Resepi Kek Moist Coklat Kukus Senang Dan Sedap Asli Dari Puanbee

Kek moist cholat buat kawan blogger.Memang seronok ek sekali sekala bejumpe.banyak cerita boleh diceritakan. .sebenarnya saya tak da kawan yg sama hobi kat dunia luar . So best kalau jumpe kawan yg sama2 minat pada sesuatu like appelijou . .hehehe. .lop jgn jelez ,nant angah wat tok lop pulak!! Korang nak resepi? Haa boleh2. .mari kita scroll ke bwh. .Kek moist cholat ini amat mudah disediakan dan sedap di makan bersama anak-anak , kanak-kanak pun suka dengan hiasan yang di letakkan di atas kek coklat tersebut , jom tengok resepi kek moist coklat kukus di bawah.

cik una tengah memegang kek memang tak sabar nak potong kek tu ,tp ibu tak kasi , so una pegang ajer kek tu. . .ini pulak bee ubah suai kek moist choc tu dari kukus ke bakar. .bee tamabah sedikit fitness nestle cereals,bee kurangkan gula untuk yg bediet . .dan dihiaskan dgn sedikit gula urai. .

 

Resepi nya kek moist choclat kukus :

Bahan A
~campurkan dan ayak
Tepung gandum 150g
Baking powder 1 sudu
Soda bikabonat 1 sudu
serbuk coklat 2 sudu

Bahan B
~pukul dahulu berasingan.
telur 4 biji.
esen coklat 2 sudu
esen vanila 1 sudu

Bahan C
~ masak di atas api perlahan.
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan minyak

campurkan semua bahan A .B. C dan masukkan dalam acuan yang sesuai kukus sehingga masak. .

Untuk topping..cara bee.

2 sudu mentega putih
1 sudu marjerin

campurkan ke dua2 bahan dan pukul sehingga putih. Kemudian masuk kan

2 sudu susu pekat manis
2 sudu serbuk coklat

pukul lagi sehingga sebati , setelah kek masak , sejukkan dahulu baru di sapu dgn topping dan hias sesuka hati korang. . .selamat mencuba. .hehehe. . . .kalau dah cuba bg tau feedback yer. .tp tak pakse. .

 

Lagi kes culik anak

Salam pagi ouls. .hari ni ada yang keja last day kan. .so mesti ada yang plan nak bejalan2 esoknyer. .kepada yang nak bawak anak2 tu hati2 la yer… Risau dan takot mengenangkan situasi skrg ni. .ramai benor orang betopengkan binatang di sekeliling kita. .semalam my hubby balik aje. .terus pesan ,”kalau nak bwk anak pergi mane2 hati2.”. . Bee pun tanya dia balik. .”eh,awatnya tetibe je ni!”. Lepastu dia pun becerita , ” ada orang kehilangan anak dekat dlm dayabumi ,kemudian keluarga budak tu jumpe security. .tengok cctv , memang nampak anak orang tu dipegang tangan oleh seorang bangla. .anak yang berusia 7thn masih pakai baju sekolah,nampak mcm dgn rela hati je ikut bangla tu. .sampai skrg masih belum dapat di kesan lagi anak nye. .” adui. .apalah nasib kanak2 sekarang ni kan. .aku yg fobia bin takot nak bawak anak keluar jalan2. .kalau tkde ayahnye tak kemana lah. .tapi kesian. . Ayah bz . .anak2 tkde program le jawabnye. . Anak2 bee nampak je ayu . .tapi sebenarnya aktif. .kalau bee je yang ada . .memang tak leh control 3 orang tu. .huhuhu..

Bee pertama kali jejak kaki ke KL ni , pertama kali itu aku di ragut , huh serik tau. .memang dah tak berani lagi nak keluar sorang2. . .sape yang ada pengalaman di ragut tu tau la perasaanya. .huhu. .itu baru diragut beg. .tapi kalau anak2 di ragut. .adeh tak dapat bayangkan. . . .

Terima kasih pada peragut tersebut yea sbb dia bee fobia. .hampeh . .. .muge2 peragut cpt insaflah.

Una nak minum milo..

Maafkan ibu yea una. .tadi lepas ibu minum ubat batok ibu ngantuk sangat. .haha. .bila ibu bangun ibu nampak bekas gula terbuka , bekas milo pun duk kat bawah. .ibu pun tanya pada una. . “sapa bancuh milo niii,

una yang tadi kat sebelah ibu belari ke depan sambil ambil cawan atas meja una becakap “una nak minum milo.”

mai sini ibu nak tengok ,” kata ibu , “ibu nak tengok una bancuh sedap tak ?”

una pun jawab ,”tak boleh ,nanti ibu minum !”

hah ko . .anak saya yang berumur 3 tahun 5 bln tu bancuh milo. ?

Rasa besalah dan lucu juga. .sejak ubah kedudukan meja kat dapur tu ,anak2 ni suke sangat meniru kerja2 ibu. .huhu. .

* una bancuh tak sedap pun. .eksen lebeh. .hahahax. .

Jangan besedih kawan. . .

Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih . Sedih adalah sifat manusia . Sedih adalah sifat semula jadi yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih,sedih suka duka bahagia derita adalah merupakan sunnatullah dlm kehidupan ini. .bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu bepasang-pasangan ?

Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasanganya adalah gembira. Derita pasanganya adalah suka , bahagia. . maka adakalanya kita merasa sedih dan itu adalah sifat semulajadi manusia, hilang pertimbangan dan sebagainya. .sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. .Bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada ALLAH SWT.?

Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. lantas Rasullulah saw Bertemu dan bertanya kepadanya : ” wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?”

lantas sahabat tadi menjawab : “Ya Rasullullah,aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku.”

“Apa dia?” kata Rasulullah.

“Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku.”

lantas baginda saw bertanya : “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,satu amalan,yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan,segala kedukaanmu,akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan di ganti dgn kegembiraan dan kebahagiaan?

“Balaa ya Rasulullah.Sebutlah apakah doa,apakah amalan itu ya Rasulullah.”

Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.

“Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu,akan dilunaskan Allah SWT; Setebal manapun kedukaanmu,akan dilenyapkan oleh ALLAH SWT”

doanya adalah :

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada-Mu ya Allah,dari sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah ,dari sifat penakut dan bakhil.Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)

saya bukan lah baik sangat. .tapi inilah amalan saya . . . .

Buat korang2 yang tengah besedih selepas putus cinta. .tesilap langkah. .banyak hutang . .boleh la amalkan ini. .semoga kita teselamat dari hasutan syaitan.