Apa itu ujian Pap Smear ? penting ke ujian Pap Smear ?

Share

Terbaca di facebook mommy-mommy bertanyakan hal ujian pap smear , rata-rata takut nak pergi buat ujian pap smear walaupun telah menerima arahan dari jururawat bertugas.  Pernah lakukan ujian ini beberapa kali juga. Penting ke ujian Pap Smear ni ? bergantung pula dengan akibat jika kita tak buat ujian ini. Bagi saya penting …..

Apa itu ujian Pap Smear ?

ujian pap smear

  • Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

Bagaimana ujian Pap Smear di lakukan ?

  • Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:

  1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
  2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)
  • Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP SMEAR

Pentingke ujian Pap Smear ?

  1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
  2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.
  • Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

Dimana dan bila ujian ini boleh di lakukan ? 

  • Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih.
  • Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.

Pengalaman penulis.

– Mengikut pengalaman saya sendiri , selepas sahaja anda melahirkan anak , jururawat sendiri akan memberi tarikh temujanji untuk pesakit kembali datang membuat ujian Pap smear ini.

– Mengikut pengalaman saya juga , selepas melahirkan anak elok di buat ujian ini , sebelum anak dah besar .. agak liat juga nak menyerah diri buat ujian ini.

– Mengikut pengalaman saya juga, jika anda belum melahirkan anak , tetapi ingin lakukan ujian pap smear ini , anda boleh terus ke klinik ibu dan anak dan buat temujanji untuk lakukan ujian pap smear , jika nak lagi selesa boleh pergi ke klinik swasta .

– Penting tak penting , penting juga laaa .. kerana ianya dapat mengelakan kita mendapat penyakit yang di kategorikan no 1 menyerang wanita iaitu kanser pangkal rahim.

Sedikit info dan maklumat di dapati DISINI

Related :

  1. Resepi Jus Beet Root Untuk Diet Yang Sihat
  2. Kita yang bertuah 
  3. Jangan Guna Minyak Masak Berulang Kali

puanbee

Penafian : Ini adalah blog peribadi . Selain di nyatakan sumber image dan video adalah hak milik penulis. Penulis tidak akan bertanggngjawap jika terdapat kerosakan / kesan sampingan jika menggunakan info di dalam blog ini. Anda perlu berjumpa dengan pakar bertauliah terlebih dahulu. Admin juga tidak akan bertanggungjawap jika kesan pemakaian / penggunaan anda tidak sama seperti perkongsian review/pengalaman admin sendiri. Admin juga tidak akan bertanggungjawa atas semua komentar yang di tinggalkan di blog ini. Pembaca / komentar harus bertanggungjawap ke atas perbuatan atau penerimaan di atas pembacaan di blog ini.

Admin megucapkan ribuan terima kasih kerana singgah meluangkan masa membaca di sini. Semoga sihat dan ceria selalu :)

15 Comments:

  1. Pingback: Kanser dan Makanan ! Sate ? Kanser ? | Puanbee.com

  2. xpernah buat pun. x ingat pula lepas2 bersalin, nurse ada buat sepanjang beranak 5 org ni

  3. Perkhidmatan ujian Pap Smear di klinik kerajaan adalah percuma kerana mendapat subsidi daripada kerajaan. Tak tahulah berapa ramai wanita diluar sana ambil berat untuk ujian Pap Smear ini. Ujian ini tidak sakit dan tidak ada kesan sampingan. Kebanyakkan pengidap kanser yang kronik pada tahap ke 4 baru dikesan kerana lambat membuat pemeriksaan awal untuk mengesannya. Saya sangat mengesyorkan ujian Pap Smear ini dilakukan secara berjadual.

  4. thanks akak..mmg perlu utk golongan wanita..

  5. isteri saya pernah buat ujian tapi dlm 2 thn lepas. Alhamdullilah..tiada tanda awal kanser.

  6. bagus perkongsian ini untuk wanita dan juga untuk traffic

  7. Salah satu cara untuk mendeteksi kanker leher rahim (serviks) pada wanita. Kanker mulut rahim ini merupakan jenis kanker yang sering terjadi pada wanita, juga merupakan penyebab kematian nomor satu dari jenis kanker yang menyerang wanita sehingga untuk para wanita dianjurkan sangat untuk melakukan pemeriksaan Pap Smear ini.
    Untuk kaum hawa memang bila telah menikah dianjurkan sekali cek kesehatan seperti Pap Smear ini agar bisa mencegah dan mendeteksi semenjak awal (dini)

  8. Semua perempuan yang dah berkahwin wajibke buat ujian ni?

    • nak kata wajib tk juga , sbb tkde sapa paksa perempuan pergi buat ujian , tetapi kalau rasa sayang diri sendiri , dan takut kalau2 ada kanser tu , elok la buat ujian , boleh ubat kalau tahu awal ..

  9. 2 kali bersalin dah 2 kali buat ujian ni,… sebab doktor yg suruh follow up dgn… lgpun ambik perancang pun kat doktor yg sama.. mmg 3bulan sekali pi jumpa..mau x mau mmg dia akan tanya… tak sakit kalau kena doktor yg lemah lembut… hihi

  10. kalau yang ambil perancang keluarga memang setahun sekali lah jururawat akan bagi temujanji untuk ujian PS tu.. mmg aku pun liat gak la nak menyerah diri hehehe.. macam-macam perasaan timbul keh keh keh…
    sugak gak la sebab xpenah melahirkan ank normal.. ni kan..

  11. memang penting buat ujian PS terutama kepada mereka
    yang kerap bersama suami. Paling tidak pun buatah setahun sekali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *