu besar cuka
  • Sedikit belacan

cara buat popia basah sendiri

1 : Bancuh tepung dengan air agak-agak cair seperti hendak buat lempeng atau buat ketayap tetapi lebih cair. gunakan blender untuk jadikan tepung tidak berketul-ketul dan sebati. Air kena agak-agak sendiri.

popia basah

2 : Gunakan kuali leper , dan mula lah menggoreng tepung tersebut. Pastikan tepung tidak melekat. Ceduk sesenduk tepung dan ratakan di atas kuali leper dan panas. Saya letak sedikit mentega.

tepung popia basah

3 : Tepung popia basah yang telah siap. Saya buat dua warna … hijau dan putih.

popia basah

4 : Ini adalah bahan untuk buat inti popiah , sayur di ricik panjang-panjang , kacang buncis di potong halus-halus.

resepi popia basah

5 : Tumis bawang besar , bawang putih dan udang kering yang telah di tumbuk bersama. Masukkan kiub lembu secukupnya . saya masukkan 2 kiub. Kemudian masukkan sayur. Buat bulatan di tengah sayur masukkan telur dan gaul sehingga telur hancur. Angkat sebelum sayur kehilangan kerangupan nya. Tak nak layu sangat ok.

buat popia basah di rumah

6 : Dalam periuk lain , siapkan sosnya pula. Kemudian boleh lah mula meyapu sos di atas kulit popia , tabur bawang goreng.  dan letakkan sayur yang telah di masak tadi. Gulung seperti gulung ketayap.

resepi popia basah

7 : Dah siap .. nak saya tulis cara-cara nak makan ke ? hehehe .. selamat mencuba…

Popia basah ni jika di beli , sebiji RM0.70 paling murah lah di kl , lepas tu kecik-kecik , sekali ngap je habis. Jika luangkan memasak sendiri macam ni baru puas nak makan. Lagi-lagi kalau ada yang suka makan. Setengah kilo tepung dapat banyak , boleh bagi jiran sebelah menyebelah rasa sekali.

23 Comments

  1. Ummi Hanie 24 September 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 25 September 2013 Reply
  2. syamila 8 September 2013 Reply
  3. ghani 15 July 2013 Reply
  4. erma 18 April 2013 Reply
  5. MaMa3HerO 1 October 2012 Reply
  6. diya 1 October 2012 Reply
  7. fz.armie 2 August 2012 Reply
  8. eiela 28 July 2012 Reply
  9. akubiomed 28 July 2012 Reply
  10. Juan 28 July 2012 Reply
  11. Denaihati 27 July 2012 Reply
  12. Norasikin 27 July 2012 Reply
  13. Hafizul 27 July 2012 Reply
  14. sweetkurma 27 July 2012 Reply
  15. Myra Jay 27 July 2012 Reply
  16. izan ishak 27 July 2012 Reply
  17. titan 27 July 2012 Reply
  18. Ibu Mifzal Arsyad 27 July 2012 Reply
  19. anif 27 July 2012 Reply
  20. MaMa3HerO 27 July 2012 Reply
  21. faiyus 27 July 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.