Blogger dipanggil “The New Media” & Independent Blogger

Blogger dipanggil “The New Media” oleh sesetengah pihak yang berpandangan jauh ke depan.

Kami tak tahu bagaimana nak contact blogger untuk sesi penyebaran maklumat. Kami faham dan teruja mendengar kisah para blogger dan bagaimana blogger bergerak di dunia internet. Ini lah “The New Media” bla bla bla..

Ini lah kata-kata yang terkeluar dari mulut salah seorang Executif web & social media corporate affairs di Hospital Prince Court semasa saya menghadiri seminar jom kurus oleh kevinzahri.com dengan blogger. (Tak berani sebut nama beliau :) ) ada dua orang yang saya sembang pada hari tersebut. Blogger yang hadir tahu lah.

Ya dari situ saya menjawab.

Kamu patut datang dan jenguk blog saya. Terpapar alamat email di tepi blog saya.

Sememangnya blogger mempunyai kuasa untuk meyampaikan sesuatu berita baik mahupun buruk , blogger ada followers tersendiri , kalau tak tak kan Perdana Menteri pun buka blog untuk sampai kan maklumat.

Sesetengah orang dengar “blogger” aja , diorang fikir negatif .. blogger itu , blogger ini , blogger jahat sampaikan cerita tak benar , blogger adalah wartawan tak bertauliah. maaf tak semua begitu. bla bla bla

Kemudian Mrs dan Mr itu membalas .

Ya kami tahu blogger lebih jujur dan telus serta pantas dalam penyebaran info .. sepatutnya guna lah dari segi positif.. bla bla bla ..

 

Tetapi berapa ramai blogger yang menitik beratkan semua ni ? tak semua blogger menyediakan kemudahan secukupnya untuk orang lain seperti Encik di atas untuk hubungi blogger bagi bekerja sama dengan blogger untuk menghadiri event , majlis atau menulis sesuatu.

Ada satu sesi tu .. saya bercakap dengan pihak adsvertiser mereka merungut.

Susah nak cari independent blogger yang mempunyai traffic yang tinggi serta menepati citarasa pengiklan dan tidak mengikat contrak dengan mana-mana syarikat pengiklanan.

Susah nak dapatkan maklumat blogger contoh email , facebook , twitter no fon kerana loading blog terlalu berat.

Susah nak hubungi blogger , ada yang mereka email tetapi tak ada jawapan langsung. (Blogger begini tidak akan di hubungi untuk kali kedua) .

Blogger dah menepati citarasa pengiklan , tetapi traffic tak mencukupi. Blogger tidak aktif.

Saya hanya mampu menjawab

Mungkin mereka tidak serius dalam berblogging , atau mungkin mereka tidak yakin akan mendapat mendapat adsvertiser sendiri , atau mungkin mereka tidak semak email mereka langsung , atau mungkin mereka tidak terfikir ada orang yang memerhatikan blog meraka.Tak dapat buat apa-apa lah kalau mereka sendiri yang tidak memikirkan pasal blog mereka.Mungkin mereka tidak tahu.

Adsvertiser tu jawab ..

Rugi lah .. bla bla bla …

Ya .. bagi saya pun rugi lah .. walaupun sesetengah orang berblogging hanya untuk berseronok , menulis untuk suka-suka . Tetapi dengan adanya iklan / offer / pakej percutian /penajaan / jemputan / food review / dan lain-lain , Mungkin kita akan rasa lebih seronok menulis. Tidaklah terlalu mengharapkan pembacaan di internet , copy dan paste sahaja. Blog akan meriah dengan isi-isi yang lebih bermanfaat. Isi blog akan lebih berkembang gitu.. kadang-kadang copy tak pe .. hahaa ajaran sesat. 😛

Ya semua ni membuka minda saya .. Insyallah akan belajar menulis walaupun tak bertauliah .. 😛

Blogger mesti ada hala tuju.. Sedikit perkongsian pengalaman bahagian positif tentang blogger dan apa yang blogger perlu buat untuk menjadi “The new media yang ber independent”

Siapa setuju ? komen sikit ..

(Visited 4 times, 1 visits today)

29 thoughts on “Blogger dipanggil “The New Media” & Independent Blogger

  1. hafizmd

    Alhamdulillah. Dapat sesuatu hari ni kat blog pn bee.

    Apa yg penting, kenalah kita minat dgn apa yg kita buat..inshaaAllah yg lain2 menyusul kemudian…

    terima kasih pn bee =)

  2. nora

    tahniah…akak orang baru…baru bertatih dalam dunia blogger ni…tolong singgah ke blog akk dan komen apa yg patut utk menambah baik karya akk…

  3. titan

    bagi aku, dua-dua salah. advertiser, kalau minat nak beriklan. dia akan contact sampai dapat. Kalau dah putus asa, tak yah nak salahkan blogger plakk..aku ada jumpa advertiser..3 bulan aku tak balas sebab email dia masuk kat spam. entah camana terasa nak check bahagian spam. sekali bila dah reply..memang dah tak harap sangat masa tu..

    tiba-tiba..dia reply keesokan harinya. tup.300 dollar dapat dalam masa tak sampai 10 minit. kerjanya, cuma letak 3 link dalam blog dan artikel aje untuk tempoh 1 bulan. hoho..

    1. puanbee Post author

      ini adsvertiser malaysia , diorang cakap tak tahu bagaimana nak mulakan contact blogger , sbb tu lah lebih senang contact nuffnag dan sebagainya , kalau dpt iklan direct lg untung kot

      1. titan

        diorang bukan tak tahu. boleh aje kalau mahu..nak tak nak aje. so far, perangai advertiser dah makin bagus berbanding dulu. sekarang, senang nak deal. kalau dulu, memang ramai yang takut-takut.

  4. akubiomed

    Iktibar yang boleh diambil untuk blogger diluar sana supaya dapat memperbaiki dan menambah ilmu blogging. Maklumlah ramai yang ingin jadi blogger tetapi tidak mendapat panduan yang cukup dan ada yang pandai-pandai sendiri mencari info melalui Google.

    Jadi kalau ada rujukan ebook atau kelas blogging ambilah peluang untuk belajar tidak rugi pun kerana untuk kebaikkan diri sendiri. Saya sendiri bermula blog dengan membeli ebook pada harga RM50.

    Jangan kedekut untuk berbelanja.

  5. Hafizul

    ya aku setuju…aku memang suka iklan dari syarikat ni..hahaha..aku selalunya koya jer lebih..sape la nak buat iklan dgn blog aku ni..traffic ntah kemana, blog ntah kemana, penulisan jeng kreng..haha..harap ada la syarikat yang sudi beriklan di pondok kecil..maybe esok, bulan depan, tahun depan, aku setia menunggu offer..hahahaha..

  6. boni

    kadang-kadang terfikir juga.. blogger2 macam saya ni(blogger picisan yang menyediakan karya seperti karya lawak) ada ke syarikat-syarikat yang berminat?

  7. Ummi Hanie

    nis pun slalu terpikir benda ni sejak dua menjak ni… tp nis xdapek nk attend events mcm bee… maklom le bukan blogger bandaraya… ahaksss…

    apapun, menulislah dgn passion, ada ilmu/maklumat nak disampaikan… insyaAllah rezeki sampingan akn dtg kemudian. jgn terlalu mengharap. usaha dulu tingkatkan kualiti blog betoi tak bee 😉

  8. zie fauzi

    sangat suka entry ni Bee…. bangga bila ada org memberi gelaran begitu kepada blogger walaupun den ni hanya blogger picisan sahaja…

    mmg ada betulnya apa yg bee tulis…. ada sesetengah blogger tak amik serius pasal paparan email atau sediakan page khas ‘contact me’… mmg rugi…

    p/s:…. Bee,xdpt jejakkan kaki ke ampang lg… abah Alya mcm malas nk redah jalan jem… huhu…esok pujuk lain… :)

  9. Nadot

    Suke entri ni!..tp tatau nak komen camne, sbb nadot pun sgt baru lg nak aktif balik. Niat asal blogging mase 2005 saje jadikan jurnal utk catat ape berlaku dlm idup. kebelakangan ni plak suke nak kongsi info n same2 dpt manfaat. huhuh

  10. iAwani

    … membaca entri ini membuat saya berasa bangga dengan gelaran “blogger”. Walaupun kekadang dipanggil sebagai jurnalis tidak ada tauliah dan menulis didorong semata-mata oleh minat, namun media tradisional tunduk mengalah kepada media baru sebab blogger lebih pantas mendapat berita, terutama berita-berita teknologi. Thanks kak, entri ni benar-benar menginspirasikan.

  11. mia liana

    bagusnya entri ni…. tu la kan? advertiser atau orang luar sering memandang serong pada blogger. hakikatnya blogger masih dapat dihubungi. tengoklah update berapa kali dalam seminggu. kalau jarang update tentu lah jarang online. lihat saja kat laman utama blog, bagi yang serius dalam blogging tentu ada letak fanpage, twitter dan email.

    peace… ^_^

  12. diana

    mungkin blogger tu lebih suka menulis dan menyampaikan maklumat dan tak suka dirinya yang menonjol.macm saya la tu..hahahah..
    bukan tak de hala tuju tapi niat berblog cuma nak berkongsi maklumat dan berkongsi pengalaman peribadi.untuk memenuhi kocek,itu bukan niat sebenar walaupun ada ambik sikit keuntungan dari blog tapi tak mau la sampai diri terlalu menonjol.bila maklumat yang nak disampaikan tu berjaya kita buat,itu lah hala tuju blogger macam saya sebenarnya..:p

  13. Man2

    Itu yang cube saya buat dengan blog saya… tapi nak buat content yang informatif ….. fuh! susah!

    … but worth the effort :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>