kamera AES

Apa itu Kamera AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

Apa itu kamera AES ? Saya sejujurnya telah pun di saman dek kerana tertembak oleh kamera AES ni. Memang real gambar kesalahan , no plat kereta , gambar pemandu nya sekali pun terang jek. Nasib gambar suami saya , kalau saya kena comfirm kena bebel. Biasalah ..

Sebelum ni saya dengar orang cakap-cakap pasal kamera AES .. bagi saya buat apa nak kisah sebab saya memang jenis ikut tanda yang di sediakan di jalan raya. Kalau 60 saya cuba bawak kereta jadi 60 juga. Pemandu berhemah katakan… Tetapi dah suami saya kena pula , so saya kena ambil tahu dan beri peringatan pada beliau selalu.

kamera AES

Gambar Instagram Follow @Puanbee

Bila musim balik kampung atau perayaan kami adalah salah sebuah keluarga yang akan bergerak dari Kuala Lumpur ke Perak. Kadang-kadang ikut jalan kampung. Kadang-kadang ikut jalan highway.

Apa itu kamera AES ?

  1. AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti

Bagaimana kamera AES berfungsi?

  1. AES akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti ( hot spot ) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.
  2. Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.
  3. Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.
  4. Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

Kesalahan yang dirakam melalui kamera AES

  1. Memandu di lorong bas  ( Tak tahu pulak memandu di lorong bas menjadi satu kesalahan 🙂 )
  2. Memandu melebihi hadlaju
  3. Tidak mematuhi lampu isyarat
  4. Tidak memakai tali pinggang keselamatan.
  5. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Agensi kerajaan yang terlibat di dalam perlaksanaan AES

  1. AES adalah di bawah pengawasan Kementerian pengangkutan Malaysia. Terdapat 3 agensi di bawah naungan Kementerian Pengangkutan yang bertanggungjawab secara langsung ke atas perlaksanaan AES ialah
  2. JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan pengguna terakhir  kepada sistem AES.
  3. MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot ( kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian tentang  keberkesanan AES.
  4. JKJR bertanggungjawab dalam menentukan lokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.
  5. PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
  6. Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
  7. Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.

Sumber : http://portal.jpj.gov.my & dkna.my

 

puanbee

Untuk review produk wanita , barangan berkaitan anak-anak , makanan , homestay dan lain-lain boleh hubungi puanbee di whatsapp : 011-32095406.

20 thoughts to “Apa itu Kamera AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik)”

  1. hehe.. memandu di lorong kenderaan berat memang satu kesalahan, kena lebih berhati-hati lepas penguatkuasaan kamera sistem automatik (AES) ni.

  2. Pingback: Di Tangkap AES Pertama Kali | Puanbee.com
  3. slm, sori ya kalau komen ni out of the topic,hehe..

    nak tanya, num kat page about me tu masih aktif ke sbb sye mcg kt akak tp xde respon.. even kt fb pun..

  4. baru siang tadi kereta wira kami kena ‘tembak’ … sok lusa baru nak check betul tak kena td… 🙂 sebelum tu mmg dah bebel jgn bawa laju2… bila dh kena tembak baru nak bawa slow.. dh xde guna..saman confirm wajib bayar… 🙂

  5. info yg sgt berguna ni bee… lps ni berlambak la gmbr candid keter suri yg smpai kt rmh nnt…. gara2 laki suri tu mantan (fuhhh! mantan tu beb…) mentor kpd shumacher …. bdk tu belajar drive F1 dr laki suri laaa. hehehe..

    # pssttt… lps nih dh x leh korek idung dlm keter… nnt gmbr candid smpai kt umah..kantoiii… huhuhu…

  6. Salam,

    Boleh akak tau kat mana suami bee kena? blh dptkan ke salinan gmbr dr jpj tu? mcm mana suami bee blh tau dia kena saman AES ni? boleh kongsi?

    1. wasalam .. kita kena masa nak balik dr kpg ke kl ikut jalan sungai siput .. bee agak2 le AES sbb saman sampai kat pintu rumah mak dia , ikut alamat ic dengan gambar kereta dan pemandu yg sangat jelas .. surat saman tu ada kat kay nanti bee mintak .. dia dah bayar kot saman tu

    2. jawab soalan boleh dpt ke salinan jpj : surat saman sampai ke rumah ikut dr no plat kereta , dah nama kay di daftarkan atas kereta tu jadi surat saman atas nama kay , tp memang kay yg bawa .. nampak jelas sangat gambar tu

      yg bagusnya kalau org curi kereta boleh dpt tangkap dgn cara ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *