Mengupdate dari dalam telefon saja , walau pun hari ni hari wordless , tapi saya tak boleh less kan word saya. Semalam bawa kakak pergi buat satu ujibakat untuk teater kanak-kanak dalam bahasa english. Kakak berminat sangat nak belakon , kakak selalu cakap nak ke rancangan Tom Tom Bak tu .. tapi tak kesampaian lagi.
Kebetulan .. sembang-sembang dengan Elahe seorang director TV dari Parsi , walaupun saya tak fasih dengan bahasa english , macam biasa gunakan moto hidup saya hentam sahaja lah. Elahe bercerita lah kenapa dia tinggal di Malaysia ni kemudian buka cerita anak , kemudian saya hulurkan kad sebelum pulang.
Mana tahu Elahe hantar email pada saya , beliau mencari kanak-kanak untuk di ujibakat bagi satu projek teater yang dia buat . Elahe minta tolong saya kenalkan beberapa budak.
Apa lagi terus saya calonkan anak sendiri … lagi pun Kakak memang perlukan teater ni untuk tambah kan keyakinan diri kakak .. tahap malu kakak memang sangat tinggi tak macam ibu dia muahaha … sambil tu saya ajak lah anak-anak jiran sekali .. boleh lah masing-masing tunjuk bakat kan.
Setelah di ujibakat , ramai jugak yang memang berbakat , tapi aliya masih malu … tapi disebabkan aliya nak juga .. dia buat rayuan untuk cuba lagi ujibakat kali kedua .. agaknya Elahe kesian pada aliya terus ELahe ajar saya apa nak buat , minta saya latih aliya dan 3 hari berikutnya pergi buat ujibakat lagi.
Layan .. walau apa pun harap aliya lepas kali ni … sebab memang nak sangat aliya bercakap dalam bahasa english dan ada keyakinan diri untuk tonjolkan diri … bukan suruh buat benda tak baik .. tonjolkan diri tu bagus lagi-lagi di zaman saingan hebat ni..
Memang tujuan ELahe buat Teater ni hanya untuk suka-suka tambah keyakinan diri kanak-kanak dan tunjuk pada dunia luar bagaimana proses pembelajaran kanak-kanak Malaysia .
Lepas ni diorang akan menari sikit , buat aksi pembunuhan , mati , hidup balik ala-ala citer princes selamatkan putera .. eii bestnya kalau aliya dapat buat ..
Sekarang bisnes saya tak jalan sangat , fokos pada anak ni .. nak anak berjaya atau nak cari duit aje ? saya pilih anak. Masa saya dah lepas..















betul tu kena didik “public speaking” dari kecik…
sweetkurma recently posted..kuasa cinta….!
akku memang tak pandai nak berteater ni. haha..
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 7
salah satu cara utk bina keyakinan anak2 selain bersukan..

Jebeng Otai™ recently posted..Google Snippets : Ubahsuai Tema Genesis 1.71
kalau dia memang minat, memang bagus akak galakkan…bagi semangat kat dia…
bardboo recently posted..Ligatnya Dia Berjalan!
teruja pulak tempat uji bakat ni, bangunan tinggi. good luck untuk kakak.
Denaihati recently posted..Euro 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak
tingkat 33 , di katakan bayaran untuk studio sehari 4K ..perghh …
terima kasih uncle
puanbee recently posted..Audition Teater Dalam Bahasa English Untuk Kakak
Aktiviti yang bagus untuk meningkatkan keyakikan diri. Saya pernah bersembang anak orang putih, mereka ini tidak pemalu dan petah bercakap. Kalau kita tanya tidaklah sepatah mereka bercakap.

akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Uncle Gedek Protege
memang .. budak2 omputih lain sikit , kalau bercakap tak malu .. ini main di mana2 boleh bercakap memang malu
puanbee recently posted..Audition Teater Dalam Bahasa English Untuk Kakak
Salam,
Ni kalau dapat ke Aiman confirm terpilih sebab Aiman tak kisah hahahaa

yanmie recently posted..Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang
ye ke kak ? aliya mula2 mcm tk kisah je , pergi mana ramah je , sekali suruh belakon lain terus jadinya
puanbee recently posted..Audition Teater Dalam Bahasa English Untuk Kakak
ko mmg berani bee…
ank nis pun pemalu, mcm ummi nye juge… hakhakk…
Ummi Hanie recently posted..Ulangtahun SEDEKAD perkahwinan dan hari lahir suami (belated entry)
hakhak pemalu ke ummie nya tu ? cam tk caya je
puanbee recently posted..Audition Teater Dalam Bahasa English Untuk Kakak
semoga bee berjaya melatih aliya, teater platform yang bagus untuk membina keyakinan diri anak2.
ummiross recently posted..KOLEKSI TERKINI BATIK SARONG SARAWAK 1
itu lah insyallah ..
puanbee recently posted..Audition Teater Dalam Bahasa English Untuk Kakak
Wahaha..
Kalau tak dicuba memang takkan tahu ada bakat yang terpendam! Semoga berjaya!

anif recently posted..Sekali Sekala Bereksperimen Dengan Warna
TQ .. awat gelak ? huhu
1 proses pembelajaran untuknya..
Myra Jay recently posted..Slot Akasia TV3: Dejavu di Kinabalu BEST!!
yup..
puanbee recently posted..Audition Teater Dalam Bahasa English Untuk Kakak
wahhh bestnya… sofea pun minat berlakon juga. asyik tiru apa2 sahaja yang kat drama tu.
mia liana recently posted..Tutti Fruitti Sesuai Untuk Seisi Keluarga