Bila Suami Diambil Orang …

Share

Stress.

Stress boleh berlaku bila sesuatu perkara itu tidak mengikut kehendak kita atau kita khuatiri ia berlaku tidak mengikut seperti yang kita mahu.

Saya memang stress betul dengan suami saya , kak Normah. Langsung tak menolong di rumah.

Ya?

Ah, saya bukan kaunselor rumah tangga. Bukan juga pakar motivasi terkenal, yang saban waktu punya semangat menjulang dan jiwa kental tidak dihinggap masalah. Saya hanya wanita biasa yang punya kitaran bulanan yang sama seperti wanita lain juga, yang ada kala terduduk juga merenung takdir . 🙂

Bila dua insan berlainan latar belakang dan cara didik yang sangat berbeza duduk sebumbung, apa lagi yang boleh kita ramalkan? Sedangkan adik beradik yang punya ibu dan ayah yang sama pun asyik bertelagah, inikan pula dua insan yang berbeza cita rasa dan warna hati.

Kalau orang lain nak ambil suami awak tu, awak nak bagi tak? Yalah, kurang sikit stress tu nanti, kan.

Ish, kak Normah ni, merepek je lah.

Hahaha, ya lah, kak Normah mencadangkan saja. Kesian jugak kat awak ni yang asyik stress memanjang dengan suami.

Be grateful now. Ibn Ata’Allah said, “If you do not know the blessings you have when you have them, then Allah will teach you about them by taking them away.” Don’t wait until you are without, to appreciate what you have. ~ At The Very Least , Be Grateful.

belang gugur , adakah kerana stress ?

belang gugur , adakah kerana stress ? kahkahkahkah !

 

Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bersyukur punya suami dan anak yang punya segala kekurangan, kerana kita pun bukannya sempurna seperti yang kita sangka.

Kita asyik membebel dan bermasam muka dengan perkara yang kita mahu mereka lakukan untuk kita, tetapi tidak mereka lakukan, dan dalam masa membebel itu , kita sering lupa mengucap terima kasih dan memuji segala kebaikan yang mereka telah buat untuk kita.

Pujian dan terima kasih sentiasa boleh melembutkan hati sesiapa, dengan syarat ia datang dari hati yang penuh kasih.

Moga Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan berkatNya dalam hidup kita sekeluarga, kawan-kawan. 🙂

~cikgunormah@klcitizen~

cikgunormah

P/S : Slot motivasi cikgu normah akan bersiaran setiap selasa jam 7.00 am , nantikan 🙂

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

49 Comments:

  1. Siaran motivasi ?ini dh kira hebat

  2. kita perlu menerima kekurangan dan kelebihan masing masing.Berpakatlah elok elok ,jangan ikut emosi.

  3. sape-sape pun tak suka suami atau isteri diambil orang..

  4. suami dan isteri , sebelum meluahkan kata kata, kena letak dulu noktah, fikir dulu soalan yang nak diperkatakan itu , adakah akan menyakitkan hati pasangan masing2, kalau kita pegang prinsip ini…insyallah aman tenteram keluarga……namun sebaliknya kita selalu berfikir macam mana nak keluarkan ayat ayat yang menyakitkan hati pasangan kita…sebagai kesimpulan untuk memuaskan hati dan perasaan kita…betul tak cuba fikir fikirkan.

  5. ok lah… dari dapat suami yang curang
    lagi stress nanti kang

  6. dulu kakyong stress juga.. 2 tahun dulu to be exact.. tp masa banyak memberi pengajaran dan pelajaran.. Alhamdulillah.. takde nak stress sgt dah.. bukan lah x ade langsung.. tp dah tahu camana nak atasi nya.. yg penting.. hati tenang & dada rasa lapang.. bersyukur dengan segala yang ada..

    • betulla kak yong. segala benda tentang hubungan dalam rumah tangga ni perlukan masa dan sabar yang tinggi 🙂

    • kadang kala tekana materialisik dan kewangan juga menjadi punca kita stress….tapi kalau kita redha dengan apa yang ada insyallah kita akan tenteram….fikirkanlah orang yang susah dikampung kais pagi makan pagi kais petang nakan petang….mereka aman tenteram hidup…..anak anak pula dekat sedozen.( kalau stress tak kan anak sampai sedozen kot ) …

  7. Syukur alhamdulillah punya suami yang penyayang dan sangat memahami, tidak pernah berkira walau apa pun 😀

  8. Asam garam rumahtangga PnBee,.. kalau takde kepelbagaian mesti bosan hidup suami isteri. Apa salahnya sekali sekala kalau suami mengalah ngan isteri, dengar cerita diorang,.. mesti seronok punya. Sy kawin dah banyak tahun, tapi sampai sekarang dalam sehari tu mesti tak kurang dari 2 kali sy call wife dan sebaliknya tanya dah makan ke, dah lunch ke.. sambil2 dengar cerita dia merungut pasal kerja, wpun hari2 tu benda yg sama… jangan terlalu ego dengan diri kita sendiri,.. sentiasa bagi support pd pasangan. Insyaallah rumahtangga akan tenteram dan sentiasa dirahmati..

    • jangan selalu salah anggap…lelaki itu ego…terlalu banyak suapan kata-kata yang mengatakan lelaki itu ego….tidak benar sebenarnya…lelaki yang telah beristeri itu semuanya sayang dan kasihkan isterinya…suami itu adalah a good listener…cuma bila dia bersedia nak dengar apa yang kita nak luahkan…selalunya skrip dan nada keluh kesah itu…terlalu menyakitkan hati…cube fikirkan….mungkin kerana itu dia kelihatan seolah olah dia buat ‘DEK JE’…sebenarnya dia saki hati.

      memang ada suami bermasaalah…tetapi kita kena tengok background semasa bujangnya adakah dia terkategori dalam golongan ini, kaki judi, dadah dan playboy.

      tapi kalau setakat dia tak tahu memasak…apa kata kalau ajak dia tolong masak bersama, basuh bersama …minta tolong tu jgnlah dengan bebel…bodek bodek puji puji skit…insyallah

      teman pun memasak juga,membasuh juga, mengemas juga…semuanya ikhlas untuk keluarga…kalau tak bekerja dan balik lebih awal ke rumah.

      tak de masalah….asalkan ikhlas….tapi suatu yang agak pelik orang perempuan dia buat juga kerja tapi mulut dia tak berhenti bebelkan….suatu fenomena yang perlu dibuat kajian…he he

      suatu perkara yang teman paling tak suka buat…lipat kain…lain2 no prob…ha ha

      jgn marah ye bee…sekadar berkongsi

  9. belajarlah bersyukur..hemm..

  10. hubungan intim suami isteri adalah ubat stress terbaik, bila dah berumahtanga suami isteri selalu menggaangap hubungan intim mereka sebagai perkara kedua dan tak penting lagi…suatu kesilapan besar

    • pengalaman seorang lelaki ye ..

      • hehehee tumpang baca pengalaman seorang lelaki 😀

        • sejak lahirnya anak pertama sehingga ke ……tak pernah balik kampung…semuanya uruskan sendiri….mertua datang melawat selepas 2 minggu bersalin…sebab nak tengok cucu, apapun seorang lelaki yang ingin berumahtangga perlu tahu asas memasak,mengemas rumah dan menjaga anak, pengalaman boleh dicari…tapi yang paling best ialah bila anak anak suruh kita masak …masakan yang dia orang nak makan….tengok mereka makan …hilang penat lelah memasak…yang penting ikhlas

  11. teringat kisah seorang kawan…bila mereka bergdoh siisteri selalu mengadu pada bapak saudaranya…suatu hari mereka balik kampung sambut hari raya …sambil bersalam dengan bapak saudaranya, lalu bapak saudara menegur….aku hairanlah engkau laki bini ni…bila bergadoh je…tengok tengok balik kampung dah mengandung

  12. Nasihat kat Normah
    “Kalau orang lain nak ambil suami awak tu, awak nak bagi tak? Yalah, kurang sikit stress tu nanti, kan. ”
    bila dah hari2 dah bertelangah, dah xde jln yg lebih baik, rundingan pun gagal. rasanya ini yg terbaik kot.

  13. Alhamdulillah dapat kelaurga yang sayang menyayangi

  14. hehehe…..rezki lebih lah…tu yg nak tambah

  15. bersyukur itu mudah utk diucap tp xmudah utk dipraktis …

    hati kena lapang dulu,betul tak cekgu ? 😉

  16. Isteri kalau “stress” muka akan tidak menjadi cun macamana suami hendak ceriakan-kan. Asyik wajah masam bercuka sepanjang hari. 🙂

  17. mungkin suami pun stress dengan dia jadi
    suami buat la sesuatu mengikut kehendal diri sendiri..
    hehhehe

  18. bersyukur dan Allah akan tambah nikmatnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *