Baru nak bercerita tentang percutian keluar yang sangat pendek tu , lambat sikit lah ye. Sebelum pulang ke kampung a.k.a nak ke peneng kelmarin kami singgah di ISTANA NEGARA baru yang terletak di Jalan Duta.

Sangat terpegun dengan keluasan dan seni bina Istana Negara itu , tapi malang nya tak boleh masuk , boleh pergi tengok dan bergambar di hadapan pagar saja , apa pun memang seronok .. tengok gambar budak-budak di bawah ni sudahlah.

Dihadapan ISTANA NEGARA BARU

Macam-macam gaya ada , yang berbaju biru tu Afiq anak kakak saya , tengok cara dia gelak , buatkan saya terfikir apa yang kelakar sangat?

pekarangan istana negara baru

Puas bebel kan kat diorang , supaya tengok , kenal dan berfikir tentang Istana Negara ni , tapi malangnya .. keseronokkan jumpa sepupu di tambah dengan keluasan padang tu buatkan diorang fikir satu je.. “main”

Istana negara baru

Nun jauh di sana baru nampak Istana Negara , geram tak dapat ambil gambar penuh , tapi dah jejakkan kaki ke sana kira cukuplah. Pemandangan di waktu malam sangat-sangat cantik , setiap kubah dan pagar ada lampu , nampak bercahaya je dari jauh. Saya tak sempat ambil gambar waktu malam , kerana waktu tu dah balik dari Taiping ke KL , memang laju le driver tu pecut kereta.

Istana negara baru

Macam-macam gaya pun ada…

Una depan istana negara baru dengan pelancong

Una bergambar dengan pelancong dari china , banyak kali diorang tarik una untuk bergambar , nak larang macam tak bagus je layan pelancong gitu kan , so tunggu lah diorang habis bergambar , ramai juga .. satu bas pelancong huhuhu. Sebenarnya tak faham .. pun boleh dia ambik anak saya untuk bergambar yekk.

Gambar istana negara baru

Lagi depan istana. Suka tengok gambar biru-biru awan dan laut ni , sebab tu memang banyak gambar cenggini.

Istana negara baru

Last sekali balik, jalan pun bersih jek.. aman damai mata memandang.Tersemat lah Memori Untuk Istana Negara. Destinasi berikutnya. Taiping , Apa yang best di Taiping ?

Banyak lagi gambar di ALBUM FACEBOOK saya.

[box type=”info”]

Istana Negara Jalan Duta

Istana Negara yang terletak di Jalan Duta ini dibina untuk menggantikan Istana Negara yang telah digunakan sejak tahun 1957.Istana Negara baru ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 yang lalu.

Istana Negara, Jalan Duta ini akan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011.Pembinaan Istana Negara ini dikatakan menelan belanja sehingga RM 800 juta yang merangkumi 3 komponen utama

Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta). sumber: mStar online /cisdel.com – ada banyak gambar di cisdel.com

[/box]

Related Posts

Beli mesin jahit online – Brother Fs101

Minyak wangi berjenama

Bag periuk noxxa ( handmade )

Allhamdulillah – Mohamad Adam Rizqi

Mendaftar anak masuk sekolah tahun 1 ( 2020 ) dan pra sekolah tahun ( 2019 )

Apa yang di takuti semasa mengandung – klinik gigi kota damansara

Comments

  1. bardboo

    oh dah siap dah istana baru ni..nanti bolehlah pergi gak…memang cantik kan gambar ada awan2 biru macam tu..

  2. Adibah

    tak pernah lg pegi sana…seronok anak2 sekali-sekala bwk gi jenjalan kan 😉

    • puanbee Author

      ye lah biasa sekolah jek , pastu duk rumah ..

  3. budakserius

    Suka bukan kemain lagik budk2 tuh.hehe

  4. yanmie

    Biasa lalu je, belum ada rasa nak menyinggah, bee belakang org cina tu orang ke patung ek? hehehe

    • puanbee Author

      belakang tu org kak, gigih dia berdiri tegak tk gerak2 tu , tp masa dia tengok baby ngamuk kasut tercabut ade dia senyum gak sikit kahkahkah

  5. mama pipie

    huhu tak penah sampai la istana baru ni.. best nampaknye.. hihi

    • puanbee Author

      best juga , tengok2 jek lah .. harga2 juta2 , tk merasa le kita nk dapat hihihi

  6. Ummi Hanie

    teringin sehh nk jenjalan istana baru…

    budak2 kan bee… kalau jumpe kawasan luas2, main ajelah fikirnye..lari sepuas2 hati..maklumle rumah tak luas… ank2 hanie ler… :p

  7. azman

    Ok gak Istana Negara yang baru ni 🙂

  8. ummiross

    cantiknya bee..teringin jugak nak melawatnya nanti.
    Hehe..una cukup comel, ti dia orang berkenan nak bergambar tu bee..

    • puanbee Author

      Cantik ummie , kalau dtg bg tau yek ..leh jumpa kot ..

  9. caliph

    luasnya area depan istana negara baru ni ^^

  10. akubiomed

    Luas betul ruang di hadapan istana negara yang baru ini.

  11. CMRatu

    cantiknya.. x pernah pergi lagi istana baru ni.. 🙂

    • puanbee Author

      a;ah cantik sgt .. cmratu pergi lah mesti gambar lagi cantik dr saya ni 🙂

    • budakserius

      Istana negara yang bru i mmg cntik.patut pergi.

  12. kimmie

    gembira betul anak sedara puanbee yang pakai baju biru tu, apa yang kelakar sgt tu puanbee?

  13. anif

    Masih belum berkesempatan melihat dari dekat istana negara yang baru ni..

    • puanbee Author

      kena singgah dan tengok juga tu , ye lah org dr negara lain pun pergi melawat tau …

  14. kimmie

    saya lalu je depan istana negara yg baru ni, tak sempat singgah pun lagi.

    • puanbee Author

      yup memang banyak kali lalu situ , biasa lah sy pun sama ..ni baru rasa nak singgah

Reply comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *