Baju renang budak

Share

Sekejap je masa berlalu , anak-anak dah besar nak jadi anak dara dah pun .. lepas ni kena cari baju renang budak gaya muslimah pulak. Baby baru 3 tahun ok lagi lah , una dah 5 tahun , badan chubby nampak seksi pula. Nanti nak cari baju renang jenis sopan sikit.

Tapi comel budak-budak ni bila pakai baju renang. Mesti tersenyum je memandang.

baju mandi

Gaya lentok …gelap sikit sebab malam..

baju mandi kanak-kanak
Gambar sorang una pulak …

“alaa tegaknya macam nak buat passport je , buat gaya sikit “

baju mandi

“ok ibu .. macam ni ? [terus lentokkan badan , ubah posisi badan ]

baju mandi

Suasana tempat ni macam hotel , boleh lah merasa hidup macam orang kaya-kaya … selalu menumpang mandi di kolam rumah cikgu aliya , sebab aliya kena berlatih teater lebih kurang 3-4 jam , mana tahan adik-adiknya nak menunggu ..so boleh lah buat aktiviti mandi , kalau tak de latihan teater takde lah mandi2 lagi .. ingat nak kasi diorang ni kelas renang je ,dah suka sangat berkubang tu kan … tapi macam tak cukup masa je ..tahun depan lah buat jadual lain pula.

kolam mandi

Mandi kolam kecik aje .. selalu teringin nak mandi di kawasan orang dewasa ..ish ..

Memandang gym dari kejauhan , seram sejuk nak masuk ke situ ..ahaks.. bulan puasa ni kenapa saya jadi malas sangat ni .. adeihhhh..tapi malas-malas pun dah turun 5 kg .. baru timbang .. awww awww.. kalau lah seminggu 5 kg , sebulan dah 20kg .. WOW! WOW! buat gaya mata terbeliak sat …..

*verangan.

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

30 Comments:

  1. Pingback: Baju Renang Model Baru | mybaju.work

  2. Pingback: Model Baju Tk | mybaju.work

  3. Pingback: Model Baju The Virgin | mybaju.work

  4. Pingback: Model Baju Pb | mybaju.work

  5. kat mana bloleh dapat baju mandi budak perempuan tu?cantiklahhhhhhh.. plzzzz.tak tau cari mana…yg mcm ni…

  6. lucunya gadis cilik itu.hehe :senyum manis:

  7. kemain lagi posing…hehehhe

  8. Eh baju renang polkadot. 🙂

  9. tahniah dah turun banyak tu. kalau 2 bulan, boleh turun 40kg. boleh buat kejutan untuk encik kay ni.
    wah hebat kolam renang kat rumah cikgu theatre.

    • perghh tak dapat bayangkan turun 40kg haa.. kompom jd macam budak sekolah hikss..

      memang cantik landskap rumah teacher kakak tu , rumah macam hotel ..semua lengkap

  10. eh, tahniah turun 5kg… ai tak timbang2 lagi tau…

    alah bee, bulan pose biaselaaa… bukan kate malas, badan ni letih la xdpt minum… x makan ok lagi kan, cuaca panas2 ni

    • bee tk timbang hari tu lama dah sbb terkejut naik byk , pastu timbang tgk turun balik heee

      ye lah asyik mengantuk n tak de mood nak cargas kan badan , buat apa2 yg penting2 je … kalau tak tidurrr

  11. ai ade jual baju renang kanak2.. ahhaa… sume pun ai jual kan.. ahaksss

    comei betul ank2 bee ni, tambah2 si una, paling cunz 😉

  12. kalo dua bulan dh kurang 40kg..woow2..hehe

  13. hoho..hoho.. hoho.. 😀

  14. biasanya time puasa ni lah badan aku makin naik tolonggg

  15. Assalam..
    Bestnya berenang, tak sejuk ke berenang malam2..

  16. Amboi kecil2 dah pandai posing yer…malam2 mandi kolam jugak ke puanbee???adoii tak sejuk ke…

  17. Masa kecil comel la.. Dah besar jangan buat hal yek! Bahaya!

  18. bestnya! tapi berat MA naik. makan sedap!

  19. Boleh tahan posing tu. Berenang nie bagus untuk menyihatkan badan.

  20. Kalau slim suami bertambah sayang hehehehe..

  21. comeynya anak2 pb. ada rupa PB lah 😀 Budak2 seksi memang comel, kalau dah besar seksi, tak comel.

  22. wow. terbuktilah puasa dapat turunkan berat badan.hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *