Apa beza fanpage dan personal profile ?

Saya percaya semua peniaga online akan mengalami masaalah ini.Setiap kali gambar di upload , akan ada komen . PM .. PM .. PM ..Persoalan nya di sini , admin facebook nak PM apa ? semua detail dah ada pada gambar , code , saiz , harga , dan cara pembelian / penghantaran.Dia masih minta kita PM.

pm di facebook

Masaalah kedua , admin fanpage facebook memang tak boleh PM sesiapa pun ( PM = PRIVATE MESSAGE ). Dah memang di tetapkan untuk menjaga privasi pengguna.Setiap kali dia minta kita PM , setiap kali tu lah kita bagi tahu dia , tak boleh PM dan setiap kali itu lah dia tanya benda yang sama.Susah nya nak fahamkan .. saya dah add guna id profile dia tak approved pula.Kalau approved senang nak PM tu.Ini sampai 3 hari 3 malam pun tak selesai.

Tolong ye cik kak .. jangan minta admin fanpage pm , susah .. kalau id profile okay .. kalau tak tahu lagi jom baca info di bawah ni.

Apa beza fanpage dan personal profile ?

Personal profile: Hanya boleh dilihat oleh pengguna yang ada akaun fb sahaja.

  • Fanpage: Semua orang boleh melihat isi kandungan fanpage walaupun tidak memiliki akaun fb.

Personal profile: Jumlah rakan-rakan yang dibenarkan maksimum 5,000 orang sahaja.

  • Fanpage: Tidak boleh menambah rakan, tetapi boleh di’like’ oleh pengguna facebook tanpa had.

Personal profile: Post tidak boleh dijadualkan (schedule)

  • Fanpage: Post boleh dijadualkan.

Personal profile: Asalnya tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Jika didapati oleh pihak fb, kemungkinan akaun boleh digantung.

  • Fanpage: Boleh digunakan untuk tujuan perniagaan.

Personal profile: Tiada fb ads.

  • Fanpage: Boleh menggunakan fb ads.

SEKIAN TERIMA KASIH. Lama tak update blog. sekali update gini pula ye ..   minta maaf kalau tekasar bahasa. Jom like page https://www.facebook.com/ButikBabyBoo shopping baju kanak-kanak di sini.

Please follow and like us:
follow subscribe - Apa beza fanpage dan personal profile ?0

13 Comments

  • hanari

    14/04/2014 at 2:25 PM Reply

    ada akun facebook , namun jarang dibuka.hehehe

  • munir ardi

    07/03/2014 at 5:08 AM Reply

    banyak lagi hal yang belum saya mengerti di dunia Facebook selama ini cuma guna untuk promosi je

  • akubiomed

    04/03/2014 at 12:56 AM Reply

    Fan page lebih sesuai untuk tujuan komersial. Offline sekali pun boleh buka time line Fan page.

  • zakiah hj suboh

    01/03/2014 at 10:19 PM Reply

    kita kalau berfacebook kena beretika. paling tak syok kalau masing2 menjual tapi main tag sesiapa saje

    • puanbee

      02/03/2014 at 1:51 PM Reply

      sy tak tag org walaupun sedara mara sendiri 🙂

  • Amran

    01/03/2014 at 12:25 AM Reply

    Kena juga cari solution problem macam ni. Setiap orang yg bertanya tu mungkin boleh jadi customer tu. Rugi kalau tak dilayan dan dibelai.

    • puanbee

      02/03/2014 at 1:51 PM Reply

      di belai 3 hari 3 malam dh .. tak de result

  • Juan

    27/02/2014 at 7:07 PM Reply

    dua dua blogger ibu ni sibuk berbisnes, hehee

  • Ummi Hanie

    27/02/2014 at 5:31 PM Reply

    tag nama dia pastu bg link PM page

    • puanbee

      28/02/2014 at 8:31 AM Reply

      yg ni lupa buat ok nanti cuba

  • syamila

    27/02/2014 at 5:05 PM Reply

    hmmm….dari dulu mmg cam gitu…betul bee cakap…kita add dia tk approved…kita PM pun biasa masuk other box…kalau guna hp mmg tk blh tgk..kecuali guna laptop/pc…

    apapun…layan je ler…..sabau….

    • puanbee

      28/02/2014 at 8:31 AM Reply

      sabau .. tp tk faham2 letih juge

Post a Comment