Beg Hospital Siap ! Bila-bila je ….

Beg hospital dah siap .. bila-bila masa je sekarang ni boleh pergi ke hospital dan melahirkan makhluk Allah ke dunia ni. Kali ini … Macam-macam perkara terjadi serentak. Kalau di beri pilihan untuk undurkan waktu banyak perkara saya nak perbaiki. Tapi … kita cuma hamba Allah .. kita merancang , Allah menentukan. Qada’ dan Qadar harus di terima seikhlasnya kan kan …

Senarai Barang yang Perlu Dibawa ke Hospital Semasa Bersalin

Beg untuk ke hospital saya .. simple jek .. tak perlulah tunjuk apa isinya … hahah mengikut pengalaman saya yang lepas , takde lah apa yang saya hendak bawa sangat . Biasa-biasa je … sedikit kelengkapan untuk ibu mandi di hospital dan sedikit pakaian untuk ibu pakai ketika balik dari hospital dan sedikit kelengkapan bayi semasa dia di lahirkan. Lain-lain kalau tak cukup .. order lah dari siapa-siapa yang ada.

Apa yang saya bawa ke hospital nanti , di panggil beg hospital atau beg emergency .. kena letak di tempat yang senang nak capai atau dalam kereta. Kereta takde bonet … bahaya pula letak dalam kereta kang orang pecahkan kereta tu bahaya , jadi letak di rumah je lah.

Kelengkapan untuk ibu.

Biasa lah semua barangan mandian ibu. Saya jenis tak boleh tak ada  benda ni.

  1. Syampu ,
  2. Ubat gigi ,
  3. Sabun
  4. Ubat Ketiak korang.
  5. dan paling penting yang mana kurang ada dalam senarai orang lain :  Pencuci Wanita  ( Dulu anak sulung lupa nak bawa , suruh suami beli pun dia tak tau , selepas melahirkan anak secara normal terutamanya , terdapat lendiran , darah yang berlebihan di bahagian V kita, lepas tu kalau tak cuci dengan pencuci yang betul , bahagian tu akan gatal. Di khuatiri di jangkiti kuman. Bahaya sebab nya jika beranak secara normal , bahagian V akan di jahit. wuuu sakit + gatal mana tahan jadi ingat bawa pencuci V yang sesuai , ada banyak jenama , tapi 2 je yang elok betul-betul , saya gun lactacyd atau dettol sahaja..)
  6. Baju ( blouse / t-shirt ), kain batik , kain skrit , tuala.
  7. Tudung , telekung kalau memang kena masuk ward lama lah , mana lah tahu kalau ada masaalah. Saya kejap je biasanya , hari ni masuk esok keluar.
  8. Selipar ; yang mana pakai pergi yang tu la pakai keluar , tak payah susah-susah nak bergaya la haihhh.
  9. Cawan , Sudu , 3 in 1 Milo , 3 in 1 Nescafe , Bekas letak air panas , air kosong dan biskut. Ini memang perlulah .. lapar dahaga nak cari mana makanan kalau dah tukang runner tak de … waaaaa

Kelengkapan bayi.

Ini biasa anak sulung dulu sumpah tak tahu haha. dah masuk no 2 atau no 3 baru tahu.

  1. Sediakan baju bayi dan lampin / selimut ( untuk di bawa ke labour room , di hospital biasanya seluar bayi tak perlu , diorang tak kasi pakai pun , ada kes baju bayi tertukar dengan baju anak orang lain , atau baju bayi hilang. Ye lah misi dan doktor semua panik kan.  Jadi bawa lah lebih 2-3 pasang )
  2. Nanti bayi dah di mandikan baru lah kita pakaikan seluar , glove , stokin dan topi dia.. comelnya kan.
  3. Dan sediakan diapers , tisu basah untuk di gunakan ketika kita dalam hospital. Perlu ni .. dah baru lepas beranak tak larat nak pergi basuh , main lap-lap campak je ler.. mandian bayi tak perlu , bawa bedak jek untuk bayi nanti. Biasa misi akan mandikan bayi , tak tau la kalau lain-lain hopital lain caranya. Tapi belum pernah saya mandikan bayi sendiri di hospital tu.

Alah saya masukkan sikit dalam beg hospital , yang lain2 banyak dalam kereta je .. haha senang kerja den. Siapa la nak jadi tukang runner nanti .. sob sob sob ..

Eh buku merah letak je dalam handbag , bawak je kemana-mana sepanjang usia kandungan mencecah 30 minggu ke atas . Dah boleh melahirkan anak bila-bila je tu … ikut mengalaman saya paling awal 32 minggu dah lahirkan anak. Awal kan .. ada juga 37 minggu dan 38 minggu.

Cukup dah kot .. tak perlu lah over sangat , ada orang nak bawa ipod , kamera segala .. waaa .. takde masa nak fikir semua tu. Cukuplah handphone … penting juga nak inform keluarga dan suami , masuk keluar nya bila. Tak de orang bayar bil tak leh keluar wad nanti. Hahah .. k … barang simple jek .. menulis tu panjang bejela .. hairan …

Promosi VCO CATALYST ( Minyak kelapa dara ) Batch 1

Dalam kes saya kali ni. Mungkin tak ada orang tunggu … huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa  .. rasa nak menangis .. ye lah perempuan memang kuat sentap. Kalau dulu anak bertiga tu , suami siap tidur dalam kereta. Datang malam-malam hantar makanan. Duduk je tepi pagar menanti dengan penuh debar. Sekarang ? mungkin menanti panggilan telefon. Hasihh .. awat mata macam masuk habuk ni ? …

Apa pun terjadi , saya masih kuat dan harap akan kuat selalu. Insyallah .. sekurang-kurang nya saya sampai di kampung nanti. Jadilah … sekarang dah 35 minggu .. nanti apabila usia kandungan masuk 37 minggu , saya akan drive sendiri dari KL ke Taiping. Boleh ke tu ? Harap lepas lah .. harap kuat lah .. malas nak susahkan orang … belasah je lah …  Seram pula kalau terpaksa beranak di hospital KL ni sebab tak ada siapa-siapa boleh di harapkan untuk menjaga anak-anak yang bertiga ni. Pening.

Related :

  1. Car Seat jenis Rocker & mak super berdikari
  2. Pelbagai Jenis Roti Canai Elakkan Kalau Nak Kurus
  3. Ibu Hamil Di Trimester Kedua Lebih Kuat Berpuasa ?

About puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

11 Replies to “Beg Hospital Siap ! Bila-bila je ….”

  1. bee dah 35 weeks kan… nis nak masuk 37 ni x sabaq pulak rasanya… suami lg x sabaq ngalahkan kita. nak suh cepat jer.. hehe…

    samelah, nis masa minggu 35 tu baru siap beg bagai… simple2 je.. last brsalin aritu x sampai 24 jam kat klinik brsalin sbb xde apa2 masalah… mudah2an kali ni pun begitulah…

    sama2lah kita mendoakan satu sama lain yer. jgn sedih2 sgt, bee ade juge mak 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*