Bercinta berkali-kali Bukan Ber Bunohan

Saya sememangnya bukan ahli kaunselor rumah tangga. Hanya seorang guru biasa. Dan hidup biasa-biasa.

Dan pengalaman sedikit dalam rumah tangga juga tidak memungkinkan saya menulis tentang bagaimana dunia rumah tangga itu perlu dititipkan dalam hidup ini.

Cumanya saya suka berkongsi apa yang saya baca.

Melihat tajuknya sahaja sudah jatuh hati. Bercintalah berkali-kali.

Kalau cinta berkali-kali dengan orang yang berbeza, bukan perkara luar biasa saya kira dalam zaman serba dinamik ini. Dunia yang makin pantas dengan perubahan dan segala yang beku dan kaku akan cepat tidak memberi makna.

Tetapi cinta berkali-kali dengan pasangan yang sama?

Mungkinkah?

Mana yang lebih tepat, cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta?Bagi saya, kedua-duanya betul dan patut dipraktikkan. Benar, sewaktu mula bercinta dahulu, cintalah yang melahirkan kata-kata, tetapi apabila cinta telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta. Ingat kita bercinta bukan hanya sekali tetapi kita perlu bercinta berkali-kali. ~ Bercintalah berkali-kali

Ustaz Pahrol memang kaya dengan idea dan fikiran, memberi tips yang sangat ingin saya kongsikan di sini untuk merealisasikan rasa jatuh cinta berkali itu dengan pasangan kita. Antaranya :

• Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.
• Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan.
• Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.
• Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.
• Jangan prasangka dan curiga dengan selalu memaafkan selagi pasangan tidak melanggar syariat.
• Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan “gencatan suara” melebihi masa 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara resmi atau tidak resmi.
• Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.

Tips pertama adalah berdoa, kerana doa sentiasa datang dari mental yang positif.

Positifkan fikir dalaman kita, insyaAllah, hasil luarannya pasti positif.

Jom , kita cuba untuk jatuh cinta semula dengan ‘kekasih’ kita itu.

cikgunormah

Artikle ini ditulis oleh penulis jemputan di puanbee.com iaitu ~cikgunormah@klcitizen~ jom tengok artikle terbaru di blog cikgu normah , yang pastinya memberi inspirasi dan petunjuk buat kita semua 🙂 . Bercinta berkali-kali edisi cikgu normah pula.

Bercinta berkali-kali Bukan Ber Bunohan

Comments

  1. budakserius :

    Bunohan tu bukan nma kampung ke kat Kelantan.

  2. memang terbaik dari penulis jemputan

  3. Fakhruddin :

    bercinta berkali-kali?
    x payah bercinta la kalau camtu..nikah terus…

  4. Jadikan pasangan anda (isteri) sebagai kawan baik, musuh (sekali sekala), kekasih dan isteri/suami. InsyaAllah segala benda kita akan kongsikan bersama…

  5. sy pernah baca; cinta itu ibarat tanaman… jika hendak ia snetiasa subur, kena bajai,sirami selalu dgn kaish syg … 🙂

    bee, ingatkan Bunohan yg filem tuu… :p

  6. trkdg semakin lama prasaan itu smakin pudar……dan ada kalanya ia mkn mekar….

  7. mmg agak mencabar nak mengekalkan cinta bila masa meningkat seiring usia..tp kita kena bercinta berkali2 utk kearah itu..Insyaallah cinta akan kekal sampai ke syurga.cheewah..

  8. tu dia. bersuara dah cikgunya. hehe..

  9. penulisan ustaz pahrol memang best..saya pun suka baca..mendalam…

    setakat ni, tips2 di atas memang ada yg diamalkan..

    paling penting, minta maaf bersama pasangan tiap hari sebelum tidur..

  10. apa maksud bunohan tu? huhu..

  11. Bercinta berkali-kali dengan orang yang sama memang best. memang mempraktikan kongsi hobi dan layan hobi masing-masing pada masa yang sama boleh memupuk ikatan kasih dan sayang. Kadang-kadang cinta boleh merubah segalanya.

  12. cinta berkali-kali dengan org yg sama tu penuh dengan cabaran tu kan..

  13. hehe bee,..ingatkan tajuk berita suratkhabar tadi..

    cinta berkali-kali, cinta sampai mati, tapi bukan mati kerna bunohan ye..hik!

  14. menarik baca “Bercintalah berkali-kali”, realiti kehidupan berumahtangga. bagus kalau dapat merealisasikan semua tip2 tu.

  15. betul tu,marilah kita bercinta berkali-kali…

  16. wa… ada penulis jemputan dah.. tahniah dedua la…

  17. oh penulis jemputan ke.. kehkehkeh..

    jangan sampai “bunohan” ye

Speak Your Mind

*