BERAPA LAMA BOLEH AMBIL SUNTIKAN CEGAH KEHAMILAN?

Bagi wanita yang dah berkahwin & merancang untuk menjarakkan kehamilan, salah satu cara selain mengambil pil perancang adalah dengan mengambil suntikan cegah kehamilan. Ia lebih mudah sebab tak perlu nak makan ubat setiap hari secara consistent. Hanya perlu ambil suntikkan setiap 3 bulan sekali.

Tapi boleh ke ambil suntikan ni dalam tempoh yang lama lebih dari 5 tahun? Apa risiko terlalu lama mengambil suntikan cegah kehamilan? Mesti ramai nak tahu kan? termasuk la saya walaupun saya tak ambil suntikan cegah kehamilan. Tapi untuk info.. Mungkin berguna di masa akan datang.

Apa yang saya baca di blog Dr Zubaidi.. Katanya suntikan cegah kehamilan di galakkan ambil tidak lebih dari 2 tahun kerana risau mengalami kerapuhan tulang dan kesan kesan lain. Korang boleh baca sendiri kat sini JANGAN TERLALU LAMA AMBIL SUNTIKAN CEGAH KEHAMILAN

Kita sedia maklum cara paling selamat untuk cegah kehamilan adalah dengan cara semulajadi tanpa mengambil sebarang ubatan tak kira melalui suntikan ataupun makan. Cuma perlu semangat yang kuat & kerjasama kedua belah pihak (suami & isteri). Apapun dalam dunia ni.. Yang berbentuk ubatan ni memang ada risikonya jika salah ambil atau mengambilnya terlalu lama.

Semoga perkongsian ni membantu memberi info kepada semua.

Comments

  1. nis akhirnya ambil implan je bee… 3thn terus…
    nnti le entri yer

Speak Your Mind

*