Bersih 3.0 “Duduk bantah” 28 April 2012 Di Dataran Merdeka

Wow Bersih 3.0 pula..Baca blog kawan saya yanmieonline , baru tahu berita tentang Bersih 3.0 ni , tak sangka akan ada lagi. Saya ? tak berani komen bab politik malas campur pun ya ..Dari apa yang saya baca dari berita mStar Online , Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih) akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 dengan slogan “Duduk Bantah” akan diadakan di Dataran Merdeka,bertempat di Kuala Lumpur pada 28 April ini.

duduk

Duduk 🙂 comel betul kucing ni duduk ..

Keputusan tersebut diumumkan sehari selepas laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya diluluskan oleh Dewan Rakyat, Selasa.Laporan akhir yang dibentangkan oleh PSC mencadangkan sebanyak 22 cadangan bagi memperbaiki perjalanan sistem pilihan raya di negara ini.Bagaimanapun hanya 18 daripada 22 cadangan tersebut diterima oleh semua ahli jawatankuasa PSC.

Perhimpunan Bersih yang kedua iaitu Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai tahun lalu dihadiri berpuluh-puluh ribu rakyat yang menuntut supaya lapan perkara itu dilaksanakan.

20 thoughts on “Bersih 3.0 “Duduk bantah” 28 April 2012 Di Dataran Merdeka”

  1. samanosuke_04

    huhu, berdemo lagi… biarlah kita duk rumah jer.. bersihkan rumah, bersihkan hati.. dan bla3.. at least kita dapat gak sesuatu.. tak laa letih duk jerit2 kat jalan raya..

  2. Gebunye Meow Tu heheh, Harap-harap perhimpunan kali ni jangan la ada yg perkara buruk berlaku, Aduhh kena sedia kan roti ler Puan Bee, kot2 la jem nanti!!

  3. Pingback: PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 28 APRIL 2012

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *