tabiat anak kucing

Buat-buat mati

Ya allah .. dua kali aku terkena , mengucap banyak dah , ingatkan benar-benar kucing mati. Anak kucing ni suka buat – buat mati ke ? baru tahu .. tiba-tiba bila angkat anak kucing tu dia buat badan lembik jek .. yang saya ni jenuh la menjerit-jerit , ” kucing ni mati .. kucing ni mati laa .. ” sekali aliya dan husna pegang sambil gelakkan kan ibu dia ..

tabiat anak kucing

haha tak mati la ibu , dia buat-buat mati je , kakak selalu nampak dia buat-buat mati , kakak dah tahu dah

ye ke ?

ye lah ibu , tengok sini .. tengok sini

kakak pusing-pusingkan badan anak kucing tu , baru nampak kucing tegakkan badan dia. Ya allah .. terkejut la .. risau si laila pulas kepala kucing tu naya je la.

kali ibu kena percaya kakak , kakak tau dah , kaka dah boleh jadi doktor haiwan dah

erk ? yo lah tu …. “

Dua kali dah terkono ni , sebelum ni ayah depa duk buat lawak .. saya nampak kucing lembik menjerit-jerit sama gak macam cerita atas tu , ayah dia tolong tambah perisa..

” Mati dah .. tadi di kelabu tu gigit tengkuk si putih ..  “

Cuak sungguh waktu tu .. sekali kucing tu bangun kibas-kibas badan .. haha ..jenuh … #tipahtertipu manjang.

Update terbaru : Anak kucing dah membuang 3 hari lepas. Kira dalam umur mereka dalam 21 hari gitu.

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

12 thoughts to “Buat-buat mati”

  1. Salam,

    Hehee mesti cuak kan bee, comel betul kucing2 tu bee, geram lah pulak tengok gaya kucing tu tido, comel sangat hahahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *