Bandung dari mata saya

Sekadar perkongsian apa yang saya lihat di Bandung. Nak cari kedai makan je pun. Baby syamim tak sihat waktu ni , memang kami tak berjalan di tempat popular pada hari pertama kami di bandung dek kerana baby syamim demam. Lepak di hotel. Sarapan di hotel sampai petang keluar cari kedai makan.

dan pemandangan Bandung …

2014-01-29 15.22.35-1

Singgah beli jaket jeans laila di sini. Lupa bawa sweeter dia .. sejuk ya amat .. tak sangka Bandung sejuk .. Dapat rege murah .. 50 ribu rupiah sahaja. Kualiti terbaik .. jual tepi jalan je. 2014-01-29 15.26.42

Naik angkut-angkut. Banyak teksi dan kereta sewa yang boleh kita naik. Bayaran tak mahal walaupun booking selama 1 hari. Tapi saja teruja nak cuba naik Angkut ini. Tak ada pintu penghawa dingin apatah lagi.

Anak-anak diam tak bersuara masa naik ANGKUT ni .. tak tau lah diorang takut ke macam mana.

2014-01-29 15.46.43

Akhirnya jumpa kedai makan Nasi Padang. Susah nak dapat kedai makan yang elok. Sekurang-kurang tertutup sikit tak terlalu terdedah dengan jalan. Agak susah .. ini dah kira terbaik.

Nasi padang .. mereka kira apa yang kita makan je .. tak makan tak kira.

Dan makanan paling mereka suka adalah bahagian – bahagian sapi ( lembu ) , sup bontot sapi , kari kaki sapi , sup ekor sapi , kari usus sapi. Telur mata sapi .. erk ?
2014-01-29 15.46.56

Ada nangka , sotong , pucuk manis , kaki sapi dan sambal khas. Boleh saja makan. Saya tak memilih.
angkut

Semua agak-agak risau jatuh ke apa …

2014-01-31 12.00.18Satu je saya nampak orang Bandung rajin – rajin belaka. Pelbagai cara diorang bekerja. Huhu ~

 

16 thoughts on “Bandung dari mata saya”

  1. Tahun ni mau cuba kumpul banyak2 point dari BigPoint AirAsia,hasil aktivi dari penggunaan simkad tunetalk/toneexcel, hujung tahun boleh lah tebus tikit percuma ke Bandung….!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *