Assalamualaikum , hai .. apa khabar semua ? haaa siapa setuju jika saya katakan .. salah satu masaalah atau sakit yang akan datang semasa mengandung dan sangat di takuti oleh ibu mengandung biasanya …. ialah sakit gigi. Ya ampun … semasa mengandung kalsium amat di perlukan oleh ibu megandung untuk pembentukan tulang janin. Jika tak cukup. Ini lah salah satu effect nya … gigi reput wehhh .. sakit nya azabbb bagai nak mati.

Setiap kali mengandung mesti ada gigi kena cabut , sebab tu masa di awal kandungan ada satu temujanji kena jumpa dengan doktor gigi. Saya dah pergi jumpa doktor gigi dan dah tampal semua gigi bermasaalah. Kiranya boleh tarik nafa lega lah.

Tau-tau ada gigi reput lagi. Terus ke akar gusi. Sakitnyaaaaaaaaaaaaaa tuhan aje yang tahu. Jadi sakit gigi ni memang perlukan rawatan. Segera lah pergi jumpa doktor gigi ya. Takut nanti sakit nak beranak + sakit gigi mau kena penerajang siapa-siapa yang duduk sebelah tuh.

Di atas aalah jadual klinik gigi kota damansara , Biasalah klinik kerajaan kena ikut jadual lah. Tapi kenapa saya share jadualnya ni  ? Sebab klinik kota damansara klinik baru. Memang kemas dan besar … serta orang tak ramai sangat. Boleh lah kita terima rawatan dengan keadaan selesa sikit.

Saya pernah pergi klinik kampung pandan tak ada aircond , klinik kelana jaya pun tak ada. Tapi kota damansara ada .. haa tengah sakit gigi tu duduk dlm ruang panas dengan sesak dengan orang mau lah stress kan.

Jadi klinik gigi kota damansara ni ok sikit lah. Murah dan selesa .. penting tu zaman sekarang .

Tapi kalau ada duit lebih pergi swasta lagi cepat lah.

Ni duk tunggu hari nak pergi buat rawatan jenuh telan panadol dengan sapu balm tok syed tu haa .. Balm yang konon2 untuk baby baru pun habis ibu pakai…

 

Muka baru je baik demam selama 2 minggu , tak makan apa-apa minum air masak je .. eh bukan tak makan la … makan tapi semulut dua .. sehari sekali gitu je lah .. atau minum air milo aje .. memang tak ada selera dan kekuatan semasa demam tu.

Demam yang paling teruk dalam sejarah .. mungkin sebab penat sangat… jadi untuk sembuhkan diri memang sekarang tengah rilek , makan minum tidur cukup2 dan nak start menjahit balik dah. Dah la tu .. suami anak-anak semua demam. Syamim yang kecik tu siap kena ulang ambik darah .. di syaki ada denggi.. adoiyai teruk bukan main2 … Tapi allhamdulillah semua dah sihat kembali. Syukur dengan nikmat sihat yang satu ni.

Semua jahitan tempahan orang yang delay kena siapkan sebelum besalin anak ke 5 nanti .. sekarang dah 33 minggu usia kandungan saya.

Kerja sendiri. Tak kerja tak de RM …

tak sanggup pula saya catu makan anak-anak ni. 🙂

Blog ini sebahagian dari diari saya … kalau bosan harap di ampunkan yaaa …

Terima kasih kerana membaca …

Apa pun .. saya doakan kalau ada yang kurang sihat dapat sihat seperti sediakala ya … makan ubat dan minum air kosong banyak2

News Reporter
Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

4 thoughts on “Apa yang di takuti semasa mengandung – klinik gigi kota damansara

Leave a Reply to Thenewsia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *