Magfiraht travel

Badam penawar dengkur dan menguatkan minda

tips kuatkan minda anak-anak

Instagram @Puanbee

( Harga badam mentah tak lah mahal sangat , dapat le sepinggan badam dengan harga RM7.50 )

Apabila baca yang susu di tambah badam boleh hilangkan dengkur dan boleh menguatkan minda anak-anak. Terkocoh-kocoh pergi membeli badam di pasaraya hero berdekatan rumah , dah banyak kali nak beli badam untuk di beri pada anak-anak tetapi asyiklah lupa. Al-maklumlah kita dari kecik tidak di ajar makan badam , walaupun selalu sangat baca dan tahu khasiat badam ni. Dan semua orang juga tahu khasiat susu bukan ? Hari ni saya bertekad nak beli badam untuk di buat penawar dengkuran suami. Kesian pula bila dengkuran semakin kuat , membuatkan suami saya malu hendak tidur di rumah orang atau pun tempat terbuka lah.

Badam ditambah susu penawar dengkur dan penguat minda.

 Saya baca di blog kongsibersamanora.blogspot.com.  Terima kasih nora selalu ada tips yang boleh di amalkan dari nora.Tips ringkas dari beliau kali ini.

Bakar badam dalam ketuhar. Biarkan sejuk dan kisar halus. Bancuh susu panas atau susu tepung tambah 1 atau 2 sudu serbuk badam.

Amalkan minum segelas setiap hari sebelum tidur. Sertakan selawat dan AL Fatihah sebelum minum..

InsyaAllah akan sembuh dengan izin-Nya.

Seperti yang kita semua tahu , kacang badam penuh dengan protein , serat , kalsium , magnesium , kalium , vitamin E , dan lain-lain antioksidan , fitokimia. Secara ringkas badam adalah sumber serat yang baik , sink , selenium , tembaga , kalium , fosturus , biotin , riboflavin , niasin , besi. Dan kajian telah menunjukkan kebaikan memakan kacang BADAM dapat mengurangkan risiko kanser , kencing manis , penyakit Alzheimer  dan lain-lain penyakit kronik.

p/s : Ada banyak petua di blog kongsi bersama nora , korang patut terjah ke sana. Rajinkan klik tajuk artikle di sidebar kanan tu…

Search

, , , , , , , , ,

20 Responses to Badam penawar dengkur dan menguatkan minda

  1. ju 2 January 2013 at 4:28 pm #

    huhu….dok2 cari ada ke jual badam serbuk….terjumpe plak blog bee..how r u my pren…..,lama x jumpee…

    • puanbee 2 January 2013 at 4:43 pm #

      ai painnn … tp tak berapa ok .. busuk ni tak mandi seharian ..sila tgk update terkini di blog ai .. hehee

      • azlan 20 January 2013 at 3:22 am #

        cuba bg contoh susu.. bley ke kalo susu pekat f&n?

  2. Ummi Hanie 14 September 2012 at 12:08 pm #

    makan badam gitu je mmg tak berapa suke, tp pernah dgr, susu letak badam ni sedap… nnti leh try lah. thanx bee n nora ;)
    Ummi Hanie recently posted..Jalan jatuhMy Profile

  3. akubiomed 14 September 2012 at 11:52 am #

    Dulu ada mengamalkan memakan badam tetapi masalahnya saya mengalami batuk.

  4. Ibu Mifzal Arsyad 14 September 2012 at 9:19 am #

    harus cuba ni..sbb ada org berdengkur kt umah akak..hehe
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Adam & Hawa Episod 9 – 12My Profile

  5. Eizil 14 September 2012 at 2:11 am #

    Menarik ni, lagi satu kalau nak kurangkan dengkur, cuba kurangkan 10% daripada berat badan sekarang, sebab saya pun sebelum ni ada masalah dengkur yang agak kronik jugalah, sampai beli produk yang tampal2 kat hidung tu sebab khuatir akan mengganggu orang lain apabila pergi tidur di rumah orang lain dan sebagainya.

    Sekarang ni dah tak sekronik dulu, kalau penat sangat baru akan berdengkur, tapi lepas ni boleh cuba susu dengan badam pula, susu memang dah biasa minum tinggal tambah badam.
    Eizil recently posted..Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.My Profile

  6. Hazmin Hamudin 13 September 2012 at 4:23 pm #

    Boleh hilangkan dengkur dengan badam dan susu rupanya. Bagus jugak petua n tips ni… Memang malukan kak kalau kita berdengkur. Kita mana la nak sedar.
    Hazmin Hamudin recently posted..Spesifikasi Menarik iPhone 5My Profile

  7. nurmisnan 13 September 2012 at 4:20 pm #

    Anjat boboi. hik3..

    No mention Bee.. Tips yang baik utk dikongsikan pd semua
    semoga semuanya sentiasa sihat2 selalu.. amin

    anyways… thanks for d link dear.. i lap u, u kiss me.. hik3
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #57My Profile

    • puanbee 13 September 2012 at 7:13 pm #

      yee … i kiss u .. u lap me , bukan mee ye .. haha … ye lah sama2 membina backlink di antara blogger , tak kemana pung ..ilmu patut di panjangkan kan kan ..
      puanbee recently posted..Adam dan Hawa ( Sinopsis episod 1-4 )My Profile

  8. Denaihati 13 September 2012 at 3:45 pm #

    macam penyakit2 serius pun boleh dikurangkan risiko. memang bagus utk cuba
    Denaihati recently posted..iPhone 5 Live EventMy Profile

  9. PinkUmmi 13 September 2012 at 2:04 pm #

    baru tahu….thanks sharing info nih….nti leh bg badam kat fmly yg suke berdengkur…
    PinkUmmi recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada PinkUmmi sekeluargaMy Profile

  10. muazfaris 13 September 2012 at 1:54 pm #

    selalu makan badam.. huhu
    muazfaris recently posted..Tweet di Twitter pun efek Backlink SEOMy Profile

  11. anif 13 September 2012 at 12:12 pm #

    Info menarik ni. Serius, tak pernah tau pasal ni.
    anif recently posted..iPhone 5My Profile

    • puanbee 13 September 2012 at 7:15 pm #

      kaum india memang dah amalkan , tapi diorang perah susu lembu dan masak campur badam … ada berani nak cuba gitu ?
      puanbee recently posted..Adam dan Hawa ( Sinopsis episod 1-4 )My Profile

      • irsah 15 September 2012 at 9:12 am #

        Yer betul tuh Puan Bee. Cuma orang kita kureng sikit sebab yelah,kat kampung tengok harga badam pun buleh tahan juga dulu2… thks kongsi tips…

        p/s: uols kena serbu kongsibersamanora.. memang banyak tips dier… dan puan bee apa kurangnya… semua tips updated… thks uols semuer…

Leave a Reply

CommentLuv badge