TRANSIT TERAKHIR KISAH PEMANDU VAN JENAZAH YANG MENGALAMI BERBAGAI PENGALAMAN PELIK

Siapa yang rajin tengok tv mungkin perasan.. Dah mula di tayangkan iklan promo telefilem untuk slot cerekarama TV3 tayangan 7 oktober. Tertarik dengan tajuk & promo yang di tayangkan.. Saya membayangkan cerita ini agak berat & agak menarik untuk di tonton.

Saya cuba cari sinopsis drama ni tapi belum ada tapi dari iklan promo di tv3 ia mengisahkan seorang pemandu van jenazah yang mungkin mengalami berbagai pengalaman pelik sepanjang menguruskan jenazah untuk di kebumikan.

Mungkin banyak pengajaran yang bakal kita dapat dalam telefilem arahan hebat pelakon juga pengarah Ellie Suriaty. Mesej yang nak di sampaikan mungkin lebih kepada umat Islam khususnya untuk sentiasa bersedia menghadapi kematian. Dosa dosa kita di dunia tak mustahil akan di aibkan ketika kita meninggal dunia. Tu dari jangkaan saya menonton iklan promo di TV3

Nak tahu apa kisah di sebalik Telefilem Transit terakhir ni jangan lupa menonton 7 oktober jam 9.00 malam di tv3 nanti.

KENAPA BAHAYA TERLEBIH MINUM AIR KOSONG @ AIR PUTIH?

Salah satu cara untuk mengesan sesuatu penyakit atau kerosakkan organ seperti buah pinggang adalah melalu urine @ air kencing. Sebab warna air kencing memberi petanda samada anda sihat atau sebaliknya.

Ramai yang tahu pengambilan air putih sangat baik untuk kesihatan & kecantikkan tapi ramai yang mungkin tidak tahu terlebih mengambil air putih jugak boleh memudaratkan kesihatan.

Sebab tu pengambilan apa2 minuman tak kira air putih sekalipun kena mengikut sukatan yang sepatutnya.  Sedikit info berkaitan dengan bahaya mengambil air putih secara berlebihan

Pengambilan air putih secara berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan dimana ianya boleh meningkatkan volume darah. Volume darah yang meningkat boleh meningkatkan kerja jantung dan tekanan dalam pembuluh darah. Kelebihanair juga dapat membebankan kerja buah pinggang yang bolehmengakibatkan glomerulus rosak. Sistem penapisan di buah pinggang harus tetap mempertahankan jumlah air (di dalam tubuh) pada tahap yang selamat yang memang diperlukanoleh tubuh, kelebihan cecair akibat dari banyaknya penggunaan air harus dibuang dari tubuh. Hiponatraemia adalah suatu keadaan di mana kadar garam di dalam darah(dalam hal ini Natrium) lebih rendah daripada yang sepatutnya. Keadaan yang teruk daripada keadaan hiponatraemia boleh menyebabkan intoksikasi air yangmempunyai gejala antara lain sakit kepala, keletihan, mual, muntah, sering urinasi (buang air kecil) serta kekeliruan mental. – Sumber : Kenapa Urine Berubah Warna

Tanda – tanda anda terlebih mengambil air putih adalah melihat melalui warna air kencing @ urine. Jika air kencing anda tidak berwarna atau jernih ni menandakan berkemungkinan anda telah mengambil air putih terlalu banyak, Jadi kurangkan pengambilan air putih.

Jadi jangan ambil secara berlebihan air putih. Ambil sekadar memenuhi keperluan badan kita setiap hari.

Baca lagi :
1 – Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong
2 –  7 + 1 = 8 Manfaat Air
3 –  Lakukan Terapi Air Untuk Menguatkan Sistem Petahanan Tubuh Melawan Penyakit.

PELAKON INDONESIA IRWANSYAH BERLAKON DALAM DRAMA ‘DIA’ SLOT AKASIA

Irwansyah salah satu nama besar dalam industri seni di Indonesia. Seorang penyanyi & pelakon. Antara lagu yang pernah popular di Indonesia & Malaysia adalah.. Lagu Pencinta wanita. Lagu tu memang pernah menjadi hits & siulan ramai sebab agak catchy melodinya.

Terbaru Irwansyah bakal muncul dalam drama melayu berjuduh DIA di slot akasia TV3. Di gandingkan dengan pelakon Janna Nick. Wah mesti pasangan yang cocok kan dalam drama tu nanti. hehehe.

Drama tu mengisahkan tentang  Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya itu demi mereliasikan impian ayahnya itu. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian arwah bapanya.

Masa tayangan drama tu adalah seperti berikut

JUDUL : DIA
EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif)
SKRIP : Zarihah Hassan, Nasir Sulaiman, Azidah Jaafar, Azmy Ariff, Shuhadatul Ain
PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
Antara pelakon yang menjayakan drama ni adalah Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Tash Yong, Taib Zamannuri, Syaffiq Sahli
Jadi pada peminat Irwansyah jangan lupa follow drama DIA ok..

BERAPA LAMA BOLEH AMBIL SUNTIKAN CEGAH KEHAMILAN?

Bagi wanita yang dah berkahwin & merancang untuk menjarakkan kehamilan, salah satu cara selain mengambil pil perancang adalah dengan mengambil suntikan cegah kehamilan. Ia lebih mudah sebab tak perlu nak makan ubat setiap hari secara consistent. Hanya perlu ambil suntikkan setiap 3 bulan sekali.

Tapi boleh ke ambil suntikan ni dalam tempoh yang lama lebih dari 5 tahun? Apa risiko terlalu lama mengambil suntikan cegah kehamilan? Mesti ramai nak tahu kan? termasuk la saya walaupun saya tak ambil suntikan cegah kehamilan. Tapi untuk info.. Mungkin berguna di masa akan datang.

Apa yang saya baca di blog Dr Zubaidi.. Katanya suntikan cegah kehamilan di galakkan ambil tidak lebih dari 2 tahun kerana risau mengalami kerapuhan tulang dan kesan kesan lain. Korang boleh baca sendiri kat sini JANGAN TERLALU LAMA AMBIL SUNTIKAN CEGAH KEHAMILAN

Kita sedia maklum cara paling selamat untuk cegah kehamilan adalah dengan cara semulajadi tanpa mengambil sebarang ubatan tak kira melalui suntikan ataupun makan. Cuma perlu semangat yang kuat & kerjasama kedua belah pihak (suami & isteri). Apapun dalam dunia ni.. Yang berbentuk ubatan ni memang ada risikonya jika salah ambil atau mengambilnya terlalu lama.

Semoga perkongsian ni membantu memberi info kepada semua.

APA YANG MISTERI MUZIUM ITU? JANGAN LUPA TENGOK

Tadi ternampak satu iklan promo untuk drama terbaru slot seramedi di TV3 kat page TV3 malaysia. Dah lama rasa selepas drama Misteri Wan Peah.. tiada drama penganti slot seramedi.

Bagi peminat drama seram komedi jangan lepaskan peluang untuk menonton drama Muzim misteri di slot seramedi nanti.

Antara pelakon yang menjayakan watak utama dalam drama ni adalah

Shah Sulaiman sebagai Danial 
Bell Ngasri sebagai Shah
Along Eyzendy sebagai Adam 
Masa tayangan drama Muzim Misteri ni adalah seperti berikut
Tajuk : Muzium Misteri
Mula Tayangan : 26 september 2017
Masa : Setiap Isnin-Rabu, 10.00 Malam
Siaran : Slot Seramedi (TV3)
Terbitan : Zamriez Golden Picture
Jumlah Episod: 16
Antara pelakon pembantu lain yang turut membintangi drama ni adalah AR Badul, Chacha Maembong, Iswan Ismail, Sasqia Dahuri
Nak tahu apa yang misterinya muzium tu.. Kena la tonton esok malam yer. Adakah drama ni bakal menjadi trending macam drama misteri wan peah? Kena tunggu la tayangan dia nanti.

RAISHA, KISAH GADIS MISKIN YANG TERLALU DI MANJA AKHIRNYA MENJADI MATERIALISTIK

Bagi peminat pelakon Dianal Danielle.. Mesti tak sabar nak tengok drama terbaru lakonan beliau kan? Pelakon cantik manis, ibu kepada 2 orang cahayamata & isteri kepada pelakon terkenal Farid Kamil antara pelakon yang di kenali juga di malaysia.

Terbaru drama lakonan beliau, Raisha yang sedang tayangkan di slot lestary TV3. Agak menarik juga sinopsis yang saya baca tentang drama ni. Mungkin barisan pelakon tu bukan pelakon kegemaran saya.. Tapi tak salah kalau jalan cerita dia menarik, kita boleh je cuba tonton.

Apa yang saya baca Drama ni mengisahkan seorang gadis yang bernama Raisha (lakonan Diana Danielle) membesar dalam keluarga yang susah selepas kematian ibunya dalam kemalangan & di besarkan sendiri oleh ayahnya. Di sebabkan terlalu di manja oleh ayahnya dia membesar menjadi seorang gadis yang materialistik.  Sebab terbiasa semua permintaan dia dari kecil di turuti, bila besar dia jadi seorang yang suka memberontak bila apa yang di ingini tak dapat. Akibat dari perkara tu hubungan dia dengan Ayahnya jadi semakin renggang.

Di tambah lagi selepas dia melanjutkan pelajaran di Sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Semakin menjadi jadi perangai dia selepas mendapat kebebasan. Dia mula bergaul dengan golongan kaya & orang2 yang industri fesyen. Kerana memiliki wajah yang cantik dia selalu dapat tawaran untuk jadi peragawati.

Disitulah Raisha jadi semakin liar, kaki clubing & menjadi escort girl bersama seorang lagi kawanya. Tapi segalanya berubah bila Kelab malam yang mereka kunjungi kena ambush dengan pihak berkuasa & menahan semua escort girl termasuk Raisha & kawannya

Nak tahu apa berlaku kat Raisha jangan lupa nanti follow drama ni ok. Masa tayangannya adalah seperti berikut

Tajuk : Raisha
Mula Tayangan : 13 September 2017
Masa : Setiap Rabu-Jumaat, 9.00 malam
Siaran : Slot Lestary TV3
Terbitan : OrangeTree Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 13
So peminat drama melayu pastikan anda tonton drama ni ok

TANDA TANDA BAYI ANDA LAPAR

Hari ni saya nak kongsi tip keibubapaan lagi. Lebih lebih bagi pasangan yang baru pertama kali menimang cahayamata. Tentu serba serbi menjadi pengalaman baru & banyak perkara yang perlu belajar.

Bayi yang baru di lahirkan mustahil boleh menyatakan keinginan & perasaan mereka melalui kata kata. Jadi sebagai ibu bapa kita kena memahami bayi melalui reaksi & gerak tubuh mereka.

Jadi saya nak kongsikan di sini.. Bagaiman reaksi & bahasa tubuh bayi anda ketika mereka lapar & waktu yang anda perlu menyusukan mereka.

Untuk lebih mudah memahami saya kongsikan melalui gambar di bawah

Jadi pada ibu ibu yang baru menjadi title ‘Mama’ tu semoga perkongsian ni membantu anda handle baby untuk pertama kali. Semoga memberi manafaat kepada semua.

3 PEKARA YANG MENYEBABKAN KITA DI TIMPA MUSIBAH

Baru baru ni nampak ramai yang mula berkongsi kenyataan dari seorang pakar motivasi Dr Muhaya berkaitan komen beliau kepada isu Pusat Tahfiz yang terbakar mengorbankan 24 orang.

Antara yang di sebut Dr Muhaya adalah 3 perkara yang menyebabkan sesuatu musibah itu menimpa seseorang.. Antaranya

  1. Musibah adalah kerana Allah ingin membalas dosa yang kita lakukan
  2. Musibah adalah kerana Allah ingin mengampuni dosa kita
  3. Musibah adalah kerana Allah nak naikkan darjat kita

Apabila berlaku musibah dan apa2 masalah kalau kita rasa marah menurut ulama itu petanda Allah sedang membalas dosa kita.

Seandainya kita sabar dengan ujian & musibah tersebut petanda Allah sedang mengampuni dosa kita.

Dan sekiranya kita tenang menghadapi musibah tersebut.. Petanda Allah sedang mengangkat darjat kita.

Kita yang macam mana bila di uji atau di timpa musibah? renung renungkan…

Sekadar perkongsian untuk semua yang membaca blog ini. Moga menjadi ilmu & panduan yang berguna dalam kehidupan seharian kita. Kita manusia yang tidak terlepas melakukan dosa.. Jadi mungkin ada dosa2 Allah sedang balas dari musibah yang kita terima, maka kembalilah mohon keampunan dari Nya.

JANGAN TERTIPU! CARA SEMAK PRODUK UBATAN ATAU JAMU SELAMAT ATAU TIDAK

Hari ni kita belajar lagi mengenalpasti produk ubatan yang di jual tanpa pengawasan & nasihat doktor. Maknanya kita terus beli kat pengedar atau penjual.

Lambakkan produk berunsur ubat macam jamu memang bersepah di jual secara online (atas talian). Tapi kita tak tahu yang mana betul betul selamat di ambil dengan yang tidak selamat.

Produk ubat ni tak sama macam produk kecantikkan atau kosmetik. Jadi dia tak perlu apply Notifikasi KKM (Not KKM) tapi perlu ada MAL KKM. Jangan keliru ok.. Nak apply MAL KKM tak semudah NOT KKM..

Jadi macam mana nak kenalpasti produk ubat yang di jual ada MAL KKM atau tak.. Saya akan kongsikan sedikit info ringkas.

  1. Lihat pada packaging @ botol produk ubat tersebut samada ada Nombor pendaftaran MAL & Label Hologram Meditag. Jika tiada.. Keselamatannya tidak terjamin.
  2. Anda boleh membuat semakkan melalui lama web NPRA KKM di npra.moh.gov.my. Kat bawah saya lampirkan tutorial ringkas bagaimana menyemak MAL KKM pada produk ubatan..

Semoga info ini membantu anda. Ingat jangan ambil sebarang produk ubatan atau supplement yang menjanjikan boleh menyembuhkan penyakit anda hidapi tanpa nasihat pakar atau produk yang memang tidak berdaftar dengan KKM. Yang berdaftar pun banyak kantoi ada bahan terlarang inikan pulak yang tak berdaftar. Jadilah pengguna bijak.

AWAS JANGAN TERTIPU! KENALI CIRI CIRI PRODUK ORGANIK

Sekarang ni sebab kontroversi produk produk yang di kesan merbahaya ramai yang mula claim produk mereka organic walau sebenarnya tidak. Itu taktik penjual nak melariskan jualan & meletakkan harga yang mahal sebab kita sedia maklum menghasilkan produk organik memang kos dia lebih tinggi kerana perlu penjagaan yang rapi kerana tidak menggunakan bahan kimia.

Penting untuk kita tahu bagaimana ciri ciri produk organik sebenar supaya kita tidak tertipu dengan penjual yang ingin meraih keuntungan dengan cara menipu.

Jadi jom kita semak bagaimana ingin mengenalpasti sesuatu produk itu organik atau tidak..

1. Semak label

Kita harus sentiasa memeriksa label sebelum membeli makanan, apatah lagi untuk keluarga. Makanan boleh dipanggil organik jika sekurang-kurangnya 90 peratus mengandungi bahan-bahan semula jadi. Oleh itu, jika dalam label bahawa masih terdapat banyak bahan kimia yang ditulis, anda harus membatalkan niat untuk membelinya walaupun terdapat setem organik. Mungkin boleh juga di guna pakai tip ni untuk produk lain selain makanan.

2. Semak perakuan

Produk organik dikehendaki lulus peperiksaan badan pensijilan. Di Indonesia, ada sijil label makanan organik Bio Cert yang diterbitkan oleh Kementerian Pertanian. Jika dari Amerika, terdapat sijil dari Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).

3. Perhatikan paparan

Penampilan produk organik seperti buah-buahan dan sayuran tidak boleh ditipu. Sayuran dan buah-buahan organik lebih cerah dan segar dan tidak berkilat. Dan jika anda mendapati lubang gigitan ulat, itu bermakna sayur-sayuran atau buah-buahan bebas daripada racun perosak, kerana ulat tidak suka makan makanan yang terdedah kepada racun perosak.

Moga dengan perkongsian ini membantu anda dari ditipu oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab di luar sana.