Berapa harga sangkar kucing anda ?

Share

Boleh tahan harga sangkar kucing di pasaran sekarang .. eii kalau duk kampung dah tak perlu sangkar bagai , letak jek la dalam bakul ke kotak ke .. kucing pun bebas nak lari-lari .. tapi dah nama nya pun duduk di bandar , rumah tinggi dan tak luas .. jadi kawasan agak terhad , bagi mengelakkan sesuatu berbau di merata-rata kawasan nak tak nak kena beli jugak sangkar kucing ni . Survey merata …

Akhirnya dapat di bawah ni RM100 jek … ada banyak kedai jual sangkar kucing dengan saiz yang sama dengan harga RM200 ke atas. Nasib la kitaorang jenis nak beli apa-apa survey harga dulu.

Ingin Bela Kucing? Klik Sini!

harga sangkar kucing

Kalau tidak rugi , beli lama dah masa duk kalut air tak de tu , kalau tak habis la …. asyik tinggal rumah jek , dengan kucing – kucing ni memang harum laaaaa kalau tak de sangkar . Jenuh la pulak nak buat misi mencari najis .. sebab tu beli cepat-cepat senang sikit letak satu tempat dan hendak cuci nanti. Tapi sekarang air dah ada yek .. syukur ..

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

harga sangkar kucing

Kali pertama letak dalam sangkar , memang kucing-kucing ni bijak , semua tak nak duk dalam sangkar tu.. sangkar ada 2 pintu , satu di atas , satu di depan .. sekarang ni anak-anak kucing ni dah pandai nak lompat keluar dari pintu atas kalau pintunya di buka. Keletah mereka waktu ni tak yah cakap laaaa ..

Pernah juga kucing-kucing ni carik-carik kertas , penuh satu rumah … pernah juga main dalam laci tak berpintu dan keluarkan semua isi laci tu .. sabar jeeee laaa ..

Saya ni dah la jenis tk suka tengok benda bersepah .. huuu berapa kali cakap.. nak bagi orang jek … tapi bila pandang muka anak-anak kesian , diorang nak sangat bela kucing ni .

Dah beli sangkar kucing , kena lah beli pasirnya pula , saya beli jenis berbau epal … Ada sangkar kucing siap dengan buaian dan bertingkat-tingkat ..pheww ..( Ā jangan mengada puanbee .. itu dah jadi kehendak .. hahaa . pesanan buat diri sendiri . )

Related :

  1. Kucing buat-buat mati
  2. Smart kucing
  3. Anak kucing nak cari mak & ayah baru

 

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini. Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

21 Comments:

  1. bnyk ke sangkar kucing?klau nak boleh ke?:)

  2. Pingback: Waktu sesuai mandikan anak kucing | Mom Blogger & Lifestyle

  3. Akhirya si Putih sudah Jadi milik Azie hehehe!!! Nak cari la pasir yang Ada Abu apple tu.

  4. bee. kat sini aku beli sangkar tu Rm58. šŸ™‚ + bekas makan n minum masing2 1 rm3.. so semua RM64. tapi xbela kucing bela arnab. tapi sngkar yg sama jer..

  5. nis dulu bela kucing gune kotak jer… pas kucing tu m’ganas asik berak sana sini, terus emakku suruh abang buang kucing tu… huuu…

  6. Kucingnya lucu-lucu…sangkar perlu pula bila banyak memelihara anak kucing sebanyak itu

  7. sangkar ni sebijik sama mcm sangkar Abit Alya dulu (arnab)… kami beli bawah RM50 … x ingat berapa dah…

  8. oh baru tahu akak bela kucing ye..

    comel tu harga RM100 dgn kecomelan kucing tersebut .. šŸ™‚

  9. 100 kira murah da tu,selamat membela kucing šŸ™‚

  10. Amboi…seronok dpt umah baru ya…alahai memang mahal harga sangkar kucing ni…lau x salah yg 3 tingkat tu harganya mau ke rm500 ke atas…koz sbnarnya ada byk sangkar2 kucing yg x digunakan, lau akak nak koz leh je kasi^^ besar sikit…:P

  11. Kucing2 saya xmahu langsung duduk dalam sangkar. Haha. . .tak senang duduk dibuatnya kalau dipaksa masuk dalam sangkar

  12. aku pun tak pernah nak beli sangkar kucing, kalau kucing tu cret sana sini buleh le kasim kurung hehe

  13. Macam tak lama sangkar yang digunakan. Pengalaman saya membela kucing tidak pernah mengunakan sangkar.

  14. Alahaii.. Comeynya kucing-kucing ni… Dapat duduk rumah baru lak tu…

  15. walaupun anak2 saya sukakan kucing..saya blm bersedia utk membelanya. dulu pernah bela ikan tapi dah mati semuanya

  16. alhamdulillah dah ada air.
    ada pasir bau epal yer..baru tau. best diaorang dapat rumah baru.

  17. Bee.. kalau nak train anak2 kucing pandai pegi poops atau toilet sendiri
    letak terus mangkuk pasir dalam sangkar. Makanan + minuman pun sekali
    cuma sempit sikitlah. nanti pandai dia poops sendiri tak sepah2…

  18. Owh kiranya baru bela kucing lah ye? Haha.
    Saya mak tak bagi bela, dok kondo, tak cukup luas.

    Harap2 lepash kahwin blh bela kucing haha.

    ps: Puanbee bela terus 4 ekor, jenuh jugak nak jaga tu. Lagi2 kitten, diorg mmg nakal sikit. Haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *