Belajar menjahit merupakan impian lama dulu

Assalamualaikum dan hai … Akhirnya .. saya dah beli mesin jahit. Bagaikan mimpi tercapai. Dah lama teringin sangat nak belajar menjahit tapi suka sangat bertangguh tangguh. Dari anak seorang sehinggalah kini anak dah pun empat orang. Bayangkan… Sekarang ni saya mulakan langkah sangat drastik. Perlukan masa tak sampai seminggu saya buat keputusan nak belajar menjahit , terus order mesin jahit. Buat survey di facebook mesin mana ok untuk di beli. Ada banyak pendapat. Terima kasih kawan kawan. Akhirnya saya menghubungi guru untuk saya belajar menjahit. Agak jauh dari tempat tinggal. Itu lah .. macam mimpi. Semua nya di lakukan dengan begitu cepat sekali.

18/7/2016

Saya update status nak beli mesin jahit yang mana bagus. Padahalnya saya dah pun main kutu untuk beli mesin jahit. Dapat bulan 12 nanti. Tapi dek kerana hati ni nak sangat mesin jahit , makanya saya survey dan nak beli dulu. Bayangkannnnn ..

mesin jahit

Nak baca pendapat mesin mana bagus boleh klik sini. Ada banyak sangat pendapat. Malas betul saya nak print skrin sekarang ..akan datang mungkin akan buat entri khas untuk pemilihan mesin jahit. Kalau nak beli mesin jahit brother pink tu , di go shop harga paling mrah. Tempat lain mahal. Di kedai spotlight ni mahal 200 dari go shop. 

26 / 7 / 2016

Bangun pagi tu , terus bagi tau suami.. nak belajar menjahit di kajang .. “sayang lepas hantar anak pergi terus ke kajang ” pastu dia kata ok ..sebelum tu dah bagi tahu nak belajar menjahit. Tapi dia tak tahu bila ..dan dia tak sangka pun  saya akan daftar secepat ini. Semasa pergi ke rmah cikgu menjahit tu , ingatkan nak tanya lah apa yang di perlukan dulu. Duit yuran pun tak belajar lagi. Apa pembaris pun tak ada. Sekali cikgu tu terus ajar buat pola. Duit yuran saya bayar online . Transfer je ..

Petang tu juga saya beli mesin jahit. Cari info di mudah.my je .. lepas tu call owner kedai minta orang kedai hantar dan pasangkan. Lepas pasang semua baru bayar. Duit memang dah spare siap-siap.

Bayangkan cepat tak ?

mesin jahit 2

Dan akhirnya saya pilih mesin industri , walaupun ada pelbagai pendapat ..ada yang kata mesin industri tk sesuai untuk orang yang baru nak belajar , tetapi bagi saya .. ada banyak kebaikkan beli jenis ni.

  1. Ada meja siap dah , ramai yang cakap beli jenis portable tapi tak pakai sangat sebab malas nak buka-buka. Rumah den dah la takda tempat nak simpan , tak ada meja lebih , dan tak ada ruang. Takut rosak kang angkat simpan merata – rata ..padahal bajet memang seciput je yang ada . terpaksa lah ikat perut beli yang ini.
  2. Walaupun laju , sebenarnya mesin ini boleh di upgrade jadi kurang laju. Saya tahu lepas guna mesin di rumah cikgu. Tetapi saya belum masukkan speed cnontorller tu lagi. Sebab bajet tak cukup dan selepas beberapa kali guna. Eh tak da lah laju sangat ..ok je boleh control..cuma kena rajin main enjin dia tu.. Macam bawa kereta manual.
  3. Kemungkinan saya nak jahit benda tebal tebal dan dalam jumlah yang banyak. Jadi mesin ini lah yang sesuai. Portable kurang sesuai kata Cikgu Zu. Pendapat dari Cikgu Zu yang berpengalaman lebih 15 tahun. Tak perlu lah beli lagi selepas ini.
  4. Kenapa pilih brand YAMATA. Ada yang kata SINGER tu sebagus mesin lain. BROTHER ok tapi harga mahal sangat , tak mampu hakaq … dalam banyak banyak brand , YAMATA je yang harga paling murah untuk kategori mesin industri. Dan tepuk dada tanya lah selera. Ikutkan hati nak beli second hand jek. Tapi fikirkan kerosakkan kemudian hari saya batalkan . Rumah tinggi , mesin berat ..tak kuasa nak angkat hantar pergi repair tau.

Jadi setakat ini dah 3 hari belajar menjahit. Pengalaman seronok sangat sangat ..walaupunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn……………………………….. tang walaupun tu nanti lah kita sambung … mencabar minda kau ..

Sekian terima kasih kerana sudi membaca di blog Puanbee yang sendu.

 

Show 7 Comments

7 Comments

  1. Semoga berjaya dalam kelas jahitan.. mana tau bole bukak kedai jahit sendiri ke.. ehehe

  2. Senangnya belajar sesuatu hal baru sesuai impian kita… Sukses belajarnya, semoga menjadi penjahit terhebat 🙂

  3. Kalau la SA boleh menjahit atau ada bakat dalam jahitan…x payah sibuk nak tempah2 baju lagi dah kan…all the best..mana tau boleh bukak bisnes menjahit baju kurung plak

  4. apa yang best hobi menjahit ni, boleh buat duit.ni baru namanya goyang kaki dapat duit

  5. tahniah…. wow den pun tak ponah pakai mesin industri nokss…
    dok pakai portable singer / brother jek

  6. Teringat masa sekolah… Baju seluar yang koyak jahit sendiri… Masa tu guna mesin jahit kaki ja kepunyaan mak… Puashati dapat jahit sendiri dgn tunjukajar dr ibu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.