Bonus ASB disember 2012 – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Pengumuman bonus ASB telah di umumkan pada 21 Disember 2012 kelmarin. Mungkin dah ramai yang tahu dan masih lagi tercari-cari maklumat nya kan ? . Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir iaitu pada 31 Disember 2012 ini.

bonus asb 2012/2013

Penagguhan urusniaga bagi pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2012.

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

  • 18 DISEMBER 2012 hingga 1 JANUARI 2013

SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL (ASN)

  • 26 DISEMBER 2012 hingga 1 JANUARI 2013

Pencarum ASB / ASN boleh mula meyemak status caruman / bonus masing-masing mulai 2 JANUARI 2013 nanti.

Petikan Berita ASB

ASB UMUM AGIHAN PENDAPATAN LEBIH KOMPETITIF
21 Disember 2012

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.10 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2011 : 7.65 sen seunit).

Malah, kadar ini adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun, sepanjang 2008 sehingga 2012 (2008 : 7.00 sen seunit; 2009 : 7.30 sen seunit dan 2010 : 7.50 sen seunit).

Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 17.5% berbanding dengan RM6.92 bilion yang dibayar pada tahun 2011.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM712.21 juta oleh PNB (2011 : RM600.4 juta).

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.82 juta pemegang unit yang melanggan 110.2 bilion unit ASB.

Sehingga 19 Disember 2012, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. Pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.80 bilion atau 56.21% daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak RM2.68 bilion atau 31.38% dan selebihnya, iaitu RM1.06 bilion atau 12.41% adalah daripada lain-lain pendapatan.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2012. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2003 sehingga 2012.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit. Para pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2013.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan pada 18 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2013 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

ASB adalah sebuah tabung ekuiti pendapatan berharga tetap yang disasarkan kepada Bumiputera berumur 6 bulan ke atas. Sasaran tabung ASB ialah menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit dan pada masa yang sama, memastikan pengekalan modal pada tahap risiko yang munasabah.  – sumber 

Suka ? meh open table .. he he he ..  khas buat senoipraaq 

Search

Comments

  1. salam , pelaburan ASB memang berbaloi . pada pendapat saya , saya suka teknik rahsia no3 untuk gandakan wang pelaburan dlm ASB. Alhamdulilah , teknik ni memang berkesan dan dapat gandaan lebih dari yang ditawarkan.

  2. Ada kenaikan tahun ni. Syukur Alhamdulillah.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Keputusan Bintang Paling Popular 2012 MMMy Profile

  3. xpernah melabur asb ke ape ke…

    maybe akan buat utk ank2 kot
    Ummi Hanie recently posted..Berkenalan dengan ayah Emma MaembongMy Profile

  4. alhamdulillah, rezeki lebih sikit. jom pi kemaskini buku…he he
    Denaihati recently posted..iPhone 5 Hadiah untuk BloggerMy Profile

  5. saya tak invest dlm asn n asb.. huhuhu
    sohoque recently posted..Plugin Mesti Install – Instagrate to WordPressMy Profile

  6. Pemberian dividen ini memberi senyuman sampai ke telinga kepada pelabur.
    akubiomed recently posted..Perkhidmatan Pesakit Luar Hospital perlu transformasi Part 1My Profile

  7. alhamdulillah, banyak tahun nih.. semakin seronok la menabung nampaknya.
    eiela recently posted..Resepi Rendang Ayam Mak SayaMy Profile

  8. naik sikit. oklah tu..
    titan recently posted..Ya. Gua tak rasa bersalah pun..My Profile

  9. bila nak tgk baki dlm buku ASB sy tu byk..hehe…apa pun sy lebih suka menyimpan di tabung haji..dah siap2 tolak zakat dah bonusnya.
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok KecilMy Profile

  10. Tahniah kepada yang melabur di ASNB. Boleh tahan keuntungannya.
    Arrazi recently posted..5 Teknik Gaya Belajar Tok KenaliMy Profile

  11. kalau dalam akaun ada maksima tentu best kan…. tak yah keje teruk2 hiks
    sweetkurma recently posted..apabila lelaki berbicaraMy Profile

  12. Wahhhh… syoknya!

  13. syukur alhamdulillah…
    pcl recently posted..Seorang pakcik !My Profile

  14. bolehlah… walaupun tak banyak ada juga sikit jangan tak der langsung. lama-lama nanti banyak lah tu ;)
    yangbaik recently posted..Buku Terakhir 2012My Profile

  15. boleh dah nak belanja KFC kan PB?..hihihihi.. :-)
    dzuandiey recently posted..Senarai Smartphone Harga RM500My Profile

  16. sapa dapat banyak tu jom belanja..hahhah
    diana recently posted..HOTEL YANG MENGGUNAKAN SMARTPHONE SEBAGI KUNCIMy Profile

  17. Ooh dah umum ye, tertinggi tapi tak berapa tinggi berbanding semasa baru2 dibuka dahulu. Anyway, Alhamdulillah rezeki kan bee, syukur.
    ummiross recently posted..PAVLOVA YANG UMMPH!My Profile

  18. Yey..dpt bonus..benornyer..xde akaun asb pun..huk2
    mama3heroo recently posted..PERTUMBUHAN GIGI BAYIMy Profile

  19. banyak jugak tu …semua kembang kecut laa poket ..hihi

  20. Banyak jugak la kalau 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit .. :)
    anastasyea recently posted..Bawa Budak-Budak Main Air LautMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: