AWAS! WAKTU INI SANGAT DI LARANG UNTUK TIDUR

Kita ni manusia.. Tidur bila rasa mengantuk. Tak kira la bila masa. Asal mengantuk letak kepala jer terus hanyut ke alam mimpi. Sedangkan tidur pun ada masa yang sepatutnya.
Kenapa kita selalu terbabas tidur pada waktu yang tidak sepatutnya? Sebabnya mudah.. Kita tak tidur pada waktu yang sepatutnya di malam hari. Waktu terbaik yang di anjurkan Islam untuk tidur adalah..

Tidur awal malam 

Adalah di galakkan tidur pada awal malam yer bukan tengah malam. Iatu selepas solat Isya. Lebih kurang pukul 10 malam.

Siang hari

Siang hari pun di galakkan tidur sekejab selepas solat Zohor. Bagi yang bekerja tu jangan la bantai tidur sampai puas jer. 15 minit – 30 minit cukup la.

Tapi ada waktu tidur yang tidak di galakkan dalam Islam iatu..

Tidur di pagi hari

Tidur di waktu subuh dan selepas subuh atau dengan kata lain di pagi hari memang best. Akan tetapi ternyata di sebalik kenikmatan tersebut terdapat keburukan di dalamnya, sebagaimana yang telah dilarang oleh Rasulullah SAW.

Kenapa Rasulullah SAW melarang umatnya tidur di waktu pagi hari? Tidur di waktu pagi hari dapat menimbulkan rasa malas untuk melakukan rutin harian, sehingga mungkin menyebabkan jadi malas bekerja. Dan secara tidak langsung perkara tersebut boleh menyekat rezeki masuk

Dari segi kesihatan pulak, tidur di waktu pagi hari boleh menyebabkan gangguan metabolisme tubuh. tubuh akan jadi lebih lemah dan lesu. Maka tidak hairan jika tidur di pagi hari, apatah lagi dalam waktu yang lama, dapat menyekat rezeki.

Tidur di waktu petang

Sesetengah ulama mengatakan, “Siapa saja yang tidur setelah waktu Asar boleh mengakibatkan ganguan jiwa @ gila

Tanpa di sedari, setiap kali orang tidur di waktu petang selepas waktu asar akan jadi kebingungan setelah bangun dari tidurnya. Bahkan ada sesetengah orang yang mengalami gangguan jiwa serius selepas tidur di waktu asar selama 40 hari berturut-turut. Wallahua’lam.

Tidur Waktu Maghrib

Rasulullah SAW tidak suka tidur sebelum solatt isya. Kerana tidur di waktu maghrib dan atau berbual kosong di waktu maghrib dan sebelum solat isya di khuatiri akan menyebabkan terlepas atau meninggalkan solat isya

Tidur selepas makan

Tidur selepas makan dapat mengakibatkan gangguan kesihatan, kerana proses pencernaan menganggu proses pencernaan makanan

Tidur sepanjang hari

Makruh hukumnya tidur di sepanjang hari. Terlalu banyak tidur apa lagi  tidur sepanjang hari kerana akan menyebabkan jadi malas dan boleh menyebabkan gangguan kesihatan.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua. Masa tidur mungkin ada yang pandang remeh tapi tidur pada waktu yang tidak bersesuaian mungkin memberi kesan tidak baik untuk jangkamasa panjang.

Please follow and like us:
200

One Comment:

  1. Assalamualaikum puan bee. Saya dah pernah buat kajian tentang hadis yang mengatakan tidur waktu sekian sekian tak boleh atas sebab tertentu

    Alhamdulillah hasilnya bertemu dengan artikel yang di terbitkan oleh jabatan mufti wilayah persekutuan

    http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/915-irsyad-al-fatwa-ke-149-tidur-selepas-subuh-apakah-hukumnya

    Ini linknya

    Sedikit petikan daripada artikel ini

    Soalan:

    Hukum tidur selepas subuh serta dalil-dalil dan bagaimana kesannya kepada pekerja yang bekerja di awal waktu malam hingga lewat subuh?

    Jawapan:

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

    Tiada nas yang jelas menghalang seseorang untuk tidur selepas subuh. Oleh itu, hukum tidur selepas subuh kekal harus kerana tiada dalil yang menghalangnya.

    Meskipun tiada nas yang menghalang untuk tidur selepas subuh namun terdapat banyak galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:

    ?????????? ??????? ?????????? ??? ?????????? ??????? ????? ?????? ????????? ???? ??????? ?????????? ??? ??????? ?????????? ?.? ??????? ?????? ??????? ???????? ??????? ???????? ??????????? ???? ??????? ?????????? ????????? ???????? ???????. ??

    Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).

    Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.

    Dan lagi

    Kesimpulan dari artikel ini Ada hadis tentang ini statusnya sangat lemah & ada juga yang palsu

    Jelas melalui hadis-hadis di atas, Nabi SAW amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. Ini dilihat dengan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dari segi berzikir mahupun keluar kerja untuk mencari rezeki dan disebabkan oleh itu juga para ulama’ amat menjaga waktu selepas subuh mereka agar dipenuhi dengan perkara yang berfaedah lagi berpahala.

    Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fath al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati rezeki dan amalannya.[1]

    Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Zaad al-Ma’ad pula menyebutkan bahawa tidur waktu subuh menghalang rezeki kerana pada waktu itu adalah waktu meminta padanya makhluk hidup akan rezeki dan ianya adalah waktu di mana dibahagi-bahagikan rezeki dan tidur pada waktu tersebut adalah dilarang kecuali berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan ataupun darurat.[2] Kami juga dikhabarkan bahawa Buya Hamka juga tidur selepas subuh.

    Setakat pengamatan kami juga, hadis-hadis yang menceritakan tentang larangan serta cemuhan bagi mereka yang tidur selepas subuh tidak terlepas dari kritikan sama ada terlalu lemah statusnya ataupun bertaraf palsu.

    Kesimpulan

    Kami mendapati bahawa tiada larangan melalui nas yang jelas mengenai pengharaman tidur selepas subuh. Oleh itu, tiada halangan bagi mereka yang ingin tidur selepas subuh namun yang terbaiknya adalah dengan meninggalkannya berdasarkan hadis-hadis yang menunjukkan kelebihan menghidupkan waktu selepas subuh.

    Pernah ditanyakan kepada al-Imam Malik Rahimahullah mengenai tidur selepas solat subuh maka jawab al-Imam Malik:

    “Aku tidak mengetahui akan pengharamannya. Disebutkan bahawa bumi mengeluarkan bunyi yang kuat dari tidurnya ulama’ pada waktu dhuha kerana takut mereka lalai pada waktu tersebut”.[3]
    Makanya, tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bekerja malam dan terpaksa tidur pada siangnya selepas subuh kerana telah menjadi sebahagian dari tugasnya untuk bekerja pada waktu malam lalu berehat pada waktu paginya demi menjalankan tugas pada keesokan malamnya pula.

    Wallahu a’lam.

    Nak tahu lebih lanjut boleh baca link asal artikel

    Yang pasti untuk orang yang kerja malam, balik pagi lepas subuh tak ada masalah nak tidur sebab hak badan nak rehat.

    Semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *