Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara , Swasta ??

By | 08/08/2011

Waaa jeles … Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara , Swasta ?? Takde … surirumah ?? lagi le takde .. ermm kesian ensuami kerja swasta kan.. apa nak buat rezeki masing-masing .. tapi dengan bonos ni , suka lah ayah tiri dan mak mertua saya ..mereka persara ! ermmm… duit…. tak pe lah rilex dulu .. jom makan kit kat je ..

petikan berita di bawah :
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA

Cer keluar berita begini
KL : semua surirumah di beri elaun sepena raya aidilfitri .. comfirm ramai nak jadi surirumah *Berangan*

(Visited 7 times, 1 visits today)

Teruskan Membaca :

40 thoughts on “Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara , Swasta ??

  1. ayujamal

    Alhamdulillah…duit raya la ni..separuh gaji..banyak tuh

    Reply
  2. kakyong

    suami ku kerja sendiri… kalo tak usaha lebih, x dak lah ‘bonus’.. dah byk tahun tak merasa berganti baju raya.. ALhamdulillah, ada rezeki anak2, org bg baju raya…

    Reply
  3. wrizuan.net

    alhamdulilah best…:) hihihhi..

    p/s : minta izin untuk sebarkan boleh ek..:)

    Reply
  4. Ali ridha

    hanya kerja kerajaan je.untung korang
    semua dapat mak ayah kerja kerajaan.

    Reply
  5. AzlanYussof

    adesss..kerajaan dapat bonus..swasta dapat tgk jer..sedih2..ini lah nasib kami org2 swasta..

    Reply
  6. zulkbo

    salam..
    alhamdulillah..berita
    gembira tu..setengah bulan
    baik dari tak de langsung..
    moga kita menjadi pekerja
    yang bersyukur kan?

    Reply
  7. mrs.yie

    pekerja swasta bila lagi nak dapat?huhu..ini tidak adil..hikhik

    Reply
  8. taufiq arifin aka topimagine

    best la jadi orang kerajaan kn.. saya ni bile la nak dapat kerja yang stabil πŸ™

    Reply
  9. nza

    dh 3-4 thn gomen xdpt bonus Bee…xmcm syrikat swasta yg plg minimum pn dpt 1 bln gaji . pru dh nk dkt la ni kot…..

    Reply
  10. mamajnjnj@sue@anang

    surirumah tiada bonus pn bee hehe..
    saya dulu kerja swasta pyh betul boss bg bonus..tpi ada jugalah seprais gitu..tapi ada sstgh yg kerja swasta bukan stkt setengah gaji, 2 bulan gaji itupun bergntg pda kewangan sykt huhuu..

    Reply
    1. puanbee Post author

      tapi dulu saya kerja swasta juga , bos baik.. bukan saja bonos tambah lagi duit raya 2-3 ratus .. rindu ..

      Reply
  11. janxxx

    bersyukurlah dgn pemberian ni..manalah tahu sebelum aidilfitri 1/2 bulan gaji, kot2 akhir tahun nanti 1/2 bulan gaji lagik..ye ar kan sbb anak2 nak masuk skolah lagik dan yg paling penting pilihanraya dah dekat..fikir2kanlah dan selamat beramal..

    Reply
    1. puanbee Post author

      tal de lah banyak madam , lepas beli baju raya pastu belanja balik kampung tu bonos suami tk best haha bnos sendiri lagi best kalau lah ..

      Reply
  12. aimaniman

    alhamdulillah… syukur… dapat bonus kan.. jd surirumah x yah bonus…yg penting ikhlas.. kalau husb pendapatan ok, bukan takat 1/2 bonus.. tripple pon dapat…

    Reply
    1. puanbee Post author

      huhu bonos kat akhirat nanti je lah πŸ™‚ hehe tk pe duk rumah pun bonus jugak tk gitu .. positif…..

      Reply
  13. transformed hw

    alhamdulillah. bolehla mintak dr hubby belanja utk beli baju raya. Mungkin utk Bee, ada rezeki lain yg tak disangka2.

    Reply
    1. puanbee Post author

      hehe rezeki dr lain lah memang ada , tk baik juga sy mengeluhkan πŸ™‚

      Reply
  14. cikpuanhady

    tu lah kan, kalaulah suri rumah ni ade bonus gak..kikiki.. tapi rasanya dolu2 bonus sebulan gaji kan? pastu takde bonus ek thn lepas? hoho.. thn dpn cemanalah agaknya..

    Reply
    1. puanbee Post author

      kerajaan dah lama tk de bonus lah has.. ni baru ada tahun depan tk tau ..

      Reply
  15. puan kutu

    kutu pun nak jadik suri rumah.kahkah..mohon share yer..:)

    Reply
  16. lin azlina

    saya pekerja swasta…tak penah dpt bonos…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *