Magfiraht travel

Blog Di Landa Ribut Petir

Tajuknya adalah kata-kata seorang rakan blogger apabila dia memahami kerisauan saya beberapa hari lepas , ada yang perasan ada yang tidak perasan. Beberapa rakan blogger menegur kenapa blog tidak dapat komen dan loading , kenapa asyik tukar theme , terima kasih pada yang prihatin.

Blog saya tidak semena-mena mengalami ERROR 500 secara drastik , apabila CPU dan Entri Proses asyik sampai tahap minima. Perghh ayat .. jenuh saya fikir macam mana nak cakap pasal ni , sebab saya tidak pandai dalam bab cpanel dan database. Saya terpaksa mintak rakan blogger yang lebih arif tengok-tengok kan kenapa dan mengapa.

Terima kasih Azmanishak.Com sekurang-kurangnya saya tahu apa masaalahnya dan rasa sedikit selamat.Pertama kali berborak dengan Azmanishak ni .. saya adalah pemalu orangnya , tetapi kalau dah kenal .. memang cakap tak hingat dunia.

Ekoran dari peristiwa itu ..saya tidak tidur 2 hari secukupnya , boleh percaya ke tidak ? yaaa bila malam saya tak tidur , siang apatah lagi memang tak boleh tidur. Hidup harus diteruskan walau tak tidur. Kerja sebagai surirumah hanya malam waktu rehat. Tetapi kalau malam tak berehat memang kesihatan akan down sama macam blog down nih. Saya demam agak teruk kali ni , sekarang tak boleh tidur jugak sebab batuk . Kahkahkah ada-ada je…

Seakan memahami .. eizil.com terus buat entri penangan theme percuma Baca entri ni dan komen-komen nya sekali , korang akan faham ! Ya .. masaalah saya adalah kerana menggunakan theme percuma. Blog saya mungkin kena DDOS melalui theme. Mungkin kata azmanishak.com , sebab bila pakai theme default ni blog nampak ok.

Sekarang dah laju sangat kot blog saya. Ekoran dari itu Serverfreak beri saya pakai hosting yang tersedia cache secara percuma (ok memang tak tahu nak tulis macam mana )

Sekarang banyak plugin telah disingkirkan . No more seo plugin , top comentator dan apa2 tag plugin. Huhuhuhuhu tetapi saya suka bila blog loadingnya laju macam roket.

Nota kaki : Biarlah theme huduh dan tak power seonya , asalkan korang dan saya dapat membaca dengan tenang kan ?

, , , , ,

50 Responses to Blog Di Landa Ribut Petir

  1. cik tom 8 July 2012 at 4:11 pm #

    sblm ni ciktom singgah selalu je kena exceed limit…tp mmg dr semalam singgah laju je lepas akak ubahsuai ni…
    cik tom recently posted..Komisyen Kesembilan dari JDRMy Profile

  2. Hafizul 8 July 2012 at 11:33 am #

    Emm terharu la membaca entri ni..Nasib tak menitiskan air mata..tak apa la puanbee…blog puanbee dilanda ribut ke, tsunami ke, sy suka singgah di blog ni. biarla tak beratap pun sekali hujan habis basah, tak pe..tak kisah..janji ada perkara yang sy boleh ceduk dari blog ni..hahaha….
    Hafizul recently posted..Wahhh Syok Nya Dapat Makan Pulut DurianMy Profile

  3. akubiomed 7 July 2012 at 9:53 pm #

    Semua pengguna share hosting bawa ServerFreak mengalami masalah ini termasuk saya kerana ia berpunca daripada CloudFlare. CloudFlare ini boleh disable didalam Cpanel dan sekarang ini sudah pakai semula CloudFlare ini.
    akubiomed recently posted..Lanskap menarik di Floria Putrajaya 2012My Profile

  4. mrs.yie 6 July 2012 at 6:34 pm #

    haaaa..tahu takpeeee..itulahhhh banyak kali sangat tuko theme..hihihih..alhamdulillah blog bee dah ok kan? sejak akhir2 ni memang akak tak berpeluang sangat nak singgah sini..lepas ni nak tuko theme lagi ke? eh tapi yg ini pun theme free kan?
    mrs.yie recently posted..MENGHARAP SISA KASIHMU – BAB 12My Profile

    • puanbee 7 July 2012 at 9:13 am #

      lepas ni tak tau lah nak ckp kak , theme ni free tp bukan dr luar , faham kan ..

    • puanbee 7 July 2012 at 9:13 am #

      ye lah org dah jadi retissssas

  5. Kak Long Mawar Merah 6 July 2012 at 1:41 pm #

    Syukurlah dah pulih. Memang laju loading sekarang ni.
    Kak Long Mawar Merah recently posted..Wordless Wednesday : Buli ke Dera?My Profile

  6. boni kacak 6 July 2012 at 9:53 am #

    masalah juga ye theme free ni?? takpe lah. asalkan boleh baca dan boleh komen..
    boni kacak recently posted..Orang Tua Yang Tercirit-ciritMy Profile

    • puanbee 6 July 2012 at 12:40 pm #

      masaalah macam2 , sebenarnya dah tahu tp gatai nak guna jugak ..

  7. dzuandiey 6 July 2012 at 8:06 am #

    tak apa PB..yang penting, boleh komen macam roket nih..hehe…
    dzuandiey recently posted..Cek Pertama NuffnangMy Profile

  8. Ibu Mifzal Arsyad 6 July 2012 at 7:44 am #

    dah ok ya bee…alhamdulillah..risau kan kalu blog problem..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)My Profile

  9. Anarm 6 July 2012 at 2:08 am #

    dah pakai twentyten, cari child theme lawa2 sikit.. tapi macam ni pon dah kira ok.. simple itu cantik.. loading blog pon laju je sampai tak sempat bangun nk pergi tandas kejap.. nak baca punya pasal.. :p
    Anarm recently posted..Dinar Emas Untuk PerkahwinanMy Profile

    • dzuandiey 6 July 2012 at 8:07 am #

      kadang-kadang, readers suka yang simple2 jer kan..hehe..senang nak loading..tak payah tunggu lelama.. :-)
      dzuandiey recently posted..Cek Pertama NuffnangMy Profile

  10. MDHAFiZ.NET 5 July 2012 at 11:37 pm #

    biarlah theme hodoh. . seo kena main gak.. baru gempak.. pakai hosting sampai lebam,, sampai exceed bandwidth.. .hehehe. . :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Indonesia vs Australia (AFC U-22 Championship 2013 Qualifiers)My Profile

  11. eiela 5 July 2012 at 10:29 pm #

    ok dah nih kak, laju..
    eiela recently posted..Perginya Seorang AyahMy Profile

  12. Ummi Hanie 5 July 2012 at 9:37 pm #

    Mcm dpt hidu ckit problem tu sebelum ni tp nis sndiri pun xdpt update blog bbrp hari dah ni, apatah lg blogwalking. Ni pun gune iphone jek.

    Untunglah ada member2 yg sudi mmbntu… Problem error 500 ni nis dah kena aritu.. Tp idakle sampei xtido… Poning kopalo nnti… Heheee. Rasanya lepas update wordpress kot, then tak ngam dgn plugin utk lajukan blog tu.

    Then hantar tiket lah ke netkl apa lg…

    Apapun,utamakn kesihatan diri yer… Nis pun baru baik demam ni, batuk juga. Sakit tekak yg lain mcm ckit pun ada

  13. eyriqazz 5 July 2012 at 7:31 pm #

    Aiseh..ribut mana ya melanda ni… get well soon blog…..
    eyriqazz recently posted..Fruttare Surprise, Fabulous PrizesMy Profile

  14. Jebeng Otai™ 5 July 2012 at 7:29 pm #

    skng dh bkan zaman blog2 cantik2..skng zaman blog loading laju..siapa laju ramailah yg dtg.hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Izara Aishah Lawat Blog JebengOtaiMy Profile

  15. titan 5 July 2012 at 6:24 pm #

    takpe..janji tak kena panah petir..
    titan recently posted..Akibat terlalu banyak makan cendol.My Profile

  16. Affan Ruslan 5 July 2012 at 5:33 pm #

    Dah ok dah, Alhamdulillah.
    Pernah gak blog ada masalah kritikal, memang tak tenang dibuatnya. Hehe.

    Ps: Kalau ada berkenan dgn mana2 theme premium, saya recommend beli je lah, tak perlu guna nulled theme :)
    Affan Ruslan recently posted..Tiada Lagi KucingMy Profile

  17. Azman Ishak 5 July 2012 at 5:11 pm #

    Salam puan bee. maaf lambat bertandang. tapi dalam tu.. dok tengok-tengok kan la jugak takut masalah yang sama berulang kembali. so far, saya pon rasa agak lega sebab perkara yang sama tak berulang. pasal processor naik tinggi tu.. tak berapa sangat.. cume yang menghairankan saya pasal ade TASK Process sampai hampir 10/10. Mengalahkan ade CRON JOB.

    CRON JOB adalah fungsi server yang dapat dijalankan cerara automatik, tanpa perlu kita buat secara manual. masalahnye.. saya tengok, tadek pon cron process dalam cron setting. ini agak menghairankan saya tentang template lama tu.

    Oleh yang demikian saya tukar kepada template standard yang diambil sah dari wordpress. sebab semua orang pon tau yang template 2010 dan 2011 tak banyak masalahnye.

    Buat masa ni saya masih belom ade masa nak check coding-coding template yang bermasalah tu. tapi rasanya untuk aktifkan plugin lain yang dipirkrkan bersesuaian tu… dah boleh ar. aktifkan satu persatu, dan perhatikan server processor macam mane.

    p/s: macam biasa.. puan bee tau mane nak hello kalau ade problem. hehehe..
    Azman Ishak recently posted..BigPicture : Segment khas untuk menguji template.My Profile

    • puanbee 5 July 2012 at 5:15 pm #

      wasalam , terima kasih atas penjelasan , 10 kali azmanishak cakap pun tetap tak dapat bayangkan ..

      tapi tak pe , terima kasih banyak … plugin tu nanti2 lah dulu , biar blog berfungsi dengan baik dulu …

      wokey ..tau mana nak hello2
      puanbee recently posted..Blog Di Landa Ribut PetirMy Profile

      • cik tom 8 July 2012 at 4:09 pm #

        ciktom bc komen amanishak ni pun xfaham..ish byk perkara yg xtau n kena belajar ni…

  18. spudin 5 July 2012 at 4:47 pm #

    series puan Bee..memang laju sekarang ..tak ada apa yg boleh halang blog ni dari terus laju loading
    spudin recently posted..Merasa Manggis Sedap Putih GebuMy Profile

  19. zie fauzi 5 July 2012 at 4:09 pm #

    mmg perasan sblum ni blog Bee mcm tak ok… ingtkan masalah tak berapa serius… serius jgk noo smpai demam2 … theme thesis ka yg penyebab problem tu…
    zie fauzi recently posted..Siapakah Pemilik Mini Tote Bag IniMy Profile

  20. Denaihati 5 July 2012 at 3:51 pm #

    alhamdulillah dah normal kembali. setiap masalah ada mesti ada jalannya
    Denaihati recently posted..Marah Ayah dan Ibu setakat manaMy Profile

  21. Nurul 5 July 2012 at 3:41 pm #

    Yang ni pun oklah akak.. Asalkan blog kemas dan teratur.. Pengunjung masuk pun suka jer singgah kat blog akak.. :)
    Nurul recently posted..Kerana Rambutan Ma Arahkan Balik Kampung!!My Profile

  22. anif 5 July 2012 at 3:05 pm #

    Sukalah dengan ayat ni – “Biarlah theme huduh dan tak power seonya asalkan korang dan saya dapat membaca dengan tenang kan ? ” :D
    anif recently posted..Inovasi Input Dan Papan Kekunci Daripada MicrosoftMy Profile

  23. nurmisnan 5 July 2012 at 2:32 pm #

    And finaly u faham jua bee… yang penting pembaca dapat
    datang secara aman tanpa gangguan..

    aku pun tgh plan nak tukar serverfreak.. hik3
    nurmisnan recently posted..KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BANMy Profile

  24. ummiross 5 July 2012 at 2:03 pm #

    Alhamdulillah, ramai yang menghulurkan bantuan, mungkin sebab bee pun tak loket menolong kawan2…
    ummiross recently posted..PERSIAPANMy Profile

  25. azman 5 July 2012 at 1:51 pm #

    Ada ker blogger yang buat servis ” tgk2 blog kalau ada masalah” secara berbayar?.Saya rasa saya kena guna juga perkhidmat macam nih kalau ada. – untuk stanby.

    *bukan semua org akan buat kerja secara percuma kan. :)
    azman recently posted..Pakej Celcom PostpaidMy Profile

    • puanbee 5 July 2012 at 2:00 pm #

      Yg sy tahu eizeil ada buat servis , tapi sy tak tahu pembayaran cam mana , email atau DM eizeil di twitter je tanya . azmanishak tak buat katanya … dia sibuk tubpun sbb kesian kat saya hehehe

  26. Eizil 5 July 2012 at 1:33 pm #

    Puan bee bolehlah cuba untuk aktifkan semula plugin-plugin yang dah dinyahaktifkan tu, sebab kalau theme yang menjadi punca, plugin-plugin tu maksudnya tak mengganggu pun… :D waktu proses troubleshoot nyahaktifkan tu prosedur biasa, tapi bila dah tahu punca, kenapa nak biarkan tak guna…

    Semoga tiada masalah dah selepas ni…
    Eizil recently posted..Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd – Pusat 3S HyundaiMy Profile

    • puanbee 5 July 2012 at 1:54 pm #

      Setakat ni macam fobia sikit , tengoklah lama2 sikit nak juga aktikan plugin kesayangan tu ..

    • puanbee 5 July 2012 at 1:54 pm #

      tetima kasih :) kalau ada eizei dan azman tu sy dah cukup rasa selamat

  27. daddydee 5 July 2012 at 1:27 pm #

    Skang dah pakai theme bayar ke PB? Blog laju saya pun suka nak baca.

    • puanbee 5 July 2012 at 1:53 pm #

      theme percuma juga , tp ini yg ada di dashboard wp , dan theme percuma kelmarin sy dpt dr kawan

  28. mia liana 5 July 2012 at 1:22 pm #

    yang ni pun ok juga.. nampak simple…. yang penting pengunjung senang nak komen dan boleh baca artikel…

    tahniah ya bee dah berjaya melepasi tahap kritikal tu..
    mia liana recently posted..Bila Sofea Mula Nyanyi…My Profile

    • puanbee 5 July 2012 at 1:51 pm #

      terima kasih , yg ni theme default theme yg asa disediakan di wordpress boleh lah

  29. ayu jamal 5 July 2012 at 1:01 pm #

    Alhamdulillah blog dh ok ye…senang hati dh kn bee
    ayu jamal recently posted..Kekal anggun dengan La PraiseMy Profile

    • puanbee 5 July 2012 at 1:51 pm #

      ok dah sikit , lega jugak lah

  30. Kujie 5 July 2012 at 12:54 pm #

    baguslah Bee krn bertemu ‘orang yang sepatutnya’

    kak jie pun bukan pandai bab2 gini…sebab tak pandailah selalu berdampingan dengan orang-orang yang pandai – ambil hati mereka, membina perhubungan yang lama…InsyaAllah mereka akan sentiasa membantu.
    Kujie recently posted..Masih Ada Masa Untuk Bergaya Di Hari RayaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge