Beli topup melalui maybank2u + salah topup ke nombor lain = sadis

Share

Dah 3 harisaya sakit perut , tak boleh bangun .. asyik terbaring dek kerana tak makan dan tak minum , asal makan sikit pun dah kena berlari ke bilik “rehat”. Mulut jadi pahit.. sadis … Di dalam mamai-mamai , saya hendak topup nombor celcom untuk memperbaharui broadband , oleh kerana line stremyx pun buat hal saja. Nak buka laptop terasa malas sangat-sangat bila line buat hal. Jadi kena renew broadband secepat mungkin , hilang la sikit perasaan boring tu.

salah topup secara online

Aku yang mamai

Buka maybank2u , tengok duit dah bertambah hasil pembayaran initty yeay! maka boleh lah topup RM30 ke no celcom. Saya pun memulakan proses top up online seperti biasa. Setelah dapat tac , masukkan no tac ke akaun maybank2u dan saya pun log out. Tunggu top up itu masuk .. tak masuk-masuk .. eh hairan sepatutnya boleh dapat sepantas kilat.

Buka balik maybank2u tengok apa yang silap .. yah saya silap .. no awalan sepatutnya 011 tetapi saya masukkan 010. Jadi topup itu telah pergi kemana saya tak tahu.

Step by step dapatkan balik duit kita

  • Saya cuba call no yang saya telah masukkan topup tersebut. Syukur tak ada orang guna no tersebut.
  • Saya call celcom dan bertanyakan di mana boleh saya dapatkan semula. Mereka cek tak ada orang guna , jadi boleh claim semula. Tetapi kena call maybank untuk menghentikan transaksi tersebut. Kalau ada orang guna , tak tahu juga kena minta balik dari orang yang guna la kot. RM30 tu banyak bagi saya.
  • Saya call maybank2u mengikut nombor yang di nyatakan di sms tac , rupanya salah jadi mereka minta saya call customer servis pula. Call customer servis dan tunggu beberapa step .. pilihan bahasa , pilihan perkhidmatan , pilihan jenis transaksi .. dan bla-bla ..
  • Setelah dapat bercakap dengan customer servis yang betul rupanya ..

Jika tiada nombor yang cik masukkan kredit itu di gunakan , maka jumlah transaksi tersebut akan di masukkan semula ke dalam akaun cik dalam masa 3-16 hari , jika dalam 16 hari cik tidak mendapat semula jumlah transaksi tersebut cik boleh hubungi kami semula untuk membuat laporan

Itu sahaja .. hasihh .. buat penat dan habis kredit call sana sini 😛 lain kali kalau kepala tengah ting tong macam ni jangan buat aktiviti berkaitan DUIT.

Sedikit info buat korang ..

  1. No khidmat pelanggan celcom : 23939
  2. Maybank : 03 – 58914744 (Jika kehilangan kad atau tiba2 ada orang guna akaun maybank2u anda)
  3. No khidmat pelanggan maybank : 1300 88 6688 (jika kehilangan kad , tukar no tel untuk tac atau kes macam saya 🙂 DLL)

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

28 Comments:

  1. Bru lepas col mbank n celcom. Kena tgu 14hr huu rasanya x salah kalo dorg tlis siap2 kt website duit akan rfund in 14days .xpyah nk hbis kdt col dorg

  2. camana?? dapat tak duit tu semula??

  3. ala haiii ciannya, inshaaAllah kalau ada rezeki, dapat lah balik duit tu….

  4. Harus menunggu pula sampai 3-16 hari..lama pula itu

  5. Pernah juga terjadi, bila ada banyak no phone nie. Kenkadang tersilap masukan…

  6. kalau instant top up mmg nak kena belek no tu berulang kali, takut
    tapi selalu top up guna no pin, takut kes mcm ni lah
    kak jie ni rabun sikit, takut typo tulis nombor tel
    nasib baik dpt balik, walau pun lambat

  7. bank pon lambat lah, 3-16 hari macam x logik jer

  8. pernah tersilap juga ni…

  9. selepas nih kena lebih berhati-hati lah yer…

  10. banyak tu bee rm 30 tu… kesian kat bee.. better more alert next time ok

  11. hati2 len kali ye puanbee…

    nis dah lama x pakai topup2 ni… nis n suami n family dia pakai line family celcom tu… sng dan jimat juga 😉

  12. Ooo boleh jugak mcm ni yer..hehe..tu la lain kali sebelum wak kerja basuh muka dulu..bangun senam2 dulu..kena cirit birit ke PB?kesian..nak melawat jauh..hahaha

  13. Adehhh.. lain kali beli jer top up kad bee.. tak naya mcm nih…

  14. 🙂 hum.. xpasal2 bayak prosos yg menambah peningkan kepala…. sabar aje lah.

  15. akak pun pernah alaminya bee..cuma top up no betul..tp no tu belm aktif lg..br beli sim card..hehe..mmg duit akan dipulangkan kembali kalau top up tu x di guna..

  16. nk wat mcm mne, xde rezeki..
    hoho

  17. Banyak gak tue…
    Hopefully cepat sikit dia refund balik…
    Bank nie mmg, duit kita cepat je telan, nak refund, mmg lembap…

  18. Memang kekadang agak merumitkan nak dapat cakap dengan pihak bank, proses diorang memakan masa yg lama..

    Rasanya Bee call depa dok tunggu pun ntah dah makan kredit RM30 pe…hehee

  19. ok. pas ni kalau salah top up celcom, bolehlah rujuk kat sini. tapi lupa lak. saya tak pakai celcom. saya pakai digi ngan maxis.

  20. at least tindakan usaha tepon call center tu dapat jugak la tahu duit tu boleh refund kan…. tapi SOP 16hari tu lama kot….

  21. Kenapa no celcom tu bukan 1111 kak?

  22. Naseb baik takde org gune 🙂 Rezeki masih berpihak .. Heee

  23. boleh dapat balik tapi lambat lah sikit..heheehe..

  24. Akak.. bahaya betul.. nasib baik x transfer duit.. 🙂

    Take care kak jgn lupa makan ubat..

  25. KALAU TENGAH PENING MEMANG MACAM NIE…DAPAT-DAPAT KALAU ONLINE, KITA BUKANNYA ORANG SENANG….

  26. nasib baik tak rm300 ke.. tapi salah masuk nombor telefon tak ape. ni masa tyka kerja MBSA, public salah masuk no acc. memang salah public… tapi boleh nak salahkan kita sebab no acc panjang sangat.. haha..

  27. banyak tu. mudahan cepat dapat balik “refund”. rasanya ramai juga yg tak tau boleh refund macam ni, thanks yer pbee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *