Bang laptop rosak lagi …

Share

” Walaupun tadi tak panas , sekarang rasa panas pulak dalam bilik ni ” kata EN K .

Kelakar la pulak … dia memang dah tahu kalau keluar ayat laptop rosak ni , dua perkara jek sama ada minta repair atau minta baru. Biasanya nak repair saya gunakan duit sendiri , duit hasil blog ni juga , tetapi kalau beli memang kena minta sponsor dari en bos la.

Lagipun … baru je awal bulan 5 kelmarin .. saya pergi membeli seutas rantai emas , duit blog ni juga. Bukan nya apa … saja membeli emas dengan niat pelaburan masa depan. Dah tentu la simpanan daku tinggal sikit tak cukup nak beli laptop.

hp

LAPTOP YANG BANYAK BERJASA , BELI SEMASA BUKA BLOG DULU :p

Terpaksa buat muka kesian , suara lunak-lunak membodek. Akhirnya berjaya … hehehe

Takdela sampai memaksa … faham situasi en bos juga , kalau dia beri syukur .. tak beri kita usaha kot lain .. itu saya la ..

Pagi sebelum buka laptop ada 2 adsvertiser call nak bincang pasal ” projek ” saya dah ok je dengan semua projek tu , selagi mampu ambil jek …

Nak tak nak kena ada laptop la , kalau dah terjebak jadi blogger ni ..penting sangat ooooo …

Hati memang dah malas nak repair LAPTOP HP tu , dah banyak kali sangat … setiap 5 bulan kot kena repair , sekali repair 300 – 400 jenuh membodek tukang repair bagi diskaun. Kali ni memang tak nak repair … dan oleh kerana en bos pun cadangkan ambik laptop touch-touch ni, dan ajk sorang tu asyik duk perangat .. apa lagi ….

Acer Aspire P3 ultrabook

kita angkat la Acer Aspire P3 ultrabook , nak ambi Acer Aspire P7 mahal la sangat , macam tak mampu la … dapat Acer p3 pun dah syukur sangat dah .. asalkan senang nak menulis blog di kala hati terasa nak meluahkan sesuatu , ececehhh.

Saya suka acer ni , skrin bleh tanggal buat macam ipad , dan senang nak guna la , tk perlu duduk betul-betul di meja macam guna laptop hp lama tu , lagi pun hp lama tu kena sentiasa di sambungkan dengan elektrik , bateri rosak , malas nak ganti … haha mahal laaaaaa .. Acer takde bateri yang boleh tanggal-tanggal .Puas hati …

Tahun 2013 , ada banyak kegembiraan dan duka lara di dalam hati … sama banyak kot … dugaan kehidupan. Apapun syukur EN K FAHAM ..

oh gambar memang ambil di instagram , gambar hilang sudah dlm laptop hp , kalau ada rezeki lebih la kena repair dan ambil balik , kalau tak semua hilang … nasib dah buat photobook sikit dan upload ke dropbox dan instagram. Cuma belum install dropbox dalam acer ni .. tunggu mood rajin datang.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

27 Comments:

  1. kalau gadget diguna mencari duit.. berbaloi juga beli yang mahal..

  2. kemarin laptop saya juga rusak dan sekarang layar dari PC saya pun ikut rusak
    kalau perngkat internet rusak kita yanng sering online jadi cukup susah dalam mendapatkan akses internet ya..

  3. wah…lagi bersemangat la bee nak buat kerja nanti… 😉

  4. Serius tak tau acer ada keluar produk ni.. ishh..
    macam teringin pulak..
    gadget gadget ni cepat je cair.. huhuhu

  5. senanglah lepas ni nak update blog…semoga banyak projek masuk, bleh kumpul dana untuk beli P7 pulak…hehe

  6. wahhh beli laptop baru tuh

  7. awat tak ambik Dell bee… tahan lasak tu 😉

  8. elok le bertukor yg baru ye bee… salah satu sumber pendapatan kan kan 😉

  9. bestnya kak..nak yg baru gak..huhu…

    p/s; tiap kali datang sini mesti ada je header baru, tagline baru..hehe..

  10. Laptop saya gunakan untuk keperluan pribadi dan kerja, sedangkan untuk browsing dan senang-senang pakai komputer rakitan!

  11. kalau untuk kegunaan menulis ok lagi ni. kalau yang gamers tu lain cket, mesti nak yang tiptop je. harga pun kopak gak haha

  12. cantik la… so bersemangat lah sikit kan… heheheh tak sabar nk jumpa raya 6t sbnya si labu-labu dah berganti wakakakakka..

  13. Sama lah. Saya bersiaran pakai phone je.

  14. nasihat saya…jangan guna penutup plastik lembut atas keyboard tu semasa on laptop tu..kerana udara tak leh circulate keluar..jadi suhu akan jadi panas didalam…seterusnya akan merosakkan chipset…banyak dah laptop yang rosak dengan kes yang sama.

  15. +cantiknya laptop baru..mesti harga pun cantik nih..

  16. mahal jgk ek kos baiki laptop tuh. yg baru tuh nampak comel la

  17. lappy zie pun baru je rosak jgk tp x minta pun en hubby belikan, tup2 dia beli senyap2…senyum kambing lerr makcik ni….. tp yg murah2 ajer….. boleh la asal boleh online….

  18. Acer Aspire P3 Ultrabook antara gajet yang terbaik sebab boleh bertukar menjadi tablet dan ringan untuk mudah alih.

  19. banyak juga modal untuk repair tu. Alhamdulilla dan tahniah dengan acer terbaru, gerenti semangat pun tengah membuak2…heee

  20. kitenye lappy pun rosak lg..
    dah la nx week nk benti koje.
    mati kutu takde lappy walaupun bukan blogger tegar lg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *