Sticky post 48 hours
Akhirnya siap juga la photo album yang saya custom sendiri secara online di Cheesebook.com.my dan telah pun selamat sampai ke pintu rumah saya. Allhamdulillah .. memang nak simpan gambar anak-anak di satu tempat supaya nanti boleh la anak cucu turut sama boleh melihat perjalanan atuk dan nenek nya dari muda sampai la ketua.. Mudah – mudahan ….

Muka depan photo album menggunakan kertas keras (hardcover) dan gambar tu kalau ada yang perasan adalah gambar saya pergi ke cherating .. suka sangat dengan gambar begitu ..
Ada banyak gambar semasa husna membesar dan laila semasa dalam umur 1 tahun ke 2 tahun hilang bergitu sahaja di sebabkan laptop rosak dulu .. sayang sangat .. jadi ada beberapa gambar laila yang sempat saya upload ke dalam blog , saya ambil dan masukkan ke dalam album ni semula. Tapi tak banyak sangat la ..
Saaaayang seribu kali sayang .. laptop ni tak boleh harap kang tiba-tiba buat hal habis koleksi gambar kita, blog pula berapa lama nak bertahan ? belum tahu lagi masa akan datang ..

Photo album ni sampai betul-betul masa nak keluar dari rumah , jadi gambar pun memang di ambil di luar rumah .. di kedai makan .. hik3 ..
Becok je mulut laila tengok gambar dia dengan sepupu-sepupu nya .. semasa melawat ke Istana Negara.

Sebelah kiri gambar laila dan husna semasa kecil .. kenangan ..

Tak puas membelek … photo album yang cantik , gambar cantik … kertas pun berkualiti …

Untuk membuat custom photo album milik anda sendiri .. sila KLIK — > SINI
Seterusnya klik made now !

Kemudian pilih la jenis-jenis photo album yang di kehendaki sesuai dengan bajet dan keperluan korang …
Atau jika hendak buat surprise kepada ibu , klik la bahagian Happy Mother’s Day Photobook ..Frame yang di sediakan cantik sangat ….. masih ada lagi ..saya baru je login sebentar tadi …
Senarai harga photo album adalah seperti di bawah : Continue Reading →




