Berat badan tak naik semasa mengandung

Kali terakhir buat pemeriksaan mengandung di klinik kerajaan , berat badan tak naik-naik malahan turun 1g … hahah ini perkara luar biasa bagi saya … walaupun tak mengandung berat badan sentiasa naik … dan semasa mengandung anak yang bertiga tu berat naik bagai di pam-pam, tetapi kali ini berat tak naik … jururawat dah cemas terus rujuk ke doktor pakar…

“Hai puan , apa khabar ? “

“Hai .. baik saja .. sihat .. “

“Macam tak ok je puan , kenapa berat tak naik langsung ? naik sikit pun jadi la .. puan tak makan ke ? “

“Eh makan , tak pernah perut kosong cuma makannan yang saya makan tu lain sikit.. “
berat badan tak naik

catatan buku merah 

3 Bulan turut-turut berat badan tak naik langsung … makan memang kurang beselera tetapi saya tetap makan , kerana perut ni tak boleh kosong .. nanti angin menyerang susah … dah serik kena serangan angin semasa bercuti ke PORT DICKSON kelmarin  , tu bukan kerana tak nak makan , tetapi kerana faktor tempat makan jauh di samping pentingkan apa yang perlu di penting kan , itu je sekali tak makan … ngee ~

Mula-mula tak risau langsung berat badan tak naik .. set dalam kepala nanti naik laa bila nak dekat besalin nanti … tetapi lepas baca petikan doktor Zubaidi di dalam blog nya jadi risau la pula , kena tambah berat badan juga ni. Ada ke orang yang berat nya tak naik langsung semasa mengandung ? ishhhh …

Penambahan berat badan , selepas 12 minggu kehamilan amat penting  . Wanita harus menambah sebanyak 1.5kg – 2.0 kg setiap bulan dengan memakan tambahan 300 kalori sehari dalam pemakanan. “

” Bagi wanita hamil yang tidak mempunyai petambahan berat badan yang mencukupi , mereka harus berusaha meningkatkan pertambahan berat badan jika tidak mahu melahirkan secara pramatang atau mempunyai berat atau saiz yang kecil “

Baca lagi disini 

Ermmm … ermmmmm ….. nanti harap naik la berat badan kan ….

Sekarang ni … orang selalu tegur husna , naik berat badan melampau-lampau , sampai uniform dia dah tak muat la … hahah … apa tidak nya setiap kali saya makan dia ada di tepi , mesti minta suap , ibu pun tak berapa selera suap la dia banyak-banyak … ambik …

Yang pasti stok tembikai mesti ada selalu , tak boleh berpisah dengan tembikai…

Masih tak pandai guna Acer p3 ni , tak pandai nak install dropbox lagi , jadi tak boleh nak upload gambar dari tab dush … susah la juga guna windows 8 , waaaaaaaa ~ dah la mood nak explore asyik kelaut , malam berjaga siang tidur …. di samping menguruskan anak-anak , pelik sungguh laaaa …..

15 Comments

  1. azura 20 June 2016 Reply
  2. titan 15 June 2013 Reply
  3. akubiomed 14 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 15 June 2013 Reply
  4. Rina 13 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 15 June 2013 Reply
  5. Ummi Hanie 13 June 2013 Reply
  6. Bidadari 13 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 13 June 2013 Reply
  7. Syamila 12 June 2013 Reply
  8. Denaihati 12 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 12 June 2013 Reply
  9. mama adam 12 June 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 12 June 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.