Bersama Blogger di Seminar Jom Kurus Kevin Zahri

Maaf , ramai yang tunggu saya publish gambar-gambar di sepanjang Seminar Jom Kurus oleh KevinZahri bukan ? Maaf lah ye ..tiba-tiba rasa lemau-lemau biskut raya pula , disebabkan line internet di rumah ni lembab sangat. Nak loading satu-satu page pun ambik masa …

Terlebih dahulu haruslah berterima kasih kepada Kevin Zahri kerana sanggup meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga pada Hospital Prince Court di atas kesudian menaja tempat ini dan beramah tamah dengan puanbee.com. Terima kasih pada rakan blogger yang meluangkan masa di seminar jom kurus ini.

Keseluruhan cerita .. Seminar yang di buat oleh kevin sangat seronok , tak terasa waktu berlalu amat pantas , mula jam 2.30pm hingga 5.30pm , sekejap sahaja. Rasa tak cukup aje ilmu yang di korek dari Kevinzahri. Walaupun waktu tu memang lah ada rasa sedikit rimas dengan anak-anak daku tu , asyik buat aksi yang membuatkan ibunya hilang tumpuan. Aduh .. minta maaf lah banyak-banyak bagi pihak anak saya kepada semua peserta yang hadir pada hari tu.

Blogger yang mendaftar adalah 20 orang , tetapi yang hadir hanya 14 orang. Tetapi tak apa .. 14 orang yang hadir pun dah cukup meriah. Sekali lagi saya berterima kasih sangat pada kawan-kawan yang memberi sokongan dengan hadirkan diri ke Seminar ini. Di harapkan di masa akan datang ada lagi program dan mendapat penaja . Kalau ada kan.

Antara blogger yang hadir , yang mana dah update saya link kan tajuk .. pergilah baca pengalaman masing-masing :)

  1. Kaklong : Mawarmerah2008.com
  2. Diana : Seminar Jom Kurus Bersama Kelvin yang best!!  – Baca sini , semua yang ada dalam seminar , diana dah update , kalau saya tunggu 2-3 hari jugak kot . Maaf sekali lagi .. saya mak mak yang sibuk.
  3. YanaYassin : Yanayassin.blogspot.com
  4. Nurul : Siezuka.com
  5. Zana : Seminar JOM KURUS bersama KEVIN ZAHRI
  6. Namia : Namiacinta.com
  7. Shila : Kalori…Kevin Zahri…Kurus….Sinonim kan? :)
  8. Nur Fatihah : Small Project : Kevin Zahri’s Jom Kurus Seminar
  9. Nadot : Seminar jom kurus kevin zahri
  10. Kujie : Kira DCR Di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri
  11. Intan : Blog comel 
  12. Ruby : Rabiautladawiyah.com
  13. Mejah : Terbangtinggitinggi.com
  14. Akubiomed : Akubiomed.com

 Ok dah cukup 14 peserta , eh eh peserta ke 15 lupa lah pulak.. hahaha.. tunggu E-Book ya . Nanti Kevin akan hantar sendiri , korang kalau tak dapat dalam masa sebulan ke .. jangan segan silu rujuk balik ke twitter Kevin Zahri atau saya.

Ini kaklong mawarmerah :)

Ini Kevinzahri :)

Haruslah begambar kenangan dengan KevinZahri , retis ni ..

Gambar beramai-ramai setelah habis seminar , seorang saja peserta lelaki yang ada , kesian..

Ini Shilazizi :)

Ini nadot yang kelakar dan diana.

Ini anak-anak puanbee yang sangat lincah .. waduhhh ..

Semasa sesi seminar di jalankan.

Tudung kuning adalah kakjie  :) – Gambar saya dengan kakjie tak ada , kakjie cakap selalu sangat jumpa puanbee nih kehkehkeh

Ini gambar sebelum seminar bermula , masing-masing kelaparan , lepak lah dulu ..tapi saya makan angin haha.. kalut sembang dengan manager Hospital Prince Court tu .. duk promot penulis blog untuk event-event akan datang. Insyallah .. kalau ada rezeki blogger dapatlah jemputan nanti. Saya suka…

Beramai-ramai dengan famili akubiomed , sabar aje lah ..diorang datang awal pagi .. tetapi tak apa , ilmu nya sama sahaja , yang lain suasana. Blogger riuh sikit kot dari perserta yang bukan blogger.

Ini sahaja gambar yang ada dalam simpanan saya , maaf lah ya ..tak dapat bergambar sungguh-sungguh bila bawa budak-budak ni , memang kelam kabut sikit.

Tips Diet dari KevinZahri ? Later.. dah panjang berjela kot. Sambungan entri ini

  1. Macam mana nak kurus ? Kira BMR , DCR , BMI , LOA ?

Post berkaitan :

  1. Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger
  2. Peserta Seminar Jom Kurus
  3. Jumpa Disana Hospital Prince Court

Comments

  1. Maca manalah boleh seorang blogger boleh tersesat. :-)
    akubiomed recently posted..Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit KalaMy Profile

  2. bestnyaaaa… kevin tuh…
    Norfa recently posted..Nak buat apa dengan lengkuas 10kg?My Profile

  3. Wahh meriahnya bergambar puanbee…mesti byk tips bila hadirkan diri dlm program ni..setiap seorg dapat 1 ebook ke??wahh seronoknya..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #12 – Makanan Orang KampungMy Profile

  4. Teringin nak join tapi jauh. Best kot tengok seminar macam ni. Huhuhu
    ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #10 – Flash Banner Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  5. aik, laki sorang aje??
    titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 7My Profile

  6. Tahniah bee, nampak seronok juga seminar tu, lain kali boleh buat lagi kan bee..
    ummiross recently posted..UMRAH ZIARAH JORDAN DAN AWAL RAMADHANMy Profile

  7. ramai juga yg pi.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Exploitasi Kanak-Kanak Dalam Iklan Cegah MerokokMy Profile

  8. lelaki kacak semua pemalu nak join Seminar Jom Kurus Kevin Zahri. tahniah dan juga wakil lelaki kacak akubiomed
    Denaihati recently posted..Kelajuan Mengorbankan Orang LainMy Profile

  9. Seronok nampak join sama2.. ini tgh tunggu
    tips dan ilmu yg Bee dapat dr Kevin..
    nurmisnan recently posted..Penawar mengurangkan berdengkur dan menguatkan mindaMy Profile

  10. Bestnya ada program mcm ni utk blogger..
    Liza recently posted..Jom Kenali Sunlight dan Cara Cucian Yang BetulMy Profile

  11. Time kasih akak.. kalau tak kerana akak.. kitaorang semua tak berjaya sampai ke Prince Court & jumpa dengan Kevin Zahri..

    Memang satu pengalaman yg sangat best.. :)
    Nurul recently posted..Akhirnya Airmataku Tumpah Jua..My Profile

  12. wah.. bestnya… tak nak kongsikan sikit2 tips ke??

  13. hari seminar ni berlangsung zie dalam perjalanan balik ke kedah… kalau tangguh balik sehari lagi mungkin boleh join.. tp xleh kata apa sbb driver nak balik hari tu jgk… apa2 pun tahniah ye Bee…

    minggu depan nak ke Bangi lagi… teringin sgt nak jumpa Bee… boleh ke???
    zie fauzi recently posted..Mydin Mall Meru Raya, IpohMy Profile

  14. bee bergandingan dgn kevin gitu… verani betul.. kalo nis mau ternyorok2 gamoknye :p

    apepun, tahniah ye ;)
    Ummi Hanie recently posted..Gambar baby Hanie – 8 bulanMy Profile

  15. laaa, laki bleh join jugak ke? ingatkan perempuan je!

  16. Kak Jie belum sempat nak siapkan entri Bee…malam nanti ye

    gambar dah crop..tinggal buat entri saja, tak berapa sihat
    Kak Jie recently posted..Ujian Allah Kifarah Untuk SayaMy Profile

Trackbacks

  1. [...] dah ada tiga , hari-hari baca untuk ambik mood .. tapi sekurang-kurangnya dah tahu sikit lah .. Rakan blogger yang hadir kelmarin apa cerita ??  saya turun 5 kg , dengar khabar ada seorang tu turun jugak 2kg [...]

  2. [...] Executif web & social media corporate affairs di Hospital Prince Court semasa saya menghadiri seminar jom kurus oleh kevinzahri.com dengan blogger. (Tak berani sebut nama beliau ) ada dua orang yang saya sembang pada hari tersebut. Blogger yang [...]

  3. [...] FAQ ← Bersama Blogger di Seminar Jom Kurus Kevin Zahri [...]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Hakcipta Terpelihara · PuanBee.com · Diselia dan diselenggara oleh AI MEDIA NETWORK
%d bloggers like this: