AWAS! INI SEBABNYA BAHAYA BEDAK TALKUM KEPADA BAYI PEREMPUAN

Kebiasaan yang kita nampak sejak turun temurun di lakukan oleh ramai para ibu kepada bayi. Menyapu bedak talkum keseluruh badan termasuk bahagian kemaluan. Selain untuk mewangikan si kecil.. Kononnya untuk mengelakkan berlakunya ruam lebih lebih lagi di bahagian kemaluan.

Tiba masanya kita mengubah cara tersebut sebab ia sangat berisiko terutama kepada bayi perempuan. Kenapa bahaya menyapu bedak talkum di bahagian kemaluan bayi perempuan.

Dari sumber yang saya baca.. Bedak Talkum boleh menyebabkan kanser ovari. Jangan ingat bayi atau kanak kanak tidak boleh mengidap penyakit kanser ovari. Baru baru viral seorang kanak kanak 8 tahun tak silap saya menderita kanser ovari & telah pun meninggal dunia tapi kes kanak kanak tu saya tak pasti apa punca dia mendapat kanser ovari cuma saya nak jelaskan usia bukan penentu di jangkiti kanser ovari ni.

Kenapa bedak talkum boleh menyebabkan kanser ovari korang boleh baca dari printscreen di bawah..

Jadi adalah lebih baik mencegah dari merawati bila dah terkena penyakit tersebut. Tak perlu menyapu apa2 bedak talkum untuk elakkan ruam cuma kena selalu tukar diapers & cuci jer. Jangan biar anak anak korang lama terendam dengan kencing dalam diapers tu. Itulah salah satu punca penyebab ruam.

Semoga info ini memberi manafaat kepada semua ibu bapa. Ubah amalan yang berisiko.. Amalkan cara yang lebih selamat untuk mengurangkan risiko pasa si kecil.

1 thought on “AWAS! INI SEBABNYA BAHAYA BEDAK TALKUM KEPADA BAYI PEREMPUAN”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *