Jan
2012

Ariana Mikhail Di TV9 Slot Ratu

Waaa .. Nora Danish muncul lagi di dalam drama Ariana Mikhail , kali ini Nora Danish akan bergandingan dengan Sein , okey bila sebut nama Sein ni saya teringat lakonan beliau dalam drama Adamaya , wah mesti best ni , kena juga curi masa untuk menonton.Ariana Mikhail akan menemui anda semua bermula 16 Januari setiap Isnin dan Selasa pada pukul 8.30mlm di TV9.Mencurah-curah rezeki Nora Danish ni sekarang, apa tidaknya di khabarkan , episod akhir lakonan Nora Danish dalam Drama Tentang Dhia mendapat perhtian sehingga 3 juta penonton.

drama ariana mikhail slot ratu tv9

Sinopsis Ariana Mikhail

Cerita bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik..

Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya.

Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dariAmerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia.

Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah. Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ?Peranchis?. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah.

Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Sama-sama nantikan?Ariana Mikhail akan menemui anda semua bermula 16 Januari setiap Isnin dan Selasa pada pukul 8.30mlm di TV9

12 thoughts on “Ariana Mikhail Di TV9 Slot Ratu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge