Baju merdeka untuk Laila – 2017

Share

Tahun 2017 ini , laila sorang je masuk pertandingan baju merdeka. Jadi ini tahun ke dua la saya jahitkan baju merdeka untuk anak ni ha.. Walaupun mood agak tiada tapi di usahakan untuk jahitkan baju ini. kemudian tiba hari pertandingan si laila demam panas.


Dalam jam 11 macam tu Ustazah Najwa minta saya ambik sebab laila nampak tak larat sangat . Kemudian macam2 hal berlaku. Saya copy lah balik status fb saya , malas nak taip pula.

” Remote keta tak boleh on siang td …. tak tau cara nak matikan alarm .. pastu tak malu pergi tanya dekat mekanik bengkel yg dekat dgn rumah .. dia ajarkan guna kunci security .. selama 4 tahun pakai kereta tu tak tau guna benda tu .. dah la tu tak ada dekat tangan … kena naik atas tingkat 3 cari balik .. turun .. … selipar koyak .. naik balik tukar selipar . Mujur ada orang tlg .. sebab nak ambik laila .. bawak pergi klinik check suhu 39.10.SEPANJANG perjalanan col ayah dia . .dia kena kacau tido la hari ni .. padan muka ..

Dah darah ada jangkitan kuman. Hujan lebat selebat selebatnya .. balik rumah pun masa nak parking kena hujan . Kaki tenggelam dalam lopak air sampai buku lali.Sebelum tu ambik una dekat rumah sepupu. Mujur ada org tolong.

Naik atas salin baju .. mandikan syamim . semua lena ..

Sedar2 sebab dapat mimpi ada orang bagi anak suruh jaga.Baby .. tapi kereta hilang sebab tak kunci betul. Pergi balik bengkel tu. dia kata nampak tadi org tu nak jual kereta cash. Perghh .. terus sedar lepas baby tu nangis2 sebab tak tahan penat kena usung merata.

Azan. Buka whatsapp client tanya .. Puanbee u dpt tak email latest kita pasal draft *****

aku .. *krik krik krik ..

buka email .. alamak terlepas tarikh dateline daaa..

Bagi laila makan ubat .. jerit dekat una siapkan baju sekolah esok dgn jadual dia..

So malam ni .. tak boleh tidur .. siapkan apa yang patut .. 2 job menanti kena tunggu syamim tido balik …

sebelum tu jom kita makan. Makan penting …. “

Ini status saya di fb pada hari itu , memang lah jadi mak semua urusan terletak di bahu mak. Jika ayah ada dekat ringgan sikit , tapi ayah jauh terpaksa redha ja lah.

Kenangan.

Psssttt : Tahun depan nak tempah bagi tahu awal-awal. Tahun depan ada baby lagi sibuk .. ahahahahaha

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *