Berakhir Zulhijjah 1433H Muncul Muharam 1434H

Spread the love

Salam Maal Hijrah 1434 dari saya sekeluarga  – Hari khamis ini adalah 1 Muharam , Jika di ikutkan dalam kalendar islam , 1 Muharam adalah tahun baru di dalam islam. Pada waktu munculnya awal tahun dalam kalendar islam. Kebiasaan kita akan melakukan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun.

Sebelum saya tulis post ni , saya ternampak seorang budak baca doa akhir tahun lepas azan maghrib di chanel 106 – Astro Oasis .. sedapnya dia baca ..comel pulak tu .. sejuk perut maknya kan .. tak boleh jadi , terus rasa nak kasi anak-anak hafal doa ni..

Contoh Doa Di Bawah. Jika pembaca hendak amalkan eloklah bertanya kepada ustaz dan ustazah berhampiran. Tanya dan menuntut ilmu tak ada apa hendak di malukan. Saya sendiri telah di ingatkan oleh ustazah yang mengajar anak-anak saya mengaji.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.  (Iaitu rabu 14 nov)

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :  “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.

Doa akhir tahun 1 muharam

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. (iaitu khamis 15 nov ini )

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “ Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.”

doa awal tahun 1 muharam

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ada yang cakap Tak perlu amalkan Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun kerana itu bukan amalam Rasullullah S.A.W tapi apa kata tengok penjelasan dari Ustaz Halim Hasan pula ..

Mari tengok entri saya tahun lepas  : [ LINK ] – Kredit gambar doa : [ Sumber  ]

15 thoughts on “Berakhir Zulhijjah 1433H Muncul Muharam 1434H”

  1. Salam Maal Hijrah 1434 Bee and semua sahabat2..
    semoga tahun ini rezeki + amalan + perjuangan + impian
    kita lebih tercapai dan diberkati Allah SWT…

    Jom berhijrah untuk lebih sihat…

  2. Salam Maal Hijrah 1434 Puanbee… Jom sama-sama kita baca doa awal tahun dan akhir tahun 🙂

  3. Sekejap je rasa tahun ni berlalu. InsyaAllah, sama2 kita berdoa untuk kebaikan dan pengampunan dari Allah SWT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *