Apa Kata Wanita – Kenapa Anda Suka Rancangan Ini ?

Apa kata wanita TV1 , kini dan selamanya khas untuk penonton wanita , saya suka menonton rancangan ini jika ada kelapangan setiap ahad jam 3 petang di tv1 .. korang ada tengok tak ? saja survey ..

Sedikit sebanyak rancangan Apa Kata Wanita ini memberi banyak inspirasi kepada wanita untuk menambah keyakinan diri , memperbesarkan perniagaan , memotivasikan diri wanita itu sendiri ke arah pembebasan mutlak untuk berjaya dalam apa jua bidang ,kerjaya mahupun dalam mendidik anak-anak di zaman serba moden ini. Wahhh rasa macam tak percaya saya taip ayat tu …

Saya suka bila ke Portal Rasmi eMAK – sangat banyak info atau peluang untuk wanita memajukan diri mahupun perniagaan , tak percaya sila lah tengok sendiri di sini.Portal ini milik Zamzarina Zambri sendiri tau .. selain portal juga terdapat blog zamzarina sendiri sila ke pautan ini .

Bagi yang terlepas pandang atau belum lagi tahu mengenai rancangan Apa kata wanita sila lah beramai-ramai menonton rancangan ini Esok (setiap ahad) Jam 3 petang di TV1 atau siaran ulangan setiap Jumaat jam 1 petang di Tv2.

apa kata wanita bersama zamzarina tv1Rancangan Apa Kata Wanita ini di mengacarakan oleh Zamzarina Zambri seorang yang telah lama berkecimpung dalam dunia penyiaran. Untuk kenali lebih lanjut jom baca info yang di petik dari Facebook Zamzarina Zambri.

Zamzarina berpengalaman luas dalam mengacarakan rancangan bual bicara sejak hampir sedekad lalu beliau menyertai RTM. Beliau juga seorang wartawan penyiaran di Bilik Berita TV, RTM dan pernah menerbitkan rancangan pemberitaan dan program majalah tv. Kini beliau ditugaskan mengetuai meja Wanita di unit berita tv.

Berpengalaman membuat liputan khusus mengenai ekonomi, politik dan parlimen. Antara program tv terbitan RTM yang pernah beliau kendalikan sebagai pengacara dan perantara adalah Bisnes Malaysia, Selamat Pagi Malaysia, Galeri Perdana, Berita-berita utama dan acara-acara langsung peringkat kebangsaan.

Pencapaian tertinggi beliau di sepanjang bidang penyiaran ini adalah diberi peluang keemasan dan kepercayaan oleh pihak pengurusan tertinggi untuk menyediakan kertas konsep dan idea bagi penerbitan satu Rancangan bual-bicara untuk Wanita. Menamakannya ‘APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA’ , edisi pertama yang diterajui dan diterbit oleh beliau sendiri bermula pada 2 Januari 2009.

Selain sebagai ‘anchor’ Zamzarina juga merupakan penyelidik dan perunding kandungan dan terlibat sebagai penerbit bersekutu bagi program tersebut. Dalam program tersebut beliau telah berjaya membawa tokoh-tokoh Wanita ternama antaranya, Isteri Perdana Menteri Datin Paduka Sri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Tun Dr Siti Hasmah, Usahawan berjaya Datuk Maznah Hamid, Budayawan negara Ibu Azah Aziz, Datuk Syarifah Aini, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sarimah Ahmad dan ramai lagi.

Sepanjang pengalaman di bidang penyiaran, beliau telah mengemudi beberapa rancangan bual bicara lain iaitu Bisnes Malaysia, Selamat Pagi Malaysia, Dari Parlimen dan menyampaikan berita-berita utama RTM.

Ibu kepada tiga anak yang berusia antara 15 dan 8 tahun ini sebenarnya berkelulusan perakaunan dan langsung tidak mempunyai latar belakang penyiaran. Lapan tahun pengalaman sebagai Akauntan di sektor korporat bagaimanapun menjadikan wanita tegas ini seorang yang berdisiplin tinggi dan sentiasa menjaga etika dalam tugasan.

Tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya tersebut, bagi Zamzarina bidang penyiaran adalah kerjaya yang paling memberi kepuasan diri dan kerjaya!

Ok .. saya dapat info dari pembantu Zamzarina , kini ada satu segmen bertajuk “Ada It” yang akan di perkenalkan di dalam rancangan tersebut , dalam segmen tersebut pihak rancangan akan menyiarkan URL blog personal atau blog perniagaan yang di lakukan oleh para wanita.

korang suka tak ? jika hendak blog korang terpapar selama beberapa minit ,ini adalah peluang baik untuk para wanita mempromosi apa jua bisnes korang , bukan mudah kan nak dapat tempat di TV … apa yang korang perlu buat tinggalkan komen disini .. nanti saya minta pembantu zamzarina pilih dari sini , perluang hebat ni ..

Nyatakan kenapa anda suka dengan rancangan Apa Kata Wanita ini ??

Oppp jangan lupa like Facebook Zamzarina disini. 🙂

Penafian : Tarikh tutup tak ada , tawaran di buka sehingga suka hati diorang bila ye .. entri ini bukan entri berbayar , sebaliknya suka-suka sahaja , tapi bab URL blog terpapar tu betul sehingga korang di hubungi sendiri nanti , dan jika nak buat rombongan cik kiah ke rancangan Apa Kata Wanita , boleh saya uruskan .. percuma je ..

40 Comments

  1. nazirah 30 July 2012 Reply
  2. Nazri 3 June 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 3 June 2012 Reply
  3. juanita 9 January 2012 Reply
  4. cikpuanhady 9 January 2012 Reply
  5. levelsatu 9 January 2012 Reply
  6. puan kutu 8 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 January 2012 Reply
      • puan kutu 10 January 2012 Reply
  7. shah blogger 8 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 January 2012 Reply
  8. tuan tanah 8 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 January 2012 Reply
  9. mrs.yie 8 January 2012 Reply
    • puan kutu 8 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 January 2012 Reply
  10. syamila 8 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 January 2012 Reply
  11. nurmisnan 8 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 January 2012 Reply
  12. titan 8 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 8 January 2012 Reply
  13. nza 8 January 2012 Reply
  14. bardboo 8 January 2012 Reply
  15. Ummi Hanie 8 January 2012 Reply
  16. ummiross 7 January 2012 Reply
  17. diana 7 January 2012 Reply
  18. kakyong 7 January 2012 Reply
  19. zie fauzi 7 January 2012 Reply
  20. CMRatu 7 January 2012 Reply
  21. yanmie 7 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 7 January 2012 Reply
      • yanmie 7 January 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 7 January 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 7 January 2012 Reply
      • yanmie 7 January 2012 Reply
        • puanbeeAuthor 7 January 2012 Reply
          • zie fauzi 7 January 2012 Reply
  22. puanbeeAuthor 7 January 2012 Reply
  23. izan ishak 7 January 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.