Bercuti ke Batu Feringgi Peneng

Share

Salam & Hai semua , saya dah lama berjanji nak upkan entri bercuti di Batu Feringgi tu kan , tapi malangnya banyak betul benda-benda lain yang tak di rancang mendatang dan terpaksa tangguhkan post pasal percutian saya itu. Sebab satu lagi , saya masih fikirkan bagaimana nak update pasal percutian ini , ye lah walaupun hanya 4 hari saya pulang kekampung dan bercuti ke Batu Feringgi , tapi banyak kisah dan tempat yang sempat saya lawati.

Jabatan Pulau Pinang
Pemandangan sebelum sampai ke peneng port

Oh indahnya jika hidup kita sehari-harian begitu. Percutian kali ini merupakan percutian yang di kategorikan sebagai percutian bajet juga. Apa tidaknya .. hotel dah memang free , kerana saya telah pun memenagi tiket tersebut dalam contest Azmanisma.com. Best sangat bercuti kali ni. Allhamdulillah dapat merasa bercuti ke tempat yang jauh begitu.

tertidur di dalam kereta
Tertidur akibat penat sangat , banyak main bila berjumpa dengan sepupu-sepupunya ..

Semasa hendak ke Peneng saya pelawa adik saya sama-sama ke sana, ye lah .. seronok berkongsi begitu , kenangan indah saya mungkin akan menjadi kenangan indah orang lain juga.

Nurul iman
Anak saudara saya ..comel dan motel kan ?
Baby montel dalam feri
Bergambar kenangan dalam feri
Dalam Feri
Bersama lelaki kacak dan baby , ramai sangat nak tengok gambar suami ai ni kan .. heheheh. Muka dia sebijik muka baby tu. Selalu usik tang muncung tu hahaha.
didalam feri
Lelaki kacak dengan baby , suka gambar ni 😛
baby laila
Kakak bangun baby tidur pula.

Total yang perlu ada dalam tangan jika nak bercuti bajet macam saya adalah dalam RM500. Sediakan duit minyak , tol dan makan saja. Hotel berharga RM416 kan ke percuma hahaha.

Semua gambar di atas di ambil semasa dalam perjalanan ke Batu Feringgi Pulau Pinang. Naik Feri yang berharga RM7.70 untuk masuk ke Pulau , Semasa balik tak perlu bayar apa-apa.Tapi semasa sampai ke Pelabuhan tu kita kena tunggu kira-kira 1 jam setengah untuk menunggu giliran naik Feri , itu yang budak-budak boleh berkali-kali bangun tidur didalam kereta. Ni macam mana nak pakai tali pinggang keselamatan ?

Okey .. sambung lagi nanti.. Blog baru jek okey balik , kini mampu tersenyum semula.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

32 Comments:

  1. Bestnyee dapat bercuti ngan familyyy… bacalah Sinar Harian.. tersedia tempat untuk melancong dan tempat makan yang pastinya menarik untuk dikunjungiii….. heheheheeh

  2. Macam keadaan Pulau Pinang sekarang tentu sudah banyak perubahan. Suami dapat ikan tak?

  3. lelaki kacak dalam gambar nih tu boleh buat entry khas berkenaan lelaki kacak, hehe

  4. wah best nya dapat jalan jalan, saya dah dok lama kat penang pon x pernah lagi pi ferenggi, tp jgn ler pelik sbb saya bukan org penang, hehe

  5. he3 enjoy eh….cepat2 update gambar bilik tu 🙂

  6. sayang betul x dapat jumpa hari kan…. 🙁 kalau tak kerana husband kena tukar tmpat kerja n x selsema mengejut mesti dah bergosip sakan…..

    InsyaAllah, kami dalam perancangan nak pindah balik duk Penang.. duk kuarters..
    sejak kena tukar tempat kerja hari yg kita nak jumpa tu, tiap2 hari keluar awal balik lambat… Kalau dah pndah balik boleh la mai penang lagi.. kali ni mai tido umah lak yer… 🙂

  7. best kan penang , bee… kami pun baru 2 kali je naik feri tu… 😉

    ish debabnye iman.. same je sepesen dgn huzaifah 😉

    • boleh le ..yg best bab mandi2 tu

      • kalau bercuti lama dan siap dgn duitnya lagi best bee… boleh gi taman rama2, bukit bendera, taman negara teluk bahang, muzium perang,Fort Cornwallis, rumah p.ramlee, Botanical Garden, ..

        ada tmpat2 yg zie sebut ni x pernah lagi jejakkan kaki seumur hidup walaupun duk dekat jer…. 🙂

  8. Salam Bee,

    Yeayyy lelaki kacak ada dalam entry ni hahahhaa, ramai ek bee yang nak tengok lelaki kacak tu 😛
    montelnyeee anak buah bee, laki ke pompuan tu?

  9. hoho..tu dia. semua tidurrrr…

  10. Montelnyer Bee si kecik tuh.. susu apakah dia minum? hik3
    kakak tdo sampai bersila kaki.. tomey2..

  11. Kalau saya ke penang, saya sanggup drive ikut jambatan. Tak daya nak tunggu feri.

    • oh ye ke ? kitaorg ingat nak naik feri masa pergi dan balik ikut jabatan , tp masa balik sesat lah ..pusing2 tk jumpa jalan ikut jabatan terus lah naik feri pegi dan balik apa lagi ..

  12. tidur je semua ye..hehe. Biasa la tu kanak-kanak

  13. Bestnya bee.. Sejak kawin, jarang dh bercuti. Kalo x, rajin je cuti ngan family. Kesian pulak kalo nk tinggal hubby n g cuti ngan family…. Lom ada rezeki kami

    • lah mungkin satu hari nanti mama , saya pun pergi bercuti dengan bajet2 , tk pernah pergi dengan keadaan mewah2 , saja nak happykan anak2 jek ..

  14. mandi tak kat pantai batu feringgi

  15. Wahhh, seronoknya akak.. 🙂
    Lama dah tak turun Penang ni..
    Tapi betul, bila sesekali bercuti memang terasa manisnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *