Sep
2012

Badam penawar dengkur dan menguatkan minda

tips kuatkan minda anak-anak

Instagram @Puanbee

( Harga badam mentah tak lah mahal sangat , dapat le sepinggan badam dengan harga RM7.50 )

Apabila baca yang susu di tambah badam boleh hilangkan dengkur dan boleh menguatkan minda anak-anak. Terkocoh-kocoh pergi membeli badam di pasaraya hero berdekatan rumah , dah banyak kali nak beli badam untuk di beri pada anak-anak tetapi asyiklah lupa. Al-maklumlah kita dari kecik tidak di ajar makan badam , walaupun selalu sangat baca dan tahu khasiat badam ni. Dan semua orang juga tahu khasiat susu bukan ? Hari ni saya bertekad nak beli badam untuk di buat penawar dengkuran suami. Kesian pula bila dengkuran semakin kuat , membuatkan suami saya malu hendak tidur di rumah orang atau pun tempat terbuka lah.

Badam ditambah susu penawar dengkur dan penguat minda.

 Saya baca di blog kongsibersamanora.blogspot.com.  Terima kasih nora selalu ada tips yang boleh di amalkan dari nora.Tips ringkas dari beliau kali ini.

Bakar badam dalam ketuhar. Biarkan sejuk dan kisar halus. Bancuh susu panas atau susu tepung tambah 1 atau 2 sudu serbuk badam.

Amalkan minum segelas setiap hari sebelum tidur. Sertakan selawat dan AL Fatihah sebelum minum..

InsyaAllah akan sembuh dengan izin-Nya.

Seperti yang kita semua tahu , kacang badam penuh dengan protein , serat , kalsium , magnesium , kalium , vitamin E , dan lain-lain antioksidan , fitokimia. Secara ringkas badam adalah sumber serat yang baik , sink , selenium , tembaga , kalium , fosturus , biotin , riboflavin , niasin , besi. Dan kajian telah menunjukkan kebaikan memakan kacang BADAM dapat mengurangkan risiko kanser , kencing manis , penyakit Alzheimer  dan lain-lain penyakit kronik.

p/s : Ada banyak petua di blog kongsi bersama nora , korang patut terjah ke sana. Rajinkan klik tajuk artikle di sidebar kanan tu…

Search

21 thoughts on “Badam penawar dengkur dan menguatkan minda

  1. Salam,

    Jadi dengkuran husband puan tu dah hilang lah ya.?!? Saya berdengkur sgt kuat tiada siapa yg akan tidur bersama saya termasuk suami. Saya sgt terasa hati dan sedih akibat kelemahan dan kekurangan saya.

  2. huhu….dok2 cari ada ke jual badam serbuk….terjumpe plak blog bee..how r u my pren…..,lama x jumpee…

  3. Menarik ni, lagi satu kalau nak kurangkan dengkur, cuba kurangkan 10% daripada berat badan sekarang, sebab saya pun sebelum ni ada masalah dengkur yang agak kronik jugalah, sampai beli produk yang tampal2 kat hidung tu sebab khuatir akan mengganggu orang lain apabila pergi tidur di rumah orang lain dan sebagainya.

    Sekarang ni dah tak sekronik dulu, kalau penat sangat baru akan berdengkur, tapi lepas ni boleh cuba susu dengan badam pula, susu memang dah biasa minum tinggal tambah badam.
    Eizil recently posted..Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.My Profile

      • Yer betul tuh Puan Bee. Cuma orang kita kureng sikit sebab yelah,kat kampung tengok harga badam pun buleh tahan juga dulu2… thks kongsi tips…

        p/s: uols kena serbu kongsibersamanora.. memang banyak tips dier… dan puan bee apa kurangnya… semua tips updated… thks uols semuer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge