BIODATA Mom Blogger di Malaysia : Review & Adsvertorial

Assalamualaikum & Hai

Pemilik blog di kenali sebagai puanbee . Nama sebenar Latifah bee … bukan C mahupun D. Berasal dan di lahirkan di Taiping dan kini menetap di Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga dengan Encik Kay. Puanbee kini di kurniakan empat orang cahaya mata. Aliya , Husna , Laila dan Syamim. Puanbee ibu muda , berkahwin muda , suka buat-buat sibuk dengan anak-anak , suka beleter dan suka juge makan. Kadang-kadang mood tah hape-hape .. Kebanyakan cerita di dalam blog merupakan rentetan kisah hidup suka duka seorang ibu muda dan kini berstatus surirumah dan juga sedang melalui fasa ” perkahwinan jarak jauh “. Kini puanbee juga aktif menjalankan bisnes online.

Kisah bagaimana mula menulis blog.

Puanbee mula menulis blog setelah berhenti kerja , ketika itu baru sahaja lepas melahirkan anak ke tiga [ Laila ] . Akibat kebosanan melampau puanbee mulalah menulis suka – suka  di platfom blogspot [ Tarikh tak ingat  ] Dulu blog di bertapak dengan nama Honeyvsbee.blogspot.com. Kemudian setelah setahun puanbee menang domain dari rakan blogger yang buat contest. Dari situ bermulalah domain bernama puanbee.com.

Pada September 2010 , puanbee mula belajar menulis blog menggunakan hosting berbayar di wordpress ini. Dari dulu hingga kini , minat puanbee dalam dunia blog masih belum bekubur. Blog merupakan satu tempat untuk puanbee mencurah rasa , menyimpan 1001 tips dan pengalaman. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat dan dapat di jadikan rujukan buat semua pembaca.

Pengiklanan dan MEDIA SOSIAL puanbee

  • Google + : LINK – 7965 Follower +-
  • Fanpage Facebook   : LINK  – 2976 like +-
  • Profile FACEBOOK  : LINK  – 1569 friend +-
  • Twitter : LINK – 1185 follower +-
  • iNSTAGRAM : LINK  980 +-

Puanbee bukan lah seorang pengguna media social yang sangat aktif , Tetapi puanbee menerima pengiklanan review dan menulis iklan di blog contohnya seperti syarikat – syarikat besari di bawah yang telah pun bekerjasama dengan puanbee. Boleh klik untuk tengok contoh.
http://puanbee.com/jenama-bersama/

  1. Sila hubungi saya untuk rundingan harga dan lain-lain.
  2. Kandungan dalam post berbayar { adsvertorial }  :
  • Sticky post  untuk tempoh 48 jam
  • 250 – 300 patah perkataan ( biasanya lebih panjang, rujuk  senarai entri di bawah )
  • Saya berhak mendapat contoh produk untuk tujuan pengenalan dan image.
  • 2 backlink ke laman web pengiklan
  • 2 image atau 1 video klip
  • Social sharing tidak melebihi 5 kali untuk setiap satu media social

** TIADA IKLAN BANNER DI TERIMA
*** TIADA IKLAN LINK DI TERIMA
Sekian ,
Terima kasih kerana sudi membaca di sini
xoxo
Puanbee
Hosting puanbee.com oleh :

Malaysia Web Hosting

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.