Seminar jom kurus kevin zahri dan puanbee

Bersama Blogger di Seminar Jom Kurus Kevin Zahri

Maaf , ramai yang tunggu saya publish gambar-gambar di sepanjang Seminar Jom Kurus oleh KevinZahri bukan ? Maaf lah ye ..tiba-tiba rasa lemau-lemau biskut raya pula , disebabkan line internet di rumah ni lembab sangat. Nak loading satu-satu page pun ambik masa …

Terlebih dahulu haruslah berterima kasih kepada Kevin Zahri kerana sanggup meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga pada Hospital Prince Court di atas kesudian menaja tempat ini dan beramah tamah dengan puanbee.com. Terima kasih pada rakan blogger yang meluangkan masa di seminar jom kurus ini.

Keseluruhan cerita .. Seminar yang di buat oleh kevin sangat seronok , tak terasa waktu berlalu amat pantas , mula jam 2.30pm hingga 5.30pm , sekejap sahaja. Rasa tak cukup aje ilmu yang di korek dari Kevinzahri. Walaupun waktu tu memang lah ada rasa sedikit rimas dengan anak-anak daku tu , asyik buat aksi yang membuatkan ibunya hilang tumpuan. Aduh .. minta maaf lah banyak-banyak bagi pihak anak saya kepada semua peserta yang hadir pada hari tu.

Blogger yang mendaftar adalah 20 orang , tetapi yang hadir hanya 14 orang. Tetapi tak apa .. 14 orang yang hadir pun dah cukup meriah. Sekali lagi saya berterima kasih sangat pada kawan-kawan yang memberi sokongan dengan hadirkan diri ke Seminar ini. Di harapkan di masa akan datang ada lagi program dan mendapat penaja . Kalau ada kan.

Antara blogger yang hadir , yang mana dah update saya link kan tajuk .. pergilah baca pengalaman masing-masing :)

  1. Kaklong : Mawarmerah2008.com
  2. Diana : Seminar Jom Kurus Bersama Kelvin yang best!!  – Baca sini , semua yang ada dalam seminar , diana dah update , kalau saya tunggu 2-3 hari jugak kot . Maaf sekali lagi .. saya mak mak yang sibuk.
  3. YanaYassin : Yanayassin.blogspot.com
  4. Nurul : Siezuka.com
  5. Zana : Seminar JOM KURUS bersama KEVIN ZAHRI
  6. Namia : Namiacinta.com
  7. Shila : Kalori…Kevin Zahri…Kurus….Sinonim kan? :)
  8. Nur Fatihah : Small Project : Kevin Zahri’s Jom Kurus Seminar
  9. Nadot : Seminar jom kurus kevin zahri
  10. Kujie : Kira DCR Di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri
  11. Intan : Blog comel 
  12. Ruby : Rabiautladawiyah.com
  13. Mejah : Terbangtinggitinggi.com
  14. Akubiomed : Akubiomed.com

 Ok dah cukup 14 peserta , eh eh peserta ke 15 lupa lah pulak.. hahaha.. tunggu E-Book ya . Nanti Kevin akan hantar sendiri , korang kalau tak dapat dalam masa sebulan ke .. jangan segan silu rujuk balik ke twitter Kevin Zahri atau saya.

Ini kaklong mawarmerah :)

Ini Kevinzahri :)

Haruslah begambar kenangan dengan KevinZahri , retis ni ..

Gambar beramai-ramai setelah habis seminar , seorang saja peserta lelaki yang ada , kesian..

Ini Shilazizi :)

Ini nadot yang kelakar dan diana.

Ini anak-anak puanbee yang sangat lincah .. waduhhh ..

Semasa sesi seminar di jalankan.

Tudung kuning adalah kakjie  :) – Gambar saya dengan kakjie tak ada , kakjie cakap selalu sangat jumpa puanbee nih kehkehkeh

Ini gambar sebelum seminar bermula , masing-masing kelaparan , lepak lah dulu ..tapi saya makan angin haha.. kalut sembang dengan manager Hospital Prince Court tu .. duk promot penulis blog untuk event-event akan datang. Insyallah .. kalau ada rezeki blogger dapatlah jemputan nanti. Saya suka…

Beramai-ramai dengan famili akubiomed , sabar aje lah ..diorang datang awal pagi .. tetapi tak apa , ilmu nya sama sahaja , yang lain suasana. Blogger riuh sikit kot dari perserta yang bukan blogger.

Ini sahaja gambar yang ada dalam simpanan saya , maaf lah ya ..tak dapat bergambar sungguh-sungguh bila bawa budak-budak ni , memang kelam kabut sikit.

Tips Diet dari KevinZahri ? Later.. dah panjang berjela kot. Sambungan entri ini

  1. Macam mana nak kurus ? Kira BMR , DCR , BMI , LOA ?

Post berkaitan :

  1. Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger
  2. Peserta Seminar Jom Kurus
  3. Jumpa Disana Hospital Prince Court

25 thoughts on “Bersama Blogger di Seminar Jom Kurus Kevin Zahri

  1. Wahh meriahnya bergambar puanbee…mesti byk tips bila hadirkan diri dlm program ni..setiap seorg dapat 1 ebook ke??wahh seronoknya..hehe

  2. Time kasih akak.. kalau tak kerana akak.. kitaorang semua tak berjaya sampai ke Prince Court & jumpa dengan Kevin Zahri..

    Memang satu pengalaman yg sangat best.. :)

    1. Betul2..stuju dgn Nurul…kalau Puanbee tak approach Kevin utk anjur seminar ni utk blogger, lagi rugi kitorang…tqvm Puanbee! jasemue dikenang! 😉

  3. hari seminar ni berlangsung zie dalam perjalanan balik ke kedah… kalau tangguh balik sehari lagi mungkin boleh join.. tp xleh kata apa sbb driver nak balik hari tu jgk… apa2 pun tahniah ye Bee…

    minggu depan nak ke Bangi lagi… teringin sgt nak jumpa Bee… boleh ke???

    1. minggu depan ? hari apa tu ? zie kalau nak jumpa kena lah datang area rumah bee ok ke ? kalau ok bee pun ok .. no tel ada kan ? sms je ..

      1. kalau ikut jadual encik suami, bertolak hari selasa… hari rabu dia start kursus utk sesi ke 3… tapi tak tahu la kot2 ada arahan pihak atasan suh datang awal ke… Bee duk area mana…. ??

    1. tu lah , sy tak tulis pun UNTUK PEREMPUAN SAHAJA . saya tulis untuk blogger , maksudnya lelaki atau perempuan tk kira umur atau traf blog boleh join huhu..

      tak pe lain kali ada lagi ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>