Buat Bekam Di Taiping

Kami buat bekam di Taiping. Balik taiping dengan 1001 tujuan. Tujuan utama nak tolong menyibuk dalam rombongan meminang sepupu , lepas tu sebab raya haji dan kemudian nak cari tempat bekam atau perubatan tradisional , lepas tu cari baju sekolah aliya. Macam-macam agenda … mana tak terabai blog ni. Kalau sebelum ni saya upload gambar burung merpati di dalam blog ni itu semasa di Kamunting Taiping. Banyak perubahan ..tiba2 ada pula banyak burung merpati di situ.

Orang kata bekam ni sunnah nabi dan elok untuk orang yang ada penyakit kronik , tapi bukan boleh buat sekali terus nampak kesan. Orang macam kay ni memang di sarankan buat 2 minggu sekali , tetapi ye lah .. bila balik KL sibuk satu macam je pulak. Mana nak cari pusat bekam dekat-dekat rumah ni pun tak tau ..

Sedut kulit sampai nampak lebam gitu , lepas tu buka dan cucuk pulak dengan jarum kecik .. kay cakap tak sakit .. kecuali di bahagian kaki .. ye lah kulit takde lemak agak nya.

Rawatan bekam bermula dengan letak botol-botol kaca , pam atau sedut kulit sampai nampak lebam , cucuk sikit guna jarum untuk keluarkan darah. Mula-mula rasa mcm saya teringin nak buat ..tapi bila fikirkan pam kulit lepas tu cucuk .. memang tak le… seram sikit bab cucuk-cucuk ni .. kena cucuk atau suntik pun semasa mengandung dan nak beranak je .. tu pun terpaksa rela.

Orang yang buat bekam cakap .. kalau dalam balang nampak berwap macam tu , bermakna dalam darah ada banyak kolesterol , angin atau toksin.

Bekam disini di buat 3 kali , cucuk pun 3 kali .. nak tergelak bila pengamal bekam ni cakap .. kalau nampak pesakit rasa sakit sangat dia kurang dikit cucuk , kalau pesakit nampak macam rileks boleh lah cucuk banyak sikit.. perghhh ..

Darah beku .. pengamal bekam cakap banyak kolesterol , toksin dan asid dalam darah .. orang lelaki elok sangat buat bekam sebab orang lelaki tak de datang bulan so darah beku atau darah kotor tak di buang dari badan , beza orang perempuan , tiap-tiap bulan buang darah kotor. 😛

Kalau nak pergi call je Hajjah Hayati 019-5788529 pernah masuk TV3 katanya ..

Dapat jugak info , kata bekam ni paling sesuai untuk orang yang sakit gout … banyak lah penyakit yang boleh di rawat dengan cara berbekam ni … saya nak follow up bekam untuk kay … tapi nampak tuan badan macam kisah tak kisah je .. tu pun jenuh di ajak baru pergi.

Harga bekam di sini RM80 untuk satu badan. RM40 untuk satu2 kawasan. Ok lah kot kan ? entah tak pernah survey harga bekam pun ..redah je .. tapi ada member instagram cakap dia pula di cas ikut harga botol tu .. satu RM15 sekali buat dalam 20-30 botol.

Lepas kay buat bekam , saya pulak buat urutan refleksologi .. sakitnya kena picit .. lepas balik badan rasa letih lain macam ..esok nya sengal-sengal satu badan ..dah lah nak raya .. tapi memang dah tahu urutan refleksologi ni memang akan ada kesan sebab urutan nya tuju ke urat-urat .. lepas tu ringan je badan .. alaa seronoknya kalau duk taiping. Taiping di hatiku ..  🙂

13 thoughts on “Buat Bekam Di Taiping”

  1. Saya pernah berbekam tapi dekat kedai SPA cina. Tapi takder lah dia cucuk keluar darah. Memang bebenjol2 merah dekat belakang. Tapi bekam ni nyalakan api dalam tu. Masa tu dah la sakit belakang lepas kenduri. Memang menjerit sikit bila dia letak satu2 botol memang kena tempat sakit.

    Kalau tengok gambar ni nak cucuk keluar darah, mau menjerit lari lintang pukang kot. Hahahah. Ada juga bekam yang tarik sedut udara keluar je pon pernah try. Rasa nya 2 kali dah buat seumur hidup tapi tak buat keluar darah ni.

  2. pernah buat bekam agak menyakitkan bila sedut guna botol tu.. tapi kesan nya memang berbaloi.. ada yang kata kaedah ini mampu mengubati hampir 93 jenis penyakit, diantaranya seperti

    -Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
    -Memperbaiki aliran pembuluh darah.
    -Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
    -Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.
    -Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
    -Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
    -Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
    -Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
    -Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
    -Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
    -Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
    -Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
    -Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
    -Bermanfaat mengatasi keracunan.
    -Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

    Tapi, cadangan aku, yang paling penting untuk menjaga kesihatan adalah bersenam setiap hari.

  3. Pingback: Buat Bekam Di Taiping | Apesal.com

  4. hidup bekam !

    nis baru je bekamkan suami… dah lali tgk darah2 beku tu…

    bee, buat bekam kat tempat gatal2 pun syiok, byk darah keluar…. gerammmm

    nis ni boleh buat bekam tp nk bukak servis tu mcm tak bernasib sikit sbb masih ada ank kecik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *