Apa itu virus E-Coli

kenapa saya terlambat mengetahui berita virus E-COLI ni ? adei ketinggalan sudah huhu…Dengar cerita dari sini Virus E-COLI telah menyerang Eropah , E-COLI yang juga di kenali dengan nama saintifiknya Escherichia coli , boleh juga terdapat dalam makanan seharian kita .. takut juga yer.. tapi mari tengok sedikit maklumat dalam petikan di bawah ..

E.coli jenis amat berbahaya itu sudah menyebabkan kematian 18 orang di Jerman dan satu di Sweden serta menyebabkan lebih 1,700 jatuh sakit, dalam wabak maut E.coli paling teruk yang pernah direkodkan.

Hasil pertanian Amerika kekal selamat dan tiada alasan untuk penduduk mengubah tabiat pemakanan mereka ,? kata David Elder, Pengarah Operasi Serantau FDA.

Kira-kira 199 kes baru bakteria E.coli toksik itu dilaporkan sejak dua hari lalu.

Sumber wabak masih tidak diketahui, namun saintis berkata jenis E.coli itu mungkin berasal daripada sayuran tercemar di Jerman.
Sayuran mentah terkenal sebagai tempat pengumpulan E.coli apabila ia ditanam menggunakan baju tahi lembu.

Tiga golongan dewasa Amerika sudah dirawat di hospital dengan apa yang pihak berkuasa percaya jenis sama bakteria itu selepas mereka berkunjung ke utara Jerman Mei lalu, kata CDC lewat Khamis lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jenis E.coli dikenali sebagai 0104:H4, jarang ditemui, dilihat pada manusia sebelum ini, namun tidak pernah tersebar sebagai wabak. – Reuters

Bahaya kan , harap2 virus E-COLI tidak lah menyerang malaysia ..

Antara simptom – simptom virus E-COLI :

-Kekejangan pada bahagian abdomen
-Muntah
-Cirit birit berdarah
-Keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan

selidik punya selidik Tasik kenyir di syaki di jangkiti virus E-COLI , kemudian selidik lagi Tasik kenyir bebas E-COLI 🙂

Please follow and like us:
200

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

10 Comments:

  1. maklumatnya lengkap bgs

  2. terima kasih puan bee :)) saya sharekan pd kwn2 twitter juga heee sbbnye pagi ini 3 kali cirit birit :((

  3. ya pn bee,tidak tahulah guna air garam berkesan atau tidak kan, tapi setakat ini ok jugalah tiada simptom macam tu, rasanya csi buat tu based on kajian dan realiti jugala kan..
    pencuci sayur ok juga yg jenama pureen..

  4. Sebelum makan / memasak sayuran bEe akan pastikan setiap basuhan adalah sempurna 😛

    Takut woooo kalau kena 😉

  5. pernah tgk csi kes ecoli ni, uhh bhya juga..dorang cuci sayur tu tidak bersih, sayur tu ditanam berdekatan dengan ladang lembu..
    kalau tidak silap mati juga org yg makan tu,mkn mentah.
    kalau betul di dunia nyata bahaya ya pn bee..
    kalu mak selalu pesan rendam sayur ngan air garam sebelum masak..

    • itu lah sue ..apa pun tk boleh ..oh rendam air garam yer ada juga yg cuci pakai pencuci sayur tu ok gak kan ..mcm2 ada lah sekarang ni sue kalau di takdirkan kena kat kita ni kena jugak lah … nk wat cam mana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *