Balik rumah sendiri ( petua masuk rumah baru )

image

Allhamdulillah , tiada apa yang lebih baik dari tinggal di rumah sendiri , terasa lebih tenang jiwa ni. Nak buat apa pun senang ..

Banyak petua orang dulu yang mak perturunkan jika nak bawa bayi baru ke rumah lain setelah bayi di lahirkan.

Antaranya :

Bawa air dari tempat asal dan mandikan setelah sampai ke rumah baru.
Pakaikan bedak comot comot.

Dan macam macam lagi.

Satu pun saya tak ikut huu ..

Cuma masa bawa balik Syamim risau juga la , di Taiping kuat meragam juga.. risau dia tak biasa di rumah Kl , risau meragam naya.

Tapi .. elok jek ..

Lega sangat – sangat .. tapi saya buka yassin la juga berulang kali sepanjang malam hari pertama saya balik tu.

Psssttt .. rumah sebelah dah hampir 6 tahun tak de penghuni. 🙂

Mana lah tahu ada penghuni lain , gossip dari jiran2 boleh tahan menyeramkan. Macam2 cerita , tu baru tinggal rumah tak sampai sebulan.

Feling – keletihan ya amat .. kemas rumah .. sapu habuk2 sampai terlupa masih dalam pantang. Adoiyai ..

Kita guna theme baru .. yeayy ..

Amaran !! Update secara langsung dari Android Phone , Segala ” typo ” tidak di sengajakan. Harap Maaf 🙂

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

11 Comments:

  1. resep kuliner

    ya biasanya orang tua begitu kalau mengisi rumah baru mesti ada hal-hal yang kita lakukan sebagai syarat…

  2. Nasib baik tidak meragam apa bila sudah balik rumah sendiri.

  3. Sama petua mak mntua nis tang comot2kan bby dgn bedak tu. hihiii

    Eh tukar theme dah… Lalalla~

  4. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my
    ?

  5. Senangnya bisa kembali pulang ke rumah …
    Nampaknya hal pertama yang dilakukan berberes – beres ya 🙂

  6. ada petua juga untuk bayi masuk rumah baru..
    semoga bayi dalam keadaan sejahtera selalu.

  7. Salam,

    Oh baru tau pasal ni. selama ni akak xde ikut petua mana2, main redah je hehee.

    tang baby kena comot2 tu macam kelakar pulak hahahaa

  8. Harap2 xde apa yang pelik berlaku…baru sebulan x balik kan…tp kita kena jugak berwaspada….

  9. Tentu seronok dapat balik ke rumah sendiri kan.. Smalah dengan isteri saya…

    Kalau nak masuk rumah yang ditinggalkan beberapa hari kena bagi salam dulu sebelum masuk.. Kemudian baca ayat kursi, supaya sekiranya ada makhluk lain yang “singgah”sekejap ke rumah kita akan menghormati kita sebagai tuan rumah…

  10. Assalamualaikum.
    Pengalaman saya , bawa balik baby yg baru berusia sehari ( tak sampai sehari juga pun ) dan isteri saya ke rumah emak mentua saya di Segamat dari Pontian lebih kurang 180km jaraknya . Masha Allah..tuhan aja tahu gelodak hati saya .

  11. selamat kembali..
    wow..berbunga2 blog ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *