Beli Kasut Online Di Zalora

Nak cerita juga la pengalaman shopping di zalora ni , sebenarnya tak suka nak tulis kalau beli apa-apa pun , tapi sebab zalora ni best sangat perkhidmatan dia jadi kita share. Saya beli kasut online .. pergh macam tak percaya .. sebab apa kaki saya bukan saiz biasa-biasa selalu pergi Jaya Jusco cari kasut mesti ambil saiz US tu pun selalu kehabisan saiz wuuuuu  , kalau ambil saiz korea ke , thailand ke , malaysia ke memang tak muat walaupun saiz tu paling besar ok.  Tahun lepas tak ada kasut raya sebab tak ada saiz je .. dan habis stok.

Mak kata orang keturunan mamak memang tulang rangka besar-besar jadi terima la … jadi .. kasut ni adalah benda yang sangat susah nak dapat setahun sekali belum tentu , last-last sarung selipar je la .. kasut / sandle yang comel-comel jangan harap ala nak pakai. Sakit kaki dan melecet .. semua tak kena la.

 

[  DISKAUN 15% UNTUK PELANGGAN BARU GUNAKAN CODE INI : ZBAPVZn  ]

Tips memilih kasut yang sesuai

zalora

Kalau nak beli kasut sekarang memang tak ada stok dah ni percayalah .. kalau nak pergi sogo dengan anak ramai memang tak la … pavilion alergik .. klcc lagi la .. hahaha …

Jadi beli di zalora , jenuh la saya fuh kiri fuh kanan , takut la nak beli kasut online , yang beli boleh cuba pun susah dapat saiz , nak beli online lagi la takut tak ada saiz , tapi disebabkan zalora boleh pulang kan balik kalau tak muat. Jadi beli la juga. Saya tak bayar online , saja nak cuba cash on delivey .. haha syok juga shopping macam ni. Kalau banyak duit untuk shopping lagi syok .. ehem3

Saya order lepas sahur hari ahad , hari isnin barang dah sampai ..syoknyaaa …

zalora

Selain dari kasut , saya beli 2 boxer dan minyak wangi botol pink .. kemain selepas beli je .. pergi kemana -mana blog nampak gambar iklan seperti di atas …. haishhh …

Percaya atau tidak .. baju raya , kasut raya tahun ni serba ringkas saja .. beli yang mana di perlukan sangat-sangat ..contoh baju kurung seorang sehelai , kasut tak beli lagi kalau ada nampak offer dimana-mana untuk anak-anak murah baru akan di beli , sebab baru 2 bulan lepas dah shopping kasut jalan untuk diorang.

TAPI LAILA SHOPPING 6 PASANG BAJU. Tak tau la , jadi cair bila laila bodek-bodek minta baju kesukaan dia.. ermm …

 Baju ibu sepasang je … sebab ibu pun perut dah besar tak boleh pakai baju kurung lama. Ayah diorang tak beli apa-apa lagi. Sebab tu juga saya belikan 2 boxer kat dia … kesian … kerja siang malam semua nya untuk anak bini .. dia ???

Hurmm pengorbanan seorang ayah mugkin.

Tak berapa nak shopping raya , tapi tak sabar nak balik kampung ….. waaahhhh ~

21 Comments

  1. muazfaris 20 August 2013 Reply
  2. encik bakul 3 August 2013 Reply
  3. zie fauzi 31 July 2013 Reply
  4. hafiz 30 July 2013 Reply
  5. Nadiah 30 July 2013 Reply
  6. Kak Long Mawar Merah 29 July 2013 Reply
  7. Rina 29 July 2013 Reply
  8. Azie 29 July 2013 Reply
  9. Ummi Hanie 29 July 2013 Reply
  10. akubiomed 29 July 2013 Reply
  11. eiela 29 July 2013 Reply
  12. suriaamanda 29 July 2013 Reply
  13. Mus 29 July 2013 Reply
  14. Denaihati 28 July 2013 Reply
  15. Shahrul 28 July 2013 Reply
  16. Naziman Azlye 28 July 2013 Reply
  17. Fakarepain 28 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 28 July 2013 Reply
  18. Juan 28 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 28 July 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.