AWAS! GANGGU RUMAHTANGGA ORANG MENJADI KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

Baru baru kecoh pasal seorang artis terkenal kelahiran Singapore yang di tahan kerana di katakan mengasari sehingga mencederakan isterinya yang masih dalam pantang. Perkara tu berlaku bila si isteri dapat tangkap suami keluar dengan perempuan lain, juga seorang artis. Berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan si isteri tercedera.

Kecoh 1 alam maya kes tu. Masing2 mengecam tindakkan artis lelaki tersebut yang di sifatkan kejam & artis wanita yang keluar bersama artis lelaki berstatus suami & bapa kepada seorang bayi pun tak kurang hebat di kecam netizen. Dia di gelar sebagai perampas & cuba meruntuhkan rumahtangga orang. Tapi khabar Artis tersebut & isteri dia sekarang dah berbaik semula. Alhamdulillah..

Bagi individu bujang tak kira wanita atau lelaki.. Korang kena tahu sekarang dah ada akta untuk mendakwa mereka yang menganggu rumahtangga orang lain. Tak kira la ganggu suami orang atau isteri orang. Kedua duanya menjadi kesalahan undang undang dah.

Mereka yang cuba merosakkan rumahtangga orang boleh di dakwa Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559). Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami. satu lagi peruntukan membicarakan kes membabitkan peranan orang ketiga ialah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan serta tanggungjawabnya dengan hukumannya sama seperti Seksyen 36.

Jadi mana2 yang berhasrat nak try suami atau isteri orang tu fikirkan semula. Nanti tak pepasal kena dakwa & di jatuhi hukuman. Tak berbaloi ok sebab dalam Malaysia ni masih banyak orang bujang boleh try. Kalau dengan keizinan pasangan tu sendiri ok. Tapi untuk lelaki je la.. Sebab lelaki kuota dia 4 kan? Perempuan mana boleh madukan suami ye tak?

Ingatlah hidup ni ada kifarahnya.. Hari ini kita buat pada orang tak mustahil satu masa kita menerima balasannya yang sama apa yang pernah kita buat pada orang lain. Jangan menganggu kebahagian rumahtangga orang lain.

Please follow and like us:
200

One Comment:

  1. Bidang kuasa mahkamah syariah perlu dipertingkatkan lagi. Kadang2 orang berduit tak takut dengan hukuman RM5000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *