AWAS WANITA! INI MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA HAID

Spread the love

Bagi wanita atau perempuan yang dah akil baligh ni memang setiap bulan akan di datangi haid. Tapi ada juga orang perempuan ni yang haid dia tak teratur. Kadang kadang 3 bulan sekali baru ada tapi tak ada sebarang masalah kesihatan. Tak kisah la period tu regullar ke tidak kan.. Tapi bagi perempuan yang dah akil baligh dan di datangi haid tak kira tiap tiap bulan atau 2 – 3 bulan sekali penting juga untuk tahu perkara ni.

Saya sebelum ni memang tak tahu rupanya ada makanan & minuman yang perlu di elak ketika datang bulan ni. Yelah.. Makan tak pernah pantang. Asal rasa nak makan jer.. semua telan. Kecuali racun. Saya terbaca satu artikel yang berkongsi tentang makanan yang perlu kaum wanita elak ketika datang bulan. Antaranya..

  1. Daging berlemak – Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.
  2. Ais krim – Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?
    Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.
  3. Snek / kerepek – Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung.
  4. Coklat, Biskut & kek – Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.
    Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.
  5. Kopi – Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.
    Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.
  6. Minuman Tenaga – Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut.

Sumber info : Says 

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada kita semua. Moga boleh mengurangkan masalah senggugut & moody ketika datang bulan.

2 thoughts on “AWAS WANITA! INI MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA HAID”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *