Berapa kali buat ujian hamil ?

Share

Saya sebenarnya masih tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya saya akan mengandung kali ke – 4. Saya sebenarnya tidak merancang kerana waktu ni rasa macam nak fokos ke anak-anak yang bertiga tu je. Plan nak mengandung bila si laila dah mula bersekolah.

Kerana saya fikirkan nanti susah bila tiba masa saya bersalin , anak – anak tak ada orang uruskan. Lagi pun .. si anak sulung dah 9 tahun. Tak mungkin boleh berponteng lama-lama macam dulu. Dulu ye .. masa aliya tadika saya mengandungkan laila , aliya ponteng 2 bulan.

2013-03-31 10.20.26

Tapi perasaan normal orang -orang yang dah berkahwin dan mampu beranak ramai…. asal anak dah besar sikit mula terasa nak tambah ย anak sebab rindukan baby .. hahaha ….

Punya tak nak terima kenyataan ..

Semua tanda-tanda dah ada … tetapi masih tak nak terima hakikat saya mengandung. Lagi-lagi urin test asyik menunjukkan negatif sebanyak 5 kali. 5 kali tau .. tak pernah macam ni .. dulu-dulu semasa buat urin test untuk anak pertama sehingga anak ke tiga , sekali buat dah nampak positif tu …

Memandangkan period pun dah tak datang selama 4 bulan. Nak tak nak .. saya berusaha buat urin test .. akhirnya kali ke – 6 dan ke -7 dah nampak hasilnya positif. Percayalah macam-macam jenis urin test saya cuba termasuk pergi buat ujian di klinik swasta terdekat. Tetapi boleh tak nampak tu … balik kampung buat test yang ke 6 dan ke 7 baru nampak.

Antara tanda-tanda yang paling ketara kali ini :

  • Saya keletihan
  • Saya cepat marah
  • Saya loya waktu pagi
  • Saya kuat kencing dengan kerap
  • Saya tak lalu makan tapi lapar 24 jam
  • Saya kuat tidur
  • Saya sakit di bahagian payudara. Sensitif bangat.
  • Kaki bengkak kalau banyak berjalan.
  • Kadang-kadang teringin nak makan sesuatu , dah ada depan mata tak lalu nak makan.

Kelakar pulak bila teringat , waktu saya demam teruk , ramai kawan – kawan duk cakap saya preqnan , mati-mati saya sangkal ..dengan alasan urin test negatif , ada sekali lagi saya cakap loya waktu pagi , pun diorang syak saya mengandung tapi saya sangkal lagi.. Baru – baru ni , selepas balik dari Pangkor singgah rumah mak , mak tegur .. kaki nampak bengkak , saya balas .. kaki saya memang macam ni … hahaha itu sebelum buat urin test la … hadoi …. lepas 5 kali buat urin test , dah naik negatif je , hati punya gembira sebab tak lekak . Sambil bertekad nak jaga lepas ni .. haha .. kemain ย lagi … Tapi lepas tau dah lekat pun seronok juga ..

Semasa 5 kali buat ujian kehamilan , saya buat secara sembunyi. Tak nak bagi suami tau … yang ke 6 dan ke 7 dia tahu sebab dia yang minta saya buat urin test. Memandangkan petang tu duk termuntah-muntah .. betuah punya bini. Bukan apa , takut si ayah mengharap .. dia memang nak tambah zuriat ..

Yang pastinya pengalaman kali ini tak sama dengan pengalaman lepas , semua anak tak sama la … ย  baca sini — >ย http://puanbee.com/pengalaman-mengandung-alahan-dan-proses-bersalin-3-anak/

Tak tau la .. apa nasib akan datang .. cam mana nak uruskan anak-anak ni … harap2 di permudahkan lah .. tambah anak tambah rezeki… dan sekarang .. saya mengalami penyakit malas yang amat sangat , sampai kurang minat nak berblog pun.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

27 Comments:

  1. Hehehehe…rezeki tuh bee…kawan SA kat opis ni ha..dah 2 tahun kawen xde pun tanda2 preggy…belum rezki kot kan..SA selalu ckp kat dia..ko baru 2 thn..ada yang 10 tahun pun x dapat2 lagi…

  2. tahniah puanbee.. ada hikmah dan rezeki dpt anak seterusnya.. ๐Ÿ™‚

  3. As Salam untuk Puan punya blog.

    Kejadian tuhan memang aneh. Ada ibubapa yang mahu hadkan jumlah anak, merekalah yang ramai anak. Ibubapa yang mahu ramai anak, susah mahu mengandung….

  4. hang memang subur, hoho..tahniah!

  5. tahniah sis..rezeki tue kan. jaga diri baik2 taw.

  6. minta minta dpt anak lelaki lah

  7. uit? bee pregnant? tahniah..

  8. tahniah! tahniah!.. saya pun duk ngidam… ngidam nak dapat baby lagi…

  9. Tahniah Puan Bee..In Sha Allah akan dipermudah semua urusan penjagaan anak2 tu..
    Bertambah lagi rezeki..

  10. salam,

    tahniah kerana hamil lagi! sama kelab la kita nampaknya…semoga dipermudahkanNYA segala urusan..jangan risau…

  11. tahniah bee… ๐Ÿ˜‰

  12. tahniah..tumpang gembira mendengar khabar tersebut ๐Ÿ™‚

  13. tahniah kak! alhamdulillah, moga bertambah rezeki akak..janganlah cakap kes eksiden2 eh, nanti kesian baby sedih…

  14. Tahniah Bee…sebaya la anak kita yek

  15. be…tahniah ye, tumpang seronok dengar berita ni, take care ye.

  16. kurang minat nak berblog??ok..tu anak lelaki..muahahahh…mintak masin la mulut saya kan?/apa pun semoga Bee dan baby sihat..dah berapa bulan ye??

  17. TAHNIAH Bee….Semoga Allah prmudhkan segalanya….InshaAllah.

  18. congrats k.bee..hepi for u..jge diri ye.. =)

  19. tahniah again bee..

    jgn doj risau2 sgt.. Allah akan aturkan sebaik2 aturan bila tiba masanya nnti insyAllah… yakin je…

  20. Salam,

    lorr sampai sekarang masih xdapat terima kenyataan ke bee? janganlah gitu, sian baby dalam perut…merajuk nanti hihihi.

    InsyaALLAH setiap anak ada rezekinya, jangan risaulah bab2 tu, insyaALLAH mudahan ALLAH permudahkan.

    Tahniah bakal dapat baby….bestnyeee, nanti boleh geng dengan Irfan ๐Ÿ™‚

  21. Tahniah puan…yang penting jaga kesihatan….!

  22. tahniah puanbee.. rezeki telah diberikan.

  23. Rezeki untuk dapat anak lelaki kot? ๐Ÿ™‚

  24. tahniah bee…

    insya Allah dipermudahkan…

  25. tahniah puan bee. tumpang gembira juga..entah2 nak dapat baby boy kot. maknya sampai tak tau tgh mengandung ๐Ÿ™‚

  26. tahniah pbee. insyaAllah semuanya urusan ada jalannya nantilah. en suami mesti paling gumbira ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *