Bakal hadir nombor 5

Sebenarnya .. tak tahu nak ceritakan atau nak khabarkan bagaimana ..  gembira tetapi dalam masa yang sama aku tak bersedia langsung nak mengandung sembilan bulan sepuluh hari sekali lagi. Tak bersedia nak melalui situasi megandung tanpa suami disisi. Ianya amat menyedihkan. Walaupun nampak macam okay sahaja. Jauh di sudut hati aku selalu rasa sedih bila suami tak ada di saat – saat memerlukan.

Aku sebelum ni dah bertekad kalau nak mengandung pun biarlah suami dah balik kerja dekat-dekat. Tapi dah di takdirkan ” terlekat ”  pula. Syamim pun dah putus susu ibu setahun lebih. Hurmmm .. kelat rasa hati aku ni. Alahai ..

Dari kiri : Husna , syamim , laila dan aliya

Tapi fikir pula la sudt positif nya. Beranak ramai-ramai masa muda , badan tengah kuat bagus orang kata. Anak-anak yang lain dah besar , tak apa dah .. orang kata lagi. Aku sebanarnya tak pernah plan pun nak anak ramai.

Aku ?

Hrmm entah la .. dari raya memang mood kurang sikit nak buat apa pun , raya pun sikit-sikit je .. tak berminat. Lepas balik ke kl semula moody memanjang. Aku siap bergaduh dengan suami sampai tak tegur 2 minggu. Siap suruh dia ceraikan aku lagi. Punca nya memang sikit dan tak masuk akal. Aku tak nak keluar dari rumah. Nasib lah anak-anak pergi sekolah dekat je jalan kaki. Dan kalau perlu hantar laila pun , aliya boleh hantarkan. Kereta pancit selepas suami balik johor 2 minggu juga aku tk bawa ke bengkel untuk ganti tayar. Bayangkan ..

Kepala pening ja ..selera makan tak ada langsung .. aku telan panadol active fast tu sepapan sehari. Boleh pula suka makan nenas muda cicah sambal kicap. Sebiji sekali makan boleh habis. Tak ada sambal kicap , garam pun layan.

Lama-lama jadi pelik .. aku tunggu ja la tarikh period tu datang. Rupanya tak datang juga. Terus lah pergi check .. rupanya positif sudah.. bukan apa kena check cepat sebab memang banyak sangat telan panadol tu. Pelik .. mesin jahit pun tak sentuh. Fb tak update kerap macam biasa. Tu paling pelik la.

Ni baru awal trimester kehamilan. Tak sanggup fikir yang akan datang sebab biasanya memang agak meletihkan lah. Suami ku ok ja .. rezeki katanya.

Doakan je lah semoga kali ini di permudahkan semuanya.  Dah tahu awal ni siksa sikit la nak tunggu beranak tu kan. Masa mengandungkan syamim dulu dia dah 4 bulan dalam perut baru tahu. So sekejap je rasa mengandung tu. Hihihi ..

Buku pink belum buat . Baru pindah sini ..jalan pun tak tahu sangat .. huwarghhhh … nanti la buat ..tunggu mood stabil kembali. Nak bercuti laaa .. mandi  laut ke …

7 Comments

  1. Mazni Azmi 26 July 2017 Reply
  2. Yati 25 July 2017 Reply
    • puanbeeAuthor 26 July 2017 Reply
  3. syamila 25 July 2017 Reply
  4. ajumohit 25 July 2017 Reply
  5. Wan Syahida 24 July 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.