Bag periuk Noxxa di jahit dengan penuh kasih sayang

Assalamalaikum dan hai semua .. meh tengok koleksi bag periuk noxxa keluaran saya sendiri. Jenama takdok la lagi… Saya jahit bag periuk noxxa setelah di beri oleh cikgu tempat saya belajar menjahit dahulu. Saya terima dan sahut cabaran untuk jahit bag periuk noxxa ini. Beberapa kali juga saya cuba buat sample meggunakan kain sendiri dahulu. Akhirnya dah di luluskan oleh cikgu baru lah saya jahit ke semua bag tempahan dari pelanggan. Kalau nak tempah juga jangan lupa hubungi saya di talian 011-32095406 . Whatsapp je tau … tak mau call. Saya tak kan angkat punya. Hihi


Allhamdulillah , ada tempahan sikit -sikit dari kawan di facebook dan juga dari blogger sendiri. Selain dari bag periuk noxxa ini saya bercadang untuk keluarkan sarung periuk noxxa dan juga bag periuk philips. Harga tidak lah mahal sangat setanding dengan kualiti kan. Kain japanese cotton yang terkenal dengan corak cantik dan berkualiti ini menjadi material utama dalam pembuatan bag periuk noxxa.

Awak… saya belum ada periuk noxxa .. saya masih simpan duit untuk dapatkan periuk noxxa . Ini periuk pinjam untuk demo . Tapi itu lah di harapkan berkat buat beg periuk noxxa dapat lah sebiji periuk nanti kan ?

Gigih tak saya ? Biasa lah perempuan dengan gadjet dapur ni berpisah tiada.

Akan datang saya akan jahit bag untuk periuk tekanan tinggi jenama philips pula. Permintaan kawan-kawan. Handmade kan apa pun boleh. Lagi best kalau bag periuk noxxa / philips di sedondon dengan lapik pet ais ,cover oven , lapik meja dapur. Awww .. saya bayangkan semua sedondon ..cantik tau.

Tukang jahit memang boleh bayangkan macam-macam. Masaalah nya nak jahit untuk diri sendiri tak lepas-lepas. Sibuk megalahkan apa. Sekarang pun banyak tempahan baju keduri.

Ciri-ciri kemasan bag periuk noxxa by Bee Hashim

  • Kain cotton – japanese cotton
  • 2 corak dalam dan luar. Dalam pun kain cantik tak nampak jahitan . Kiraya beg ni 2 lapis lah.
  • Tali beg tebal , tapi di lapiskan dengan kain corak tambah cute. Dan kukuh.
  • Ada tali jerut. Boleh letak benda lain juga.
  • Adapoket untuk di letakkan wayar.
  • Boleh di basuh.
  • Ada pengeras kain pada body beg
  • Harga RM85

Akan datang saya dalam cadangan nak buat beg letak span atau biasa tukang jahit panggil batting. Cuma harga kemungkinan lain sedikit kerana mengambil kira kos batting tersebut. Tapi saya percaya mesti lagi kemas terletak.

Sesiapa nak buat projek tempahan jahit pukal beg noxxa ni pun boleh whatsapp saya. Hahaha .. saya terima selagi belum beranak nih… Raya tahun ni tak boleh terima tempahan baju raya tauuu … jahit untuk anak sendiri je boleh lah kot.

Enjoy cuci mata tengok video di bawah na.. kalau rajin add facebook saya .

 

Ok byeeeee   🙂 Terima kasih membaca di sini. 

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

One thought to “Bag periuk Noxxa di jahit dengan penuh kasih sayang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *