komuter kuala lumpur ke rawang

Beraya dengan blogger kujie2.com

Ahad lepas buat kerja gila , anak bongsu tak berapa sihat , tapi disebabkan benda dah rancang lama , hati teringin sangat nak kerumah kak kujie tu .Selalu sangat di jemput kan .. so kita terjah juga naik komuter dari Ampang ke Rawang untuk ke Serendah , Sampai rawang kakjie tu jemput. Rasa macam VIP je … Tapi komuter selesa dah sekarang ni , naik komuter duduk dalam koc khas untuk wanita dan senang lenang.

komuter kuala lumpur ke rawang

Sesampainya di rumah kakjie , makan sikit saja .. anak kakjie si intan tu siap ugut anak-anak “tak makan tak boleh mandi kolam “ , alaa ugutan gitu tak di layan nya .. anak-anak saya memang pantang jumpa kolam air ni , memang mandi sampai tak ingat lah jawapan nya .. berkocak sakan kolam air rumah kakjie tu . Sambil tu intan memperkenalkan lah penghuni rumah kakjie selain kakjie anak beranak , bulan , nemo , stokin , cucu nenek dan macam-macam lagi.

husna , kakak dan laila

Sebelah petang , anak-anak dah mandi hampir 3 jam gamaknya , diorang naik makan  lagi . Kakjie hidang laksa dan nasi lemak , terbaik lah ..sebab laksa tu memang makanan yang saya paling suka dan akan makan berulang-ulang .  Konon nak duduk sekejap lepas tu balik lah .. dalam jam 5 gitu kakjie cakap ..

“Jom jalan-jalan ke air terjun pula”

Orang dah ajak apa lagi , tak baik menolak hehehe .. laju je semua bersiap dan menuju ke kereta kakjie , bestnya tinggal di kawasan rumah kakjie , sunyi dan tenang .. kalau ada rezeki nanti nak beli rumah ala-ala gitu , jauh dari kehidupan kota raya yang hingar bingar ni.

Maka bertolak lah kami geng mak-mak dengan anak-anak ke Air Terjun Serendah , baliknya pula kakjie bawa ronda ke perkampungan orang asli dan akhir sekali singgah di Kolam Tujuh. Seronok juga sekali sekala jalan macam tu .. paling mencabar nak ambil gambar orang asli tu , terjerit-jerit kakjie dengan intan. Kelakar ..tak dapat di lupakan..

Cara nak ke Air Terjun Serendah Dan Telaga Tujuh Serendah

Sebelum pergi memang dah cakap pada anak-anak , tak boleh mandi tengok je ! Tetapi budak-budak biasalah sampai sana merengek nak main pasir lah , nak mandi lah , yang sorang lagi nak pelampung lah ..tapi semua ibu tak layan ok. Dah puas tengok diorang mandi kolam. Risau baby demam lagi teruk aje..

Layan gambar ok ! banyak gambar sampai bateri kamera dan telefon kehabisan bateri tetapi di sampung pula ambil gambar guna kamera kakjie .. wahahah .. terbaiklah kakjie .. memang memahami …

air terjun serendah

Intan : Jurukamera 1

air terjun serendah

Intan yang ambil gambar ni guna sony .. ” En Azman kamera ok tau ‘… mungkin En Azman dah rindu berkepuk-kepuk dekat kamera dia , terus WhatsApp tanya kamera ok ke tidak ..

air terjun serendah

Setelah semua pujuk rayu tidak di layan oleh ibu , diorang hanya mampu duduk dan memerhati … konon nak buat ibu tersentuh lah tu .. tak layan!

air terjun

Tengok lah deruan air terjun di batu-batu ni , Hati saya melonjak-lonjak rasa nak turut sama terjun , kampung halaman saya memang ada banyak air terjun.. sebab tu rasa macam suka je berada disini.

air terjun serendah

Close  up sikit .. guna iPhone .. bateri kamera dah habis waktu ni .. Pada waktu ni , teringat kepada 2 orang lagi blogger Mijie dan Azman , kan lagi bagus kalau diorang ada mesti banyak yang boleh belajar pasal kamera , dua blogger ni pergi juga beraya di rumah kakjie pada sebelah pagi. Ini lah hubungan blogger di luar talian.

air terjun serendah

Air terjun serendah dari kejauhan , guna kamera sony … waktu sampai selepas ambil gambar budak-budak ni ..

Banyak nya gambar , nanti lah saya buat entri beraya dengan  blogger  kujie2.com part2 pula .. haha banyak sangat cerita , ye lah dalam satu hari di bawa nya saya ke sana-sini , macam bukan nak beraya tetapi pakej pelancongan dah ni .. lepas ni kita sambung dengan cerita perkampungan orang asli dan telaga tujuh pula.

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

31 thoughts to “Beraya dengan blogger kujie2.com”

  1. wahhh sronoknya..memang cukup pakej melancong ni puanbee..terbaik la kak jie..bak sini laksa sikit..mesti best..hehe..emm air terjun yang nyaman sy rasa…tgok air rasa geram nk masuk dalam komputer nak pergi berenang..haha

  2. Pingback: Beraya bersama rakan blogger
  3. tu diaa… nak digambarkan dengan kata-kata… sampai berjela-jela dia bercerita. hahahaha.. ape pon. mintak maaf tak boleh tunggu puan bee sampai. dah cuba extend masa sebaik mungkin. tapi ape boleh buat… saya ade agenda seterusnya kat rumah kakak di selayang.

    p/s: memang rindu kat sony tawwww…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *